Depa kata.., "Pas Kelantan menegaskan hanya rakyat berkuasa menentukan dasar kerajaan termasuk pelaksanaan undang-undang Islam bukannya Kapral Singh, Pas akan tetap berjuang secara berterusan menegakkan syariat Islam biarpun terdapat pihak yang tidak bersetuju dengan dasar perjuangan parti itu. Bagi memperjuangkan agenda Islam seperti yang Pas bawa ini pun rakyat yang boleh menentukan kejayaan ia. Tetapi kita tidak akan berhenti memperjuangkan Islam, semata-mata sebab ada orang yang tidak bersetuju,”

Depa kata.., "Kempen Wanita Menolak Najib adalah satu cara kempen terbaru oleh Wanita PKR untuk mepromosikan PKR kepada Rakyat dan membuat kaji selidik serta mendapat pandangan mengenai kerajaan Pakatan Rakyat agar mereka tahu kewujudan Pakatan Rakyat.yang mana mereka berkata tidak ramai rakyat Malaysia mengetahui kewujudan Pakatan Rakyat," 


Depa kata.., "PKR berada dalam keadaan yang agak ‘kecut’ untuk menghadapi Pilihanraya ke-13 kali ini, kerana mereka dijangka akan Kalah dan kehilangan 16 Kerusi yang sedia ada, Malah, dalam semua kajian menunjukkan yang undi masyarakat Cina yang sebelum ini dikatakan amat kritikal bagi BN, juga semakin positif di pihak BN. Oleh yang demikian, antara strategi yang mereka digariskan untuk menghadapi pilihanraya kali ini ialah membesarkan isu pembelaan kaum Melayu termasuk menjuarai beberapa kes kontroversi yang melibatkan nasib orang Melayu".

Depa kata..., "Bahawa sesiapa yang tidak menerima hukum-hukum Allah adalah mereka yang kufur. Karpal Singh tidak menerima hukum hudud kerana dia kufur. Kumpulan Pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR) juga dilaporkan bersetuju dengan kenyataan Karpal. Ketua Pemuda PKR, Shamsul Iskandar Mohd Akin, telah memberi amaran, komen-komen terhadap pelaksanaan hukum hudud akan menimbulkan masalah yang besar terutamanya apabila isu tersebut akan mengundang kemarahan bagi Karpal dan pemimpin-pemimpin DAP."

Depa kata.., " Isu Projek Penapisan dan Pembangunan Petrokimia Bersepadu (Rapid) di Pengerang, Johor, kini kembali aktif semula , kali ini melibatkan beberapa orang "Pakar" dari Taiwan yang pernah terlibat dengan Anti- KuoKuang Petrochemical Plant, aktivis Taiwan yang anti-Kuokuang, memberi amaran bahawa projek itu boleh menjadi lebih berbahaya kepada Malaysia kerana saiz projek Rapid di Pengerang adalah lebih besar daripada projek Kuokuang di Taiwan.Umur rakyat Taiwan dianggarkan dipendekkan sebanyak 23 hari kerana pencemaran udara, tetapi projek di sini adalah lebih besar  daripada di Taiwan, yang bermakna kadar kerosakannya akan menjadi lebih serius,"

Depa kata.., "Kira-kira hampir sepuluh orang pegawai JAIS memecah masuk rumah seorang penghuni yang dikatakan melakukan maksiat, walhal tidak ada kejadian sebegitu yang berlaku.Pegawai JAIS itu menggunakan tukul menyebabkan kerosakan teruk kepada pintu pagar rumah mangsa.Sementara itu, wakil dari Majlis Peguam dan aktivis "Perlembagaanku",berkata, tindakan JAIS itu adalah sah dari segi undang-undang, menurut Seksyen 18, Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Selangor) 2003 yang membenarkan pegawainya memecah masuk tanpa waran".

Depa kata..," Abby Abadi tidak ikhlas menyertai Pakatan Rakyat, belum apa-apa agenda peribadinya sudah terserlah.  Ketara sangat penyertaan Abby Abadi ke dalam PAS hanyalah untuk mencari peluang lebih baik yang tidak mampu didapatinya dengan kerajaan sekarang. Kemasukan Abby Abadi adalah dengan kerelaan, tidak ada sesiapa yang menjemputnya masuk.  Kita hargai sokongan Abby dan artis-artis lainnya kepada Pakatan Rakyat, tapi jangan memandai-mandai menyatakan sesuatu yang tidak pernah menjadi polisi Pakatan Rakyat, seperti ‘mensyariahkan’ hiburan".

