Depa kata

Depa kata: "Nizar Jamaluddin mengakui beliau tidak dapat mengemukakan nama pegawai tentera yang bercerita kononnya Perdana Menteri bertemu semua panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengenai Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13)". ..sama lah macam yang dok cerita kononnya "Pegawai kastam" bagi tahu dia yang luluskan kemasukkan cincin DS Rosmah, sampai la nih pegawai kastam tu tak timboi timboi... hu hu hu

Depa kata

Depa kata : “Umno dan Pas adalah parti sahaja. Kita semua orang Melayu dan tidak perlu bergaduh. Kalau saya bertanding di sini pun, belum tentu menang atau kalah, jadi biar kita sama-sama perjuangkan hak rizab Tanah Melayu ini. Kedatangan saya ke sini sekadar mahu memberi bantuan. Saya akan cuba memanjangkan isu ini ke peringkat Parlimen dan kementerian yang berkaitan bagi menuntut hak kepada mereka yang berhak," ..perghhh dengar ayat boleh putus urat kentot... tapi sejak dari dulu macam tu lah juga....

Depa kata

Depa kata :"Semasa perhimpunan tahun lalu (9 Julai 2011) saya turun berdemo guna duit sendiri, sekarang diberi duit poket serta disediakan bas dan hotel. Jadi lagi bersemangatlah kami turun ke mari (Dataran Merdeka)",... Tahniah!!!...

Depa kata

Depa kata : "Depa tidak menyalahkan puak2 yg sudah memang ingin menjahanamkan negara, kerana sudah sekian lama mereka menunggu untuk ISA dimansuhkan. Hishamudin menteri KDN telah mengkhianati keamanan yang rakyat harapkan daripadanya. Hishamudin sebenarnya yang AMAT BERSALAH DAN PERLU MENANGGUNG SEGALA KEPERITAN, KECEDERAAN YANG BERLAKU TERHADAP ANGGOTA POLIS DAN ORANG AWAM. Hishamudin, letak jawatan sajalah kamu jika kamu tak boleh mengawal ketenteraman awam lagi. KAMI RAKYAT JELATA YANG CINTAKAN KEAMANAN NEGARA, PERLUKAN SEORANG MENTERI KDN YANG LEBIH TEGAS, SERIUS, BERANI DAN TIDAK GENTAR KEPADA ANCAMAN DARI MANA-MANA PIHAK SEKALI PUN. LEBIH BAIK KAMU BERAMBUS SAJA WAHAI HISHAMUDIN !! KAMU LAH SEBENARNYA YANG MEROSAKKAN NEGARA !!!" ... fikirkan sendiri

Depa kata

Depa kata : "Tujuan Pak Samad ‘menceburi’ BERSIH ialah kerana nak membalas dendamnya terhadap kerajaan Melaka kerana enggan memberikan sejumlah wang tambahan daripada RM3 juta yang telah diberikan kepadanya sebelum itu, untuk tujuan menerbitkan semula karya beliau. Kerajaan Melaka telah mengambil keputusan sedemikian kerana Pak Samad telah gagal mencapai matlamat yang dijanjikan melalui syarikat Wira Bukit Sdn Bhd yang diuruskan anaknya, Helmy Samad sedangkan wang RM3 juta yang diberikan telah habis dibelanjakan. " ... tahniah Pak Samad...

Depa kata

Depa kata :" Himpunan di dataran mengapa buat roadblock di luar kawasan" .. Itulah kelebihan dan kebijakan polis Malaysia berbanding dengan polis indon dan thailand.. Mampu mencegah idea bebal puak pengikut bershit

Depa kata

Depa kata: "Anwar mampu menurunkan harga minyak jika dia berkuasa dan meminta diberi peluang" ... sebenarnya Anwar telah banyak kali di beri peluang.. !.Peluang bertaubat atau Peluang Bersumpah untuk meyakinkan bahawa dia berada di dalam Haw dan bukanya kedudukan bathil.. jika tidak boleh lah aku kata usah dok percaya lah, kita bukan boleh hidup berasaskan janji kosong ...

Depa kata

Depa kata : "Nik Aziz suruh rakyat menghadiri perhimpunan dan ianya adalah wajib" ...soalannya pula “Wajib atas dasar apa? Wajibkah umat Islam di negara ini membuat huru-hara? kita dok kutuk Israil tapi dalam masa yang sama kita sendiri berperangai macam Israil, Apakah dengan memporak-perandakan ibu kota , merosakkan harta benda awam, kita rasa puas? ,Semua itu hanya alasan politik. Perhimpunan itu hanyalah topeng Anwar Ibrahim yang memperalatkan dan memperkudakan pengikut ...hang paham dak apa aku kata?

