Depa kata.., " Perbuatan menunjukkan seolah sedang membuang air besar ke atas gambar Najib adalah satu perbuatan mulia dan berani, menunjukkan kebencian anak muda kepada PM. Menanam kebencian kepada pemimpin BN dan UMNO adalah usaha yang ternyata menguntungkan Pakatan Rakyat seperti yang kelakuan yang ditunjukkan oleh anak muda tersebut.  Jelas sekarang mengapa perlunya mengaitkan Najib dengan pembunuhan Altantunya, walaupun tidak ada bukti, sekurang-kurangnya ia boleh membuat anak muda lebih bencikan kepada Najib, Yang penting anak muda mesti di semai rasa benci kepada pemimpin BN terutama Perdana Menteri, kerana ini memberi keuntungan kepada Pakatan Rayat".

Depa kata.., "Jika benar Nasharudin ikhlas berdiri atas nama Islam, beliau tidak perlu menunggu agar PAS keluar dari Pakatan Rakyat, tetapi beliau yang harus menunjuk jalan dengan terlebih dahulu keluar dari PAS. Kesimpulannya, Nasharudin dan Mat Sabu tiada bezanya.  Kedua-dua mereka adalah rakan kongsi, talibarut kalaupun tidak barua kepada DAP"

Depa kata.., "Tun Dr Mahathir Mohamad tidak pernah menolak pelaksanaan hukum hudud sepertimana yang terkandung dalam Islam, sebaliknya menolak hukum hudud yang akan dilaksanakan oleh Pas. Tun berkata hukum hudud yang mahu dilaksanakan oleh parti pembangkang itu mirip kepada hukuman yang lebih berat dan tiada di dalam al-Quran. "Saya tolak hudud Pas, saya tidak pernah kata saya tolak hudud Islam. Kita kena bezakan antara dua ini... lain langsung, Saya tidak boleh sokong itu, tidak kena dengan Islam. Kalau sesuatu itu tidak adil, dia tidak Islam. Islam menuntut apabila kamu hukum, hukumlah dengan adil. Ini tidak adil, orang Islam potong tangan tapi orang bukan Islam kena penjara dua bulan,"


Depa kata.. , " Semalam Hadi Awang bercerita lagi dan bermain dengan isu Hudud, Hadi kata " Hudud adalah salah satu daripada cabang hukum jenayah mengikut syariat Islam, wujudnya bersama Qisas dan Takzir. Hukum Hudud adalah hak Allah yang dinaskan dalam Al-Quran dan Hadith-Hadith Mutawatir yang menjelaskan kesalahan dan hukumannya, dasar dan sebahagian huraiannya. Bagi penganut Islam seluruhya maka tentulah wajib beriman dan beramal dengan Islam yang menjadi agama cara hidup (way of life). Tuntutan untuk beriman dan beramal dengan Islam adalah bukan sahaja wajib ke atas ahli PAS dan penyokongnya, bahkan juga wajib kepada semua penganut Islam dalam NGO atau secara individu dan ahli mana-mana parti politik, termasuklah ahli UMNO yang beragama Islam, walau pun UMNO adalah sebuah parti kebangsaan yang membuka pintu keahlian kepada bumiputra bukan Islam seperti orang asal dan Siam. Seluruh majoriti penganut Islam dalam UMNO wajib beriman dan beramal dengan Islam mengikut panduan Al-Quran dan Sunnah, sama sahaja dengan ahli PAS dan penyokongnya." Hadi juga mengambil petikan Nas AlQuran dari surah surah yang di turunkan di Madinah saperti Surah Al-Maidah dan Surah Al-Nur bagi menguatan hujahnya".

Depa kata.. , " Kepada sesiapa yang berkemampuan dan berkenaan pula, termasuklah pengamal media arus perdana, jangan selama-selamanya menjadi tukang sapu UMNO dan pembawa sampahnya, jagalah maruah diri dan agama sebelum pintu taubat ditutup. PAS tetap istiqamah dan menerima setiap pandangan yang membina dan menentang tanpa berganjak terhadap semua penghalang, yang datang daripada segenap penjuru dan semua kalangan, sama ada kerajaan, bukan kerajaan, dalam Negara dan luar Negara, kerana yakin kepada Islam adalah daripada Allah Pencipta Alam seluruhnya". -Hadi Awang Presiden PArti PAS