Depa kata.., “ Sebuah kedai makan kopitiam yang memasak dan memakan katak di dapur mendapat tindak balas segera daripada pihak berkuasa yang melakukan operasi mengejut di premis berkenaan semalam. Kesalahan serius dilakukan ialah mengelirukan orang ramai dengan meletakkan perkataan halal di depan kedai. Notis yang tertulis perkataan halal itu mengelirukan orang ramai, khasnya pelanggan Islam".

Depa kata.., “ Kejayaan polis menumpaskan sindiket penjualan sijil palsu bernilai lebih RM5 juta, kononnya daripada lima universiti luar negara, turut mendedahkan pembelinya terdiri daripada kalangan ahli politik dan individu bergelar Tan Sri.Terdapat 525 orang 'graduan' tempatan serta asing dikesan terlibat membeli sijil palsu sejak beberapa tahun lalu.Pihak polis sedang mengenal pasti ahli politik dan individu bergelar Tan Sri".

Depa kata.., “Kerja seniman adalah berkarya... Anda tidak perlu jadi orang kerajaan atau pembangkang sebagai lesen untuk berkarya.Jika pihak yang anda sokong masih kalah, apakah anda akan tunggu musim pilihan raya seterusnya hingga pihak yang anda sokong menang dan anda dapat berkarya?, Bagi saya rasa dia masih ‘terkejut’ sebab baru beralih musim.Kebanyakan artis yang berhijrah dari parti kerajaan kepada pembangkang mereka baru merasakan suasana baru.Itu bagi saya hanya faktor musim, Islam adalah agama untuk semua. PAS sembahyang 5 kali sehari, Umno pun begitu juga dan bagi saya tak perlu berhijrah ke mana-mana pun kalau setakat nak jadi seorang yang Islamik ”.

Depa kata.., "Wan Azizah akan bertanding di DUN Selangor dan ini ada cubaan untuk memecahkan monopoli Azmin yang dilihat telah terlebih sudu dari kuah, Azmin yang dilantik sebagai Pengarah Pilihanraya PKR Pusat, telah menggunakan kedudukkannya untuk meletakkan orang orangnya di beberapa kawasan penting dalam DUN Selangor sebagai calon, mengatasi calon pilihan Wan Azizah sebagai Presiden Parti. Azmin juga disebut sebut sebagai bakal Menteri Besar Selangor yang baru menggantikan Khalid yang khabarnya tidak akan dicalonkan semula.

Depa kata.., " Pakatan Rakyat perlu berbuat sesuatu bagi mematahkan ancaman Najib yang semakin melebar sekarang ini. Pemberian tunai kerajaan BN dibawah pemerintahan Najib seperti BR1M, wang persekolahan dan sebagainya bukan calang calang cabarangnya, Pakatan Rakyat harus dapat bersama-sama memikirkan ‘pencapaian’ Najib setakat ini yang boleh mendatangkan bahaya kepada kempen Pakatan Rakyat untuk menakluk Putrajaya serta mencari punca mengatasinya".

Depa kata.., "Adalah di fahamkan PERKASA adalah satu badan bukan kerajaan yg aktif memperjuangkan hak dan keistemewaan orang Melayu..tapi apa yang dah terjadi di bandar pusat jengka??? Dulu bandar pusat jengka menjadi kebanggaan orang Melayu kerana satu-satunya bandar ekonomi orang Melayu..tetapi sekarang ini tidak lagi...bangsa lain telah bertapak di bandar jengka..dimanakah PERKASA jika benar2 memperjuangkan kepentingan Melayu??? Apa yang berlaku adalah disebabkan petualang bangsa yang telah mengkhianati bangsa sendiri...bekas wakil rakyat jengka dari UMNO yang sengaja menjemput bangsa lain bertapak di Bandar Jengka... kenapa PERKASA tidak bersungguh2 mempertahankan bandar tunggal ekonomi Melayu ini??? adakah kerana tidak memberikan keuntungan????"