Depa kata

Depa kata : "Menteri Dalam Negeri harus menjawab mengapa orang lain yang menjadi rakyat yang baik,tetapi atas sebab terdesak atau terlalai diambil tindakan tegas.Tetapi sebaliknya, malam ini ratusan orang yang menjadi monyet di atas jalan raya tiada apa-apa tindakan pun diambil? " ... aku juga pernah mengalami situasi itu...meletakkan kenderaan di depan pejabat lebih bersalah dari menyalak di tengah jalan dan menggangu ketenteraman awam...

Depa kata

Depa kata : "depa ada hak untuk bersuara dan berkata kata" ... aku kata ..tau apa jadi? akhirnya Editor akhbar The Sun, R. Nadeswaran hari ini diperintah membayar ganti rugi berjumlah RM500,000 , tau kerana apa? kerana berkata kata ikut suka bukan ikut fakta.

Depa kata

Depa kata : " kita akan tawan Putra jaya dan kita akan mentabir negara ini cara kita " ..orang ini telah menggalakkan pengikut dan orang ramai melanggar undang-undang, Sedangkan mereka mereka kata mereka bakal memimpin negara....boleh kah kita di pimpin oleh orang yang suka langgar undang undang?

Depa kata

Depa kata : "Bersih tidak akan langgar peraturan polis "..na na na he he he

Depa kata

Depa kata : "Orang bukan Islam dan bukan Melayu di Johor boleh dilantik menjadiMenteri Besar jika mendapat persetujuan Sultan." .. hu hu hu ....na na na... nasib ler badan

Deepa kata

Depa kata " Tidak perlu bagi Saifuddin menimbulkan cerita lama dan remeh-temeh kerana 'semua orang ada sejarah masing-masing' " . ... ya Saifuddin juga mempunyai sejarah lampau... jangan lupa dengan siapa anda bermalam di hotel itu pada satu malam itu, kekasih gelapkah kekasih terang kaa..

Depa kata

Depa kata "mereka yang menghina anwar adalah manusia jahil dan tidak berakal" ... Betullah tu ..hanya budak budak yang sihat akal sahaja yang akan menerima ajaran main depan belakang pembawakan Anwar... yang kurang akal tidak akan terjebak dengan ajaran songsang Anwar... isk isk isk

Depa kata

Depa kata "Pesuruhjaya Pas negeri Hashim Jasin berkata, tindakan mereka menyenaraikan nama di semua kerusi adalah sebagai persiapan "kalau-kalau terjadi sesuatu" dalam soal calon di kalangan parti-parti pembangkang di negeri ini, yang memerlukan pengisian dibuat di kalangan calon-calon Pas". .. kalau dari tembelang dah tahu keadaan...sembunyi tang mana pun dah tau dah... busuk tetap busuk

Depa kata

Depa kata.. "Semua pegawai Jabatan Hal-Ehwal Khas (JASA) di seluruh negara akan dibekalkan dengan komputer riba dan modem capaian internet jalur lebar sebagai peralatan untuk menangani isu rakyat yang dibangkitkan di internet." .. elok lah...mana bloger yang tak ada gaji tu... fikirkan lah.. yang bergaji tu teruskan perjuangan...

Depa kata

Depa kata "Isu bekalan air bersih di Kelantan yang menghimpit rakyat di negeri ini sebagai 'remeh' biarpun pelbagai pihak membuat desakan supaya ia diatasi secepat mungkin" .... sebab depa kata remeh lah maka serban Nik Aziz makin besar...

Depa kata

Depa kata " “depa akan main kan semula Isu royalti minyak di Kelantan, isu kerakyatan di Sabah dan Sarawak yang turut dipolitikkan dan beberapa isu yang sedang mereka cipta termasuklah menumpang isu bersih 3, jika bersih 3 boleh mendatangkan kelebihan, dengan harapan aakan berlaku huru hara dan mereka boleh membuat isu dan di hebahkan kepada rakyat,” ... oooo ..depa tengah cipta isu sekarang ini..patut lerrr... nampak Mr Bean kehulu ke hilir...

Depa kata

Depa kata " Barisan Nasional (BN) tidak akan boleh merampas semula Kedah dan Selangor dan menegaskan, tiada sebarang faktor kukuh yang ia akan jatuh melainkan adanya penggunaan unsur-unsur memanipulasi proses pilihan raya kelak" OB kata,..aiii belum apa apa dah buat spekulasi? ..yer ..memang sukar nak ambil Selangor semula, tetapi tidak mustahil, kerana rakyat sudah kembali sayangi Selangor dan mencintai Barisan Nasional ....