Depa kata..., "Perlaksanaan syariat Islam adalah mendasari perjuangan Pas. Dasar perjuangan parti pembangkang lain memang banyak perkara tidak setuju sebab dasar yang berbeza, DAP tidak bersetuju dengan Pas, Pas tidak setuju dengan DAP, DAP tidak setuju dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) tetapi kita diam dahulu kerana kita mahu fokus untuk berjuang menegakkan keadilan dan menghapuskan kezaliman".
Depa kata.., "Usahlah kita percaya pada manusia yang menyamar sebagai bidadari yang turun dari syurga kerana kita bukannya berada di syurga, tetapi di dunia yang nyata.  Maka, berpijaklah di bumi nyata, dan berfikirlah dengan sebaik-baiknya sebelum menyerahkan nasib kita kepada PR.  Apa yang PR janjikan walaupun kelihatan seperti syurga tetapi realitinya ia bakal membawa kita ke neraka."

Depa kata.., "Umno BN sangat takut dengan keakraban komponen parti dalam Pakatan Rakyat khususnya antara PAS dan DAP. Sebab itu Umno BN sekarang ini sedang sedaya upaya cuba memecahbelahkan kedua-dua parti ini dengan memainkan pelbagai isu yang boleh menimbulkan pertentangan. Umno BN menanti perpecahan dalam Pakatan rakyat diantara DAP dengan PAS atau PKR baru mereka dapat menyusun semula strategi sepertimana lazimnya. Berbagai isu dicanangkan namun tidak merosakan benteng antara DAP dan PAS.  Itulah kekuatan kita yang terjalin atas sikap tanggungjawab terhadap kestabilan negara," - Anwar Ibrahim

Depa kata.., " Pengisytiharan bahawa negara ini adalah negara Islam yang Tun mahathir  ungkapkan tidak terbukti serius kerana banyak aspek perlaksanaan sistem Islam yang sepatutnya dilaksanakan ternyata dihalang ketika pentadbiran beliau. Malah membunuh Sekolah Agama Rakyat dan dan menolak Bahasa Melayu sebagai wahana pembangunan negara Islam adalah berpunca dari zaman beliau. Kini Mahathir mendakwa hudud yang beliau tolak adalah hudud PAS. Persoalannya di bahagian manakah yang dapat beliau buktikan ianya adalah hudud PAS dan bukan hudud Islam. Meletakkan dasar bahawa hukum Allah adalah hukum tertinggi negara itupun telah beliau tolak  apatah lagi untuk melaksanakan hukum hudud". - Presiden Teras

Depa kata.., "Sekurang-kurang Pas telah siapkan draf Kanun Jenayah Syariah yang mahu dilaksanakan. Umno sehingga kini draf pun tidak ada, macam mana Dr Mahathir mahu Pas menyertai Umno, sepatutnya Umno dibubarkan untuk kesemua ummat Islam menyertai Pas bagi mendukung cita-cita pelaksanaan Islam di Malaysia," - Nasrudin Hassan Tantawi

Depa kata.., " Pas menyindir bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad meneruskan "gimik politik" sedangkan beliau sendiri telah menghalang parti itu daripada melaksanakan hukum hudud di Kelantan dan Terengganu. Beliau tidak ada autoriti kerana beliau bukan Perdana Menteri lagi. Apa yang beliau kata hanya pandangan peribadi, idea beliau sahaja, bukan keputusan Perdana Menteri, bukan keputusan Kabinet,"

Depa kata.., " Adalah tidak bermoral untuk sesiapa memperjudikan keselamatan negara kerana ingin terus berkuasa dengan memecah-belahkan rakyat. Bagi LKS  (Lim Kit Siang) , beliau berhak untuk mempertahankan diri beliau daripada korban fitnah yang tidak terperi kotornya ini. LKS sepatutnya ke mahkamah dalam masa yang terdekat ini kerana fitnah mesti diperangi habis-habisan. Isu ini keluar kerana pilihanraya akan tiba. Rakyat ramai harus bangkit untuk menolak sebarang tindakan yang bersifat perkauman untuk meninggalkan sebuah negara yang aman damai kepada generasi kita yang akan datang". - Aspan Alias Ahli DAP.