Depa kata.., " Kepimpinan PAS perlu mengeluarkan fatwa mengharamkan saham FGV tanpa lengah lagi.  Kerana polemik mengenai isu saham ini akan menghantui PAS dan Pakatan Rakyat, Pakatan membantah penyenaraian saham FGV ini, Ada hampir 20 ribu orang peneroka yang memilih untuk tidak menerima tawaran 800 unit saham secara percuma kerana yakin dengan penerangan PAS bahawa tanah mereka menghadapi risiko dijual bagi menampung kerugian yang mungkin disebabkan oleh FGV, tetai didalam masa yang sama ada beberapa orang dalam pakatan yang 'berwang' telah memohon untuk membeli kerana memikirkan keuntungan yang bakal diperolehi, Ini termasuklah syarikat koperat yang diurus dibawah kerajaan Pakatan saperti PKNK dan beberapa syarikat lagi terutama dari Selangor dan Kelantan".

Depa kata..., "Saya kata dia sesat, bukan disebabkannya pergi ceramah (Datuk) Dr Hasan Ali (bekas Naib Presiden Pas) atau kerana memakai baju merah, tetapi sikapnya yang terlalu menyimpang dengan ajaran Nabi. Ia bukanlah setakat solat lima waktu, memakai tudung dan mengaji al-Quran, tetapi perbuatan lain, juga dikira sebagai amalan, dan tidak terhad dalam satu perkara sahaja. Paling mengecewakan saya, apabila dia memburuk-burukkan seorang ulama, dan terkilan kerana tidak dapat membentuk isteri yang solehah".

Depa kata..., "Biar pun saya bersama dengan gerakan memperjuangkan Islam dan keadilan, namun saya masih sayang lagi kepada dunia seni. Sebagai orang seni saya tidak pandai untuk mencari rezeki dengan bidang lain. Oleh itu saya berharap selepas ada perubahan di Putrajaya nanti, kita boleh lakukan sesuatu bagi memartabatkan seni mengikut acuan Islam,"

Depa kata..., "PDRM bertindaklah secara profesional, jagalah negara bukan jaga Umno,Jika penyokong Umno buat tak mengapa walaupun sudah dibuat laporan. Sedangkan tuduhan terhadap PR hanya andaian terus dihebah di dalam media. Modul mana pihak PDRM belajar, suatu perkara yang merbahaya didedahkan kepada umum terlebih dahulu, Sampai bila negara akan selamat jika tektik heboh dahulu baru bertindak,"

Depa kata.., "Parti DAP telah mencadangkan seorang lelaki yang didakwa pernah menjadi bapa ayam untuk menerima Pingat Kelakuan Terpuji (PKT) sempena ulang tahun sambutan kelahiran Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Pada 1990-an, dia menyertai DAP dan bekerja sebagai bapa ayam dengan menjaga pelacur (di sebuah hotel), dan orang ini kini bersama isteri bekerja di sebuah kelab rekreasi yang bukan sahaja membolehkan ahli dan orang luar berjudi termasuk bermain mahjung," 

Depa kata.., “Pakatan Rakyat perlu mengambil kesempatan dengan huru hara didalam UMNO, menguatkan jentera dan meletakkan calon yang lebih berwibawa dari calon pada 2008.  Walaupun rakan Pakatan mereka PAS telah banyak mengubah pendirian kerana parti dan untuk disesuaikan dengan kepelbagaian kaum di Malaysia, tapi ada sesetengah berpendapat perubahan PAS itu tidak ikhlas dan masih mencetus rasa curiga pengundi bukan Melayu terhadap parti tersebut.," 

Depa kata.., “Jika PR menang sebagai sebuah kerajaan di peringkat persekutuan dan peringkat negeri, insya Allah PR akan mengisytiharkan segera tarikh pilihan raya umum berikutnya. Kerajaan PR gentleman dan kita menjadi satu kerajaan yang berperlembagaan, constitutional government," 

Depa kata.., "  Isu pengundian secara pos di kalangan petugas media, SPR perlu menjelaskan mekanisme berhubung perkara ini bagi mengelakkan undi pos dimanipulasi. PAS khuatir undi pos di kalangan mereka ini akan disalahguna lebih-lebih lagi pengundi pos tak guna dakwat kekal," 

Depa kata.., " Jika Barisan Nasional (BN) tidak dapat majoriti dua pertiga dalam pilihan raya umum akan datang,  Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak terpaksa berundur dan Muhyiddin dengan sendirinya akan mengambilalih tempat Najib sebagai Perdana Menteri."