Depa kata

Depa kata :" PAS bawa slogan iaitu Negara Berkebajikan", tapi di Kelantan masalah air pun tak dapat selesai bahan utama, kemudiannya yang paling banyak hidup meminta minta adalah juak juak PAS..betullkah PAS boleh buat negara kebajikan?

Depa kata

Depa kata : "Ambiga adalah pemimpin umat Islam menentang kemungkaran UMNO kerana memanipulasi sistem pilihanraya untuk mengekalkan kuasa mereka – perjuangan yang suci dan kalau mati kerananya dianggap mati syahid".... aku kata takbirrr!!!

Depa kata

Depa kata : "pelantikan Senator hendaklah dipandang berat kerana terdapat persepsi bahawa Anggota Dewan Negara tidak menpunyai kredibiliti dan pelantikan mereka dipandang remeh oleh orang ramai"... aku tak kata apa... kita boleh tengok depa buat apa..

Depa kata

Depa kata: " UMNO ini parti yang penuh kemewahan, sahingga tak boleh di tegoq, supaya jangan bermewah " .. .. .. aku kata... kira masa hang lah paling mewah, sebab semua yang kata UMNO parti mewah adalah bekas yang keluaq UMNO dah telah kaya raya, rumah berjuta juta tu duiat sapa yang hang sapu? duit parti ka duit langit?

Depa kata

Depa kata : "Selama ini rakyat hidup tertindas dan dizalimi" .. aku kata depa lupa masa rakyat dizalimi tu hang lah yang pegang kuasa, rakyat hidup tertindas kerana hang lah dok sapu duit rakyat ..beli farrai 3- 4 biji, betina keliling pinggang, sembayang tonggang langgang..dah kena pecat baru nak kata rakyat kena tindas?

Depa kata

Depa kata: "Datuk Seri @mohd_ali_rustam berharap tidak ada lagi pihak cuba menjadikan tokoh terkenal itu sebagai isu, sehingga menimbulkan kekeliruan di kalangan masyarakat". .. nak buat macam mana Datuk ..yang buat jadi isu pun pemimpi melayu juga..

Depa kata

Depa kata "Saya akan mempertahan kerusi Lembah Pantai, ya, saya sudah membuat persiapan untuk bertanding di Lembah Pantai, kami semua hanya askar, akan ikut arahan parti," ...bagus bagus.... selamat bertanding di lembah Pantai..

Depa kata

Depa kata .. Keputusan mengadakan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) secara bersama atau berasingan dengan Pusat adalah hak Kerajaan Negeri yang tidak sepatutnya dipertikaikan Barisan Nasional (BN)...oh yaaa.?? jadi jangan le sebok sebok dok tanya bila Dato Najib nak bubar parlimen.... itu hak Dato Najib lerr kan..

Depa kata..

Depa kata : "Skim pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) diluluskan semasa Datuk Seri Anwar Ibrahim masih di dalam kerajaan, jelas bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini.
Dr Mahathir turut mengingatkan ketua pembangkang itu bahawa skim berkenaan diluluskan semasa Anwar memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, sambil menambah tidak ada bantahan terhadap skim itu pada masa itu."

“Itulah Anwar ... dia sendiri tidak tahu apa yang dia fikir, dia pelupa,”

Depa kata..

Depa kata : Sekiranya, setiap orang melaungkan hak keinginan masing-masing, nescaya nanti masing-masing orang akan bersuka ria di tengah-tengah jalan raya atas alasan hak berhimpun dan berdemonstrasi! Maka tidak mustahil akan ada yang mahu baring-baring di jalanan, main bola di jalan, duduk-duduk di jalan-jalan, meminta-minta sedekah di jalan-jalan, makan-makan, bahkan mungkin ada yang ingin berniaga di jalan-jalan?! Alasannya, “Kami ada hak untuk berhimpun secara aman!”

Oleh itu, jangan hanya fikir hak diri sendiri, fikirkan sama hak-hak orang lain serta pengguna lain. Jangan kerana alasan mahu memprotes atau menjatuhkan pemerintah zalim, lalu kalian pula berbuat zalim ke atas orang lain! Bahkan zalim ke atas dalil-dalil agama dengan sebab penyelewengan pena-pena kalian!

Ingatlah, korupsi hadis jauh lebih bahaya dari korupsi wang, bahkan korupsi hadis jauh lebih zalim berbanding korupsi harta!