Siti Hasmah Dedah Wajah Sebenar Mahathir

Pendedahan Tun Siti Hasmah bahawa suaminya, Tun M, tidak membenarkannya bertudung menunjukkan sikap bekas PM itu terhadap kepentingan agama Islam.

Tidak hairan dia sanggup bekerjasama dengan DAP yang mahu menjadikan Malaysia sebuah negara sekular yang menolak Islam.

Sikap sekular Mahathir bukanlah mengejutkan kerana selama berkuasa dia mengambil pendekatan memusuhi ulama dan ilmuan Islam.

Peristiwa Memali pada 1985 yang mengorbankan 14 orang dan menghentikan bantuan kepada sekolah agama rakyat sudah cukup membuka mata umat Islam wajah sebenar Mahathir.

Berbeza Mahathir, PM Najib Razak lebih bertoleransi dan menjadikan ulama termasuk dari PAS sebagai rakan walaupun berbeza parti.

Mahathir Yang Mengaku 'Maksum'

Top Dog Pakatan Tun M setuju pemimpin yang menerajui kerajaan terlalu lama akan menyebabkan korupsi dan nepotisme.

Tetapi dia mendakwa ketika menjadi PM selama 22 tahun dan tidak melakukan apa-apa kesalahan. Jelas Tun M mengidap 'sindrom tidak sedar diri'.

Gaya pemerintahnya menyebabkan dia dicop pelbagai gelaran seperti “Mahazalim” dan Mahafiraun”.

Bukan sahaja menahan musuh politiknya di bawah ISA malah dia telah melemahkan sistem kehakiman apabila memecat Ketua Hakim Negara Tun Saleh Abas.

Kit Siang, Tun M Tipu Anak Muda

Top Dog Pakatan Tun M dan diktator DAP, Lim Kit Siang sudah menyesal mengadakan sesi khas bersama anak muda kerana mereka gagal menjawab soalan-soalan “cepu emas”.

Mereka berdua terpaksa menipu untuk mengelak daripada terus diasak soalan.

Kit Siang cuba “spin” kononnya DAP bukan parti rasis walaupun tiada seorang calon Melayu yang menang pemilihan CEC DAP.

Malah, dasar parti itu DAP jelas anti-Melayu seperti Deklarasi Setapak yang memperjuangkan kesamarataan etnik dan menentang pengasingan rakyat ke dalam dua kelompok “Bumiputera” dan “bukan Bumiputera”.

Isytihar Harta: DAP Kepanasan

DAP seperti cacing kepanasan apabila Rafizi Ramli menganjur kempen isytihar harta. Patutlah tiada seorang pun wakil rakyat DAP yang hadir ketika kempen itu dilancar di Summit USJ.

DAP sebaliknya memberi alasan tak masuk akal. Kata mereka, keselamatan wakil rakyat akan terancam jika isytihar harta dan untuk elak orang minta dana politik.

Kalau dah takut macam-macam alasan tak logik direka. DAP takut kekayaan luar biasa mereka terbongkar. Lihat Tokong mereka, Lim Guan Eng yang mampu beli banglo mewah. Walaupun katanya dibeli di bawah harga pasaran tapi nilainya masih jutaan ringgit.

Ada ahli parlimen di Perak yang mampu bina istana a.k.a The White House dan beli deretan kereta mewah. Dengan gaji adun dan ahli parlimen mustahil mampu beli semua itu.



Pakatan Sokong Rakyat Atau Pemaju?

Puak Pakatan marah dengan kerajaan yang membekukan projek pembinaan rumah mewah lebih RM1 juta termasuk projek komersil seperti pusat beli belah.

Pakatan mendakwa keputusan itu boleh mengganggu perkembangan ekonomi dan tidak mesra pemaju.

Matlamat perjuangan Pakatan seperti kucar-kacir dan tidak tentu arah. Mereka kononnya memperjuangkan rakyat tetapi membantah pula keputusan kerajaan yang dubuat untuk kebaikan rakyat.