Depa kata.., " Himpunan Oren 14 Jun lalu berjaya mencapai matlamatnya.walaupun tidak berjaya mengumpul seramai 20ribu orang, sasaran perhimpunan adalah untuk menyerahkan memorendum kepada kepada Yang DiPertuan Agong dan hasrat itu telah diberjaya dilakukan. Pihak Umno ni tidak akan bergembira dengan apa yang PAS buat, jika sasaran 20,000 orang berjaya dikumpulkan mereka tetap mengatakan gagal".

Depa kata.., "Mampukah Pakatan Rakyat nanti menguruskan rakyat dengan segala kerenah mereka yang sentiasa meminta minta, sedangkan dalam masa yang sama Pakatan Rakyat perlu memberi tumpuan untuk melaksanakan janji-janji manifesto PRu13 yang lebih besar dari segi nilai dan golongan sasarnya, jangan nanti yang di janji tak tertunai yang sedia ada habis terbarai dan tergadai".

Depa kata.., “Anak-anak pemimpin kita juga yang mengambil alih syarikat-syarikat strategik negara seperti yang dilakukan oleh anak Mahathir dengan mengambil alih Exxon Mobil dan memaksa MAS membeli bahan bakar dari syarikat itu untuk keperluan syarikat penerbangan negara, MAS.Pemimpin besar negara juga lah yang mengambil wang Petronas untuk menyelamatkan perniagaan anak kesayangannya. Cakap pemimpin ini bergegar-gegar memarahi orang Melayu yang terlalu bergantung kepada kerajaan semata-mata untuk hidup tetapi semua anaknya bergantung kepada harta benda rakyat untuk menjadi kaya raya yang tidak terperi. Nampak sangat yang mereka (pemimpin-pemimpin) rasa terdesak dan meminta sokongan kami yang sudah lama dilupai ini. Pergi jahannamlah!!”.

Depa kata.., “Apa yang saya benci sekarang ini, jika BN masih dapat kuasa hanya orang-orang tertentu sahaja yang akan mendapat habuan dan kami ini hanya dijadikan landasan untuk mereka menyamun dan merompak kita. UMNO sudah sampai waktunya untuk dibersarakan bagi memberi harapan kepada rakyat yang ramai mendapat nikmat kekayaan negara, Orang bawahan hanya di anggap sebagai kaldai sahaja. Lepas kroni Mahathir, kroni Najib pula yang membelasah. Lepas tu kroni Muhyiddin dan kroni-kroni MB-MB pula yang mengaut keuntungan sokongan ramai. Orang ramai dapatlah BRIM, beratur sepanjang-panjangnya untuk mendapat sejemput duit untuk menyambung kehidupan yang terdesak,”.

Depa kata...., "Barisan Nasional telah berjaya memujuk 5 dari lapan ahli Parlimen untuk melompat parti dengan tawaran yang sangat lumayan, lima dinatara mereka ialah Datuk Zulkifli Noordin (Kulim-Bandar Baru), Datuk Seri Zaharin Mohamed Hashim (Bayan Baru), Tan Tee Beng (Nibong Tebal), Mohsin Fadzil (Bagan Serai) dan N. Gobalakrishnan (Padang Serai) yang kini menjadi wakil rakyat bebas dan tiga yang gagal dipujuk ialah Ab Aziz Ab Kadir (Ketereh), Amran Ab Ghani (Tanah Merah) dan Loh Gwo Bourne (Kelana Jaya)".

Depa kata...., "Persidangan Dewan Undangan Negeri Selangor semalam telah meluluskan usul agar pemaju hartanah, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) menawarkan potongan diskaun tujuh peratus kepada semua kaum yang berminat membeli kediaman yang dibangunkan PKNS. Speaker Dewan Datuk Teng Chang Kim mengumumkan usul yang dikemukakan M. Manoharan (DAP-Kota Alam Shah) dan disokong Lau Weng San (DAP-Kampung Tunku) dan mendapat persetujuan majoriti anggota Dewan. Usul itu mencadangkan agar kerajaan negeri mengarahkan PKNS untuk memberi diskaun sebanyak tujuh peratus dengan serta-merta bagi semua jenis kategori perumahan di bawah pembangunan PKNS kepada semua kaum yang lahir di Selangor."

