Depa kata.., " Parti PAS akan perjuangkan isu pengambilan tanah rakyat di Pengerang, Sebelum ini, kita didedahkan bahawa pengambilan tanah rakyat di Pengerang untuk projek Pembangunan Bersepadu Kilang Penapis dan Petrokimia (Rapid) tidak ikut prosedur dan perkara itu ternyata disembunyikan dari pengetahuan rakyat. Selain itu, kira-kira 1,545 kubur orang Islam dan kira-kira 3,000 kubur orang Cina akan dipunggah dan dipindahkan untuk memberi laluan kepada projek itu".

Depa kata.., "Banyak misteri yang akan terbongkar berikutan bantahan dan cabaran debat mengenai Projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (Rapid), Apabila ada bekas menteri yang mencari nafas baru dalam politik Umno mencabar untuk berdebat berikutan bantahan penduduk Pengerang terhadap Rapid, banyak lagi kecurigaan yang didedahkan kepada kita sejak Petronas dikuasai (Perdana Menteri, Datuk Seri) Najib (Tun Razak)," - Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub.

Depa kata.., "Penduduk Pengerang yang mendakwa terjejas dengan projek Refinery and Petrochemical Integrated Complex (RAPID) bernilai RM60 bilion bercadang mengadakan dua lagi perhimpunan untuk membantah projek berkenaan. Satu diberi nama perhimpunan Kampungku Suaraku dan Satu lagi perhimpunan, Himpunan Hijau Lestari Pengerang akan diadakan pada 30 September di Sungai Rengit." 

Depa kata.., " Anwar Ibrahim telah melantik diri sendiri sebagai Ketua Wanita pakatan pembangkang sepatutnya menjawab segala tuduhan yang dilemparkan ke atasnya oleh S.Nallakaruppan,berhubung dakwaan skandal seks beliau bersama Shamsidar Taharin kerana isu tersebut telah melibatkan aib ahli wanitanya. Anwar dan isteri,  Wan Azizah perlu segera menyangkal dakwaan S. Nallakaruppan itu. Semua kaum wanita di Malaysia mahu melihat sidang akhbar bersama Wan Azizah dan Shamsidar. Anwar perlu selesaikan masalah dan hal ehwal wanita dalam rumahnya dan rumah Azmin sebelum mahu jaga hal ehwal wanita di luar bandar,''

Depa kata.., "Dewan Pemuda PAS Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya tindakan seorang pengarah filem berketurunan Israel Amerika, yang menghina Nabi Muhammad SAW melalui filem terbarunya. Filem berjudul Innocence of Muslims, ini telah dihasilkan sepenuhnya oleh Sam Bacile dan trailer filem tersebut juga telah dimuat naik di dalam laman youtube.
Isi kandungan yang dipaparkan di dalam video yang berdurasi 14 minit ini hanya mendatangkan kemarahan di dalam diri umat Islam. “Dewan Pemuda PAS Malaysia membantah paparan video seperti ini yang menyentuh sensitiviti umat Islam".


Depa kata..,  " 'Perang' antara Perdana Menteri dan timbalannya baru-baru ini dilaporkan sebagai "retak menanti belah" dan dibimbangi akan menjejaskan kepentingan pelajaran generasi masa hadapan negara ini, Di katakan Najib sedang memerhatikan tindak tanduk Muhyiddin yang dilaporkan menggunakan Kementerian Pelajaran untuk membina kekuatan politiknya,"Jika itu berlaku, para pelajar dan institusi pelajaran rakyat yang akan jadi mangsa," kata Mr Bean.

Depa kata.., "Pakatan Rakyat membuat keputusan bahawa Selangor akan menjalankan pilihan raya bagi Dewan Undangan Negeri (Dun) secara berasingan,keputusan itu diambil kerana Selangor merupakan negeri yang mempunyai pertambahan pengundi yang ramai dan tidak dapat diselesaikan".