Depa kata.., “Adakah tahaluf siyasi yang sedang diamalkan oleh Pas turut membolehkan kesepakatan dengan mereka yang menolak dan memerangi Islam. Harapan saya adalah apabila penjelasan dibuat oleh pimpinan tertinggi Pas kepada masyarakat umum, maka akan terjawablah kekaburan yang ada pada masyarakat umum. Pemimpin Pas mungkin sudah faham, ahli Pas juga mungkin sudah mengerti tetapi masyarakat umum masih menanti penjelasan. Pas tidak akan menang hanya dengan undi daripada ahlinya sahaja.,” - Bekas Timbalan Presiden Pas,Nasharudin Mat Isa .

Depa kata.., “Al-Quran menggesa kita seandainya datang orang fasik membawa berita kita perlu menyelidiki terlebih dahulu berita tersebut. Pengesahan kesahihan berita mesti dilakukan terlebih dahulu daripada terus menghukum,” - Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man .

Depa kata.., " La nih..!! Bukan menjadi rahsia lagi sindrom kegilaan pemimpin-pemimpin PAS mengangkat artis untuk diletakkan di tempat tertinggi di dalam parti. PAS sudah dilanda sindrom artis! Gambar-gambar artis menjadi topik utama portal Harakahdaily, bukan lagi aktiviti-aktiviti ulama-ulama PAS. Pernah atau tidak di dalam bulan Ramadhan Al Mubarak ini, pemimpin-pemimpin PAS seperti Tuan Ibrahim Tuan Man, Sallehuddin Ayub, Khalid Samad, Nizar Jamaluddin, Mahfuz Omar atau Mat Sabu menjemput ulama-ulama di dalam PAS untuk berbuka puasa bersama? siap ada meja khas VVIP untuk artis lagi."

Depa kata.., "Malam yang puaka di Pengerang  bila mana ada segelintir kaum Cina yang merangcang untuk mengadakan demo di malam Umat Islam menyambut 1 Shawal, di ketika umat Islam sedang bertasbih dan bertahmid mereka merangcang untuk berdemo, jelas mereka tidak menghurmati umat Islam yang sedang meraikan kedatangan Shawal setelah menempa kejayaan mereka di bulan Ramadan, Sedangkan umat Islam tidak pernah sesekali menggangu  adat resam budaya mereka, walaupun ada adat mereka yang boleh mendatangkan bahaya saperti membakar kertas sembahan mereka".

Depa kata.., " Pandangan Islam terhadap 'kafir harbi'telah dijelaskan oleh Allah SWT di dalam al-Qur'an surah Al Mumtahanan ayat 9, yang bermaksud:

"Sesungguhnya Allah hanya melarang kamu menjadikan sebagai kawanmu orang-orang yang memerangimu karena agama dan mengusir kamu dari negerimu, dan membantu (orang lain) untuk mengusirmu. Dan barangsiapa menjadikan mereka sebagai kawan, maka mereka itulah orang-orang yang zalim". - Tuan Ibrahim Tuan Man.

Depa kata.., " Kalau kita kata haram (mengundi DAP) kerana dia tidak menyokong negara Islam, ada juga parti dalam BN seperti MCA dan MIC tidak menyokong... jadi kita mengambil pendirian sebahagian sahaja (dalam mengatakan haram dan dosa),"- Dr Mohd Asri Zainul Abidin  (MAZA).

Depa kata..,"Apa salahnya untuk berhimpun di Dataran Merdeka,Dataran Merdeka adalah tempat awam yang menjadi milik rakyat dan tidak harus ada halangan untuk mengadakan sebarang majlis berkepentingan rakyat.Dataran Merdeka itu tempat simbolik. Tempat pembebasan daripada penjajah. Ia bukan hak kerajaan, ia hak rakyat. Jadi sesiapa pun boleh, Tujuan utama himpunan itu adalah untuk membawa mesej rakyat yang mahukan Malaysia menjadi negara bersih dan adil - A Samad Said".