Depa kata.., "Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain kata "Kita  berjaya menggagalkan propaganda Umno BN melalui radio dan televisyen selama ini melalui media baru, Satu ketika dahulu propaganda jahat pemimpin umno dalam  peristiwa Memali yang membabitkan pembunuhan As Syahid Ustaz Ibrahim Libya dan 13 yang lain telah menyebabkan PAS kalah teruk dalam pilihan raya umum (PRU) ketika itu.".

Depa kata.., "Lim Guan Eng secara tidak langsung dalam perdebatannya dengan Chua Soi Lek baru-baru ini, Telah menekankan bahawa, DAP tidak sekali-kali menerima konsep kerjasama dengan PAS dan PKR sepertimana UMNO-MCA-MIC. Sebaliknya DAP akan sentiasa memastikan kedudukannya jauh lebih tinggi dari sekutu-sekutu hapraknya"

Depa kata.., "Bila tarikh pilihan raya disorok, rakyat jadi sukar hendak mengatur kehidupan. Umpamanya, mereka yang hendak ke tanah suci jadi terhalang untuk membuat keputusan kerana bimbang akan bertembung dengan tarikh pilihan raya. Nak buat kenduri susah, nak merancang perjalanan susah, semuanya takut bertembung dengan tarikh pilihan raya yang Perdana Menteri umum ikut suka hatinya sesuai dengan kepentingan diri dan partinya,".

Depa kata.., "Tragedi amuk di depan JPM ini dilihat benar-benar mencalar kredibiliti Najib kerana ianya berlaku di kawasan pejabat beliau sendiri, Dengan kejadian amuk ini, maka timbul persoalan di benak fikiran rakyat Malaysia, di manakah keamanan, keselamatan dan kestabilan yang dimomokkan oleh Najib?, Sekiranya Jabatan Perdana Menteri yang terkenal dengan sistem keselamatan yang ketat pun tidak selamat, bagaimana pula dengan jaminan keselamatan di tempat-tempat lain?”.

Depa kata.., "Sumber-sumber menyatakan bahawa seorang bekas pegawai Lim Guan Eng dikatakan agak rapat dengan Phaik Kheng yang bersimpati dengan nasib beliau dan ingin membela Phaik Kheng yang kini dicemuh oleh rakan-rakan, penyokong dan pensimpati Betty Chew. Menurutnya, Phaik Kheng tidak wajar diperlakukan sedemikian kerana yang bersalah juga adalah Lim Guan Eng".

Depa kata..., " Aspan Alias mendakwa perbuatan mencantas bakat tokoh-tokoh muda semata-mata bagi mengekalkan kuasa dianggap bekas pemimpin Umno dimulakan di zaman Tun Dr Mahathir Mohamad. Sikap itu diamalkan Presiden Umno terbabit kerana bimbang ada pemimpin lain akan menyaingi kedudukan beliau.Umno tidak dapat melahirkan barisan pemimpin pelapis yang benar-benar berwibawa untuk menerajuai parti dan negara".

Depa kata..., "Seorang lelaki dan seorang wanita telah cuba menyerang pejabat Perdana Menteri, kedua nya adalah pengangur yang masing masing mempunyai seorang dan dua orang anak, Suspek lelaki kemudiannya didapati telah meninggal dunia ketika di dalam perjalanan ke hospital, difahamkan perbuatan mereka ini adalah cubaan untuk mengulingkan kerajaan dan lelaki berkenaan telah mengaku bahawa dirinya Imam Mahdi"

Depa kata..., "Bukannya suara Mahathir yang akan menentukan pemerintah negara tetapi suara rakyat bakal menentukan teraju kepimpinan.Rakyat sudah dapat bezakan siapa Mahathir sebenarnya. Rakyat sudah dapat membandingkan Perdana Menteri mana yang korup, rasuah dan amalkan kronisme melampau.Biar rakyat tentukan siapa yang mereka mahu untuk memerintah negara dalam PRU ke-13 yang akan datang. Bukan Mahathir yang menentukan,” 

Depa kata.., "Rakyat Selangor masih belum lupa dengan janji Khalid Ibrahim untuk menyediakan ‘Kertas Putih’ bagi menjelaskan isu Talam.  Adakah TS Khalid fikir rakyat Selangor sudah lupa?  Janji untuk membentangkan Kertas Putih ini telah dibuat pada 2010 lagi, sehingga sekarang kenapa masih belum disiapkan dan hanya dijanji dalam pembentangan bajet 2013 akan datang?"