Depa kata..., "Behubung dengan peribahasa Inggeris yang berbunyi “The Devil you know is better than the Angel you don’t” atau “Syaitan yang anda kenali adalah lebih baik dari Malaikat yang anda tidak kenal” dari ucapan Tun Dr Mahathir. Walaupun saya faham bahawa penggunaan istilah ‘Syaitan dan ‘Malaikat’ adalah merupakan kiasan semata-mata, tetapi hakikatnya ianya tetap merupakan pengakuan bahawa kerajaan UMNO/BN, dalam konteks ucapan Dr Mahathir, adalah kerajaan yang penuh dengan kejahatan dan penyelewengan. Itulah sebabnya dikiaskan dengan Syaitan walaupun bukan secara literal merupakan Syaitan. Hanya ‘bagaikan Syaitan!

Pada masa yang sama, kerajaan PR pula dikiaskan dengan ‘Malaikat’. Ini juga merupakan pengakuan oleh Tun Dr Mahathir akan imej dan reputasi baik yang ada pada PR berbanding dengan UMNO/BN. Walaupun PR bukan ‘Malaikat’ secara literalnya, iaitu makhluk yang dijadikan Allah tanpa nafsu dan mentaati Allah dalam setiap amalannya, namun PR dikiaskan sebagai Malaikat di atas sebab reputasi dan imej baiknya".

Depa kata..., "Saya juga ingin mengetahui status pengambilan tanah untuk projek RAPID yang melibatkan 7 buah kampung dan lebih 900 keluarga di Pengerang. Apakah nilai pampasan yang dibayar kepada penduduk-penduduk yang terlibat dalam pengambilan tanah tersebut," - Azmin Ali (MP Gombak)

Depa kata.., " Usaha menghalang masjid daripada disuburkan dengan risalah-risalah Allah merupakan satu usaha yang zalim dan tidak bertamadun, seseorang itu melakukan usaha bagi menghalang dakwah Allah, maka ia akan berdepan dengan tindakan Allah itu sendiri d akhirat kelak, seorang yang ingin memperkasakan diri ia perlu bersama Allah, kerana hanya dengan Allah ia akan jadi perkasa, jangan jadi orang yang perkosa masjid.  Kalau nak jadi perkasa, kena bersama-sama dengan Allah, baru perkasa.  Bukan jadi perkosa," - Ustaz Ghani Ahli Majlis Syura Ulama PAS

Depa kata.., " Sesungguhnya, KEADILAN ingin menegaskan bahawa apa yang dilakukan oleh PERKASA dan para pendokong UMNO ini, adalah amat merbahaya kepada kesejahteraan dan kebebasan rakyat. Jika tidak ditampan, gejala ini pasti akan mengancam keselamatan Negara seluruhnya.  Amalan ini amat bertentangan dengan nilai dan akhlak bangsa Melayu dan Islam. Malah, ia merupakan serpihan dari budaya jahiliyah dan liar yang dilakukan oleh para penentang keadilan, kebenaran dan kebebasan sejak zaman berzaman. Nabi Muhammad SAW pun pernah dibaling batu dan kayu semasa menjalankan tugas dakwah dan tarbiyahnya kepada penduduk Makkah pada zaman baginda".
Depa kata.., "Ada orang ni sibuk menghentam dan menghina kerajaan tapi tidak sedar diri dia dan keluarga dia sendiri tinggal dalam "Rumah Mesra Rakyat". Kerajaan yang dicaci itulah yang bantu dia tinggal dalam rumah itu yang mana saya lihat dia tidak layak pun dapat hak keistimewaan tersebut".

Depa kata.., " Nik Aziz hari ini menyifatkan orang yang memijak dan menunjukkan punggung kearah gambar Perdana Menteri dan Isteri (Datin Seri Rosmah ) adalah sesuatu yang tidak selari dengan ajaran Islam".