Depa kata..," Pas Kelantan tidak menafikan adalah haram mengundi golongan yang menentang Islam pada dasarnya namun ia dibolehkan bagi menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang diterajui UMNO. Hukum boleh berubah mengikut keadaan dan waktu tertentu. Maka, Pas yang memperjuangkan Islam mesti tolak kerajaan yang membenarkan kemungkaran berlaku. Untuk itu, kita memang tidak mampu melainkan dengan adanya pakatan pembangkang seperti sekarang. Kalau tidak undi DAP kita tidak boleh menang, jadi kita memerlukan satu gabungan yang besar untuk menjatuhkan kerajaan UMNO dan BN, maka ia dibolehkan," 

Depa kata..," PAS jangan mimpi selagi bersama DAP, Mereka tidak akan berganjak dan terus konsisten dengan pendirian menentang penubuhan negara Islam kerana ia merupakan asas perjuangan parti it ,Dan amat mustahil untuk Pas melaksanakan hukum hudud selagi masih bergabung dengan DAP. Oleh itu Pas jangan bermimpi di siang hari selagi masih bersama DAP," 

Depa kata.., "Pembangkan tak perlu berlagak dan mendabik dada dengan berkata mereka berjaya mentadbir dengan baik negeri negeri yang mereka ambil dari kerajaan Barisan Nasional,sedang hal sebenar mereka hanya mengambil negeri yang telah di majukan oleh kerajaan Barisan Nasional ibarat mendapat "janda berhias" yang telah di jaga dengan sempurna oleh 'suami dahulu', Gambaran sebenar kerajaan pambangkang ialah Kelantan, setelah 21 tahun memerintah lihatlah apa yang telah di bangungkan?"

Depa kata.. "Untuk apa kerajaan sekarang berhabis duit semata untuk memerah keringat Lee Chong Way yang kian di mamah usia, Beliau bukan berada di usia remaja 15 tahun yang perlu di baiki untuk membawa cabaran Malaysia di arena badminton, Tidak perlu lagi di usahakan dan berhabis wang berjuta ringgit hanya untuk Chong Way beraksi lagi di olimpik 2016 nanti, Sepatutnya kerajaan perlu dari sekarang mencari bintang baru, diasuh dan didik serta di belanjakan kewangan agar Malaysia mempunya pelapis untuk mengantikan Chong Way, bukan ketika Chong Way sudah bersara baru terketar ketar mencari pengganti, Pencarian patut sudah bermula hari ini"

Depa kata.. "Perjuangan DAP tidak terima Perlembagaan negara, mereka mahu sama rata Islam dan bukan Islam, kuil dan masjid juga mahu sama rata. Wajib orang Islam dalam Pas, UMNO dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) menolak DAP yang mencari jalan hendak menguasai negara melalui undi pada pilihan raya".

Depa kata..,  ''Islam Tiada Makna Jika Rakyat Ditindas, Hasil Negara Dibolot''.

Depa Kata.., "Selangor ada lebihkurang 259 masjid, 939 surau dan ada beribu ribu buah rumah urut. Semuanya beroperasi dalam bulan ramadhan. Apakah Parti parti yang memperjuangkan islam dalam negeri Selangor tidak lagi mempunyai ciri ciri untuk menjaga maruah Agama islam.  Setidak tidaknya mendesak kerajaan negeri mengeluarkan arahan memberhentikan perniagaan tersebut selama sebulan demi menghormati bulan ramadan atau pun mengenakan tindakan kepada premis yang melanggan orang Islam. Diharap kepada pemimpin pemimpin melayu yang beragama Islam tidak kira apa parti sekalipun mesti memandang berat dan bertindak menanganinya".

Depa kata.., "Polis telah mengesahkan bahawa Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution kini sedang disiasat kerana membuat dakwaan palsu ke atas Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar. Dakwaan palsu itu mengatakan yang Wan Ahmad adalah seorang ahli Umno".

Depa kata.., "Disebabkan kerap menegur warga asing yang membuat bising di tangga apartmen, motosikal milik seorang anggota Ikatan Relawan Rakyat (Rela) musnah dibakar awal pagi kelmarin. Kejadian di katakan ada kaitan dengan tindakannya sering  menegur warga asing yang melepak di tangga kawasan perumahan itu"


Depa kata.., "Misi Pencarian Fakta Antarabangsa Bagi Pilihan Raya Di Malaysia akan menerbitkan laporan mengenai proses pilihanraya di Malaysia tidak lama lagi. Kumpulan ini terdiri daripada 7 personaliti yang terdiri daripada ahli politik dan akademik luar negara. Siapakah pemerhati-pemerhati ini? Adakah mereka telah dipilih berdasarkan reputasi dan pengalaman mereka di peringkat global dalam pemantauan pilihan raya? Atau adakah mereka telah dipilih sebagai pemerhati 'palsu', yang walaupun mengatakan bebas daripada pengaruh politik, Tetapi telah menghasilkan laporan ini semata-mata untuk cita-cita politik Anwar? Dua daripada mereka umum diketahui merupakan rakan Anwar, seorang bekerja dengan sebuah organisasi yang memberi khidmat nasihat politik kepada PKR, seorang lagi bekerja dengan "sahabat baik" Anwar, dan seorang lagi pula adalah rakan sekerja akademiknya".