Kerajaan membekukan projek pembinaan mewah itu supaya pemaju menumpu kepada projek rumah mampu milik berharga kurang RM300k.

Gimik Isytihar Harta Rafizi Gagal.

Rafizi Ramli telah menyebabkan satu lagi pergolakan dalam Pakatan. Kali ini gimiknya tentang perisytiharan harta telah memecah belahkan pemimpin pembangkang yang kebanyakannya tidak setuju.

Hanya 20 pemimpin PKR, 9 dari Parti Amanah Negara dan satu daripada PAS menghadiri majlis tandatangan pengisytiharan harta yang dihoskan oleh INVOKE, NGO kepunyaan Rafizi baru-baru ini. Tidak seorang pun wakil DAP atau PPBM hadir.

DAP dikatakan telah memberi arahan kepada semua pemimpin parti itu agar jangan menandatangani perjanjian dengan INVOKE kerana takut menganggu penyediaan menghadapi PRU 14. Arahan ini telah menimbul kemarahan beberapa ahli parlimen DAP yang mahu turut serta.

Masalah Sendiri Tapi Salahkan UMNO

Pihak pembangkang cuba hasut kemarahan penyokongnya terhadap Menteri Dalam Negeri Zahid Hamidi yang dikatakan sengaja melengahkan pendaftaran Pakatan Harapan.

Padahal punca kelewatan adalah kepincangan Pakatan itu sendiri dan bukan di pihak kerajaan.

Zahid, yang juga TPM, mendedahkan permohonan Pakatan tersekat kerana masalah dalaman DAP dan PPBM.

ROS masih menunggu laporan pemilihan semula CEC DAP yang diadakan 12 Nov lalu manakala PPBM belum mengadakan mesyuarat agung tahunan.

Kerajaan Akan Bantu Kurangkan Impak Kenaikan Minyak

Kerajaan akan memastikan rakyat tidak terbeban dengan kenaikan harga minyak dunia dan kadar inflasi terkawal yang mempengaruhi peningkatan harga runcit minyak Malaysia.

Kementerian Kewangan telah mengenal pasti langkah bersesuaian bagi mengurangkan impak kenaikan harga minyak sekiranya harga runcit produk RON95 dan diesel melebihi RM2.50 seliter secara berterusan selama tiga bulan.

Pada masa ini, kerajaan melaksanakan langkah rasionalisasi subsidi produk petroleum mengikut trend kenaikan atau penurunan harga minyak mentah dunia untuk mengurangkan ketirisan dan memastikan pemberian subsidi yang bersasar.


Parti Tonggang-Langgang, Ada Hati Urus Negara

Top Dog Pakatan, Tun M meyerbu pejabat KDN di Putrajaya kerana tak puas hati  kenyataan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan bahawa parti cap bunga itu boleh diharamkan kerana melanggar perlembagaan parti.

Tiga kesalahan teruk yang mencemarkan imej parti cap bunga raya ialah tidak mengadakan mesyuarat agong tahunan, menubuhkan sayap pemuda dikenali Armada dan menangguhkan mesyuarat tahunan tanpa peruntukan dalam parti.

Peliknya, parti itu boleh pula mengadakan sambutan ulang tahun pertama pada 14 September lalu di Muar, semata-mata untuk membina persepsi umum bahawa semuanya dalam keadaan baik.

'Ustaz' Pun Spin Harga Minyak Naik

Bila bankrap idea, Pakatan dan macai mereka sibuk “spin” isu kenaikan minyak.
Ada seorang penceramah terkenal pro pembangkang juga cuba memberi “fatwa” tentang kenaikan minyak.

Dia menuduh kerajaan “berjoli” dengan wang hasil “menaikkan harga minyak”. Dia cuba  menfitnah kerajaan sengaja menaikkan harga minyak.

Bagaimana ketika harga minyak turun? Adakah kerana kerajaan tidak mahu duit?