Depa kata.., "Kita lihat macam mana Mahathir menyerang Pakatan Rakyat dan beliau ingin pastikan agar Barisan Nasional (BN) terus memerintah bagi menjamin kekayaan negara dapat dimonopoli oleh beliau. Sebab itu kontrak awal hanya enam bulan ia hanyalah sebagai menghadapi pilihanraya dan jika Pakatan Rakyat memerintah maka kontrak itu akan tamat tetapi jika BN terus memerintah saya pasti kontrak itu akan disambung lagi,"

Depa kata.., " Mahfuz Omar mendesak agar kerajaan mengambil tindakan segera memecat Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai penasihat Petronas.Tindakan itu perlu diambil kerana kegagalan beliau menjaga kepentingan Petronas dan sebaliknya menjaga kepentingan syarikat yang ada kaitan anaknya, Petron Malaysia. Mahathir sepatutnya mengutamakan kepentingan Petronas dengan melobi agar syarikat minyak negara diberi peluang untuk membekalkan bahan api kepada pesawat Airbus A380 kerana ia selaras dengan jawatan yang dipegang olehnya.Namun beliau mengenepikan Petronas tetapi mengunakan pengaruhnya melobi untuk syarikat milik keluarga beliau,"

Depa kata.., "Esso Malaysia yang telah dibeli anak Dr Mahathir Mohamad menggunakan sumber kewangan San Miguel Corporation – sebuah syarikat arak terkemuka dan kini di kenali sebagai Petron, Jadi, kalau pergi stesen Petron, samalah pergi ke syarikat anak Mahathir, Mokhzani,” 

Depa kata.., "Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kemelah, Datuk Ayub Rahmat tidak berniat meraih publisiti dengan mencadangkan pelaksanaan hudud di Johor, sebaliknya beliau hanya mahu meningkatkan kesedaran masyarakat mengenainya.Bagaimanapun, beliau enggan membincangkan perkara itu secara terbuka kerana bimbang akan menimbulkan kekeliruan dalam masyarakat kerana ia berkaitan dengan soal akidah dan kepercayaan umat Islam".

Depa kata.., "Suruhanjaya Perkhimatan Awam (SPA) memperkenal dua dasar baru, yang berkuat kuasa semalam, bagi meningkatkan peluang permohonan jawatan dalam perkhidmatan awam.Dasar pertama SPA ialah membenarkan pemegang Ijazah Sarjana Muda memohon jawatan di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi membolehkan semua calon bersaing dalam memohon mana-mana jawatan yang bersesuaian tanpa sekatan tahap kelayakan akademik".

Depa kata.., " Fomca meminta umat Islam makan hanya di premis yang mempamer logo halal yang dikeluarkan Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (Jakim) dan Majlis Agama Islam Negeri (Main). Ramai pengusaha restoran dan kedai makan gagal mempamer logo halal yang diiktiraf Jakim di premis masing-masing walaupun sudah diberi tempoh enam bulan untuk berbuat demikian".

Depa kata.., "Kewujudan Suara Rakyat Malaysia (Suaram) dilihat semata-mata mahu mengelirukan rakyat berikutan peranannya yang cenderung sebagai alat dalam penyebaran fitnah ke atas kepimpinan negara, Agenda tersembunyi 'pertubuhan' itu terbukti apabila mereka tergamak mempengaruhi ahli pakatan pembangkang yang lain untuk membuat laporan palsu kepada pihak polis".

Depa kata.., "Penyiaran gambar gambar pemimpin didalam setiap cerita sebagai mempromosi pemimpin tersebut adalah sesuatu tindakan yang bagus untuk menaikkan nama pemimpin tersebut walapun beritanya hanya sekadar bersarapan pagi roti canai. Tetapi di Pulau Pinang, surat kabar kerajaan negeri menyiarkan 51 gambar Guan Eng dalam Buletin yang mempunyai 28 mukasurat, perkara ini bolehlah dikatakan sebagai satu bentuk ‘pemujaan’ baru - sama seperti rakyat Korea Utara menyanjung pemerintahan keluarga Kim!!, yang mana mempamerkan gambarnya lebih banyak dari berita. "