Depa kata.., "Sebuah organisasi yang digelar SUARAM telah kerap dipaparkan di dalam media Malaysia dan antarabangsa kebelakangan ini. Organisasi tersebut sering diterangkan sebagai “kumpulan hak asasi manusia bebas”. Maka, siapakah mereka? Yang membinggungkan ialah, ketika kumpulan tersebut menyerang Perdana Menteri Najib Razak secara umum, mereka adalah amat berahsia terhadap hal ehwal sendiri. Laman web mereka tidak memberikan apa-apa maklumat tentang siapa di belakang kumpulan tersebut".

Depa kata.., " Parti Keadilan Rakyat (PKR) didakwa bercadang melakukan siasatan dalaman terhadap Timbalan Presidennya, Azmin Ali berhubung penyebaran gambar aksi panas yang dikatakan mirip beliau pada April lalu.Walaubagaimanapun siasatan dalaman itu tidak dipersetujui oleh  Anwar Ibrahim meskipun didesak keras Presiden PKR, Wan Azizah dan pemimpin kanan parti lain".


Depa kata.., " Nampak sangat pemahaman Abby tentang Islam hanya pada tudung, lain-lain hal, terserlah kejahilannya.Isunya ialah bila mana Abby bergambar dengan bekas lakinya sambil di pegang bahu oleh Norman ( Bekas laki Abby)  sahinggakan menghangatkan sidang blog dan Abby memberi maklum balas bahawa sekadar pegang bahu tak apa dan memohon maaf ”

Depa kata.., " Sah! Datuk Ahmad Saad telah meletak jawatan sebagai YDP Perkasa Pulau Pinang, dan berkata PERKASA sudah tidak relevan buat masa sekarang. Ahmad Saad berpendapat untuk menang piliharaya pada PRU13 kita kena buat baik dengan semua orang. Beliau tidak boleh menerima seorang pemimpin yang tidak konsisten dalam tindakan, adakalanya mahu membantu kerajaan dan adakalanya di suruh membangkang kerajaan dan yang lebih teruk di suruh menentang kaum lain. Ini lah antara penyebab beliau tidak mahu lagi bersama  dalam perjuangan Perkasa". 

Depa kata.., "  PKR hari ini melihat kenyataan Perdana Menteri berhubung pendakwaan terhadap Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli di bawah Akta Bank dan Institusi Kewangan (BAFIA)  itu mengesahkan beliau mempunyai konflik kepentingan dalam perkara itu. Nurul Izzah Anwar berkata, kenyataan itu juga membuktikan kerajaan pimpinannya tidak mengguna pakai aspek perlindungan terhadap pemberi maklumat. Walaupun beliau mempunyai perbezaan politik dengan Rafizi, seharusnya beliau perlu menyokong dan melindungi whistleblower," 

Depa kata.., "  Alhamdullilah akhirnya Najib hantar surat kepada kerajaan Negeri Kelantan minta menghantar wakil untuk berbincang isu royalti minyak untuk Kelantan. Sebelum menghantar wakil Kelantan untuk berunding, Menteri Besar akan menghadap Tuanku Sultan Kelantan untuk membincangkan perkara ini. Yang menariknya, istilah yang digunakan dalam surat ini adalah pembayaran 'bayaran tunai',
Semoga rakyat Kelantan akan gembira dengan bayaran royalti ini tetapi sedar ia adalah satu amanah besar dari Allah".

Depa kata.., " Tindakan mahkamah ke atas Rafizi Ramli, yang dikenakan pertubuhan di bawah Akta Bank dan Institusi Kewangan (Bafia) hari ini, disifatkan sebagai “berunsurkan politk semata-mata” dan “politik dendam.” Motif penangkapan dan pertuduhan yang dikenakan bertujuan untuk memastikan Rafizi, untuk berdiam daripada terus mendedahkan pelbagai lagi dokumen-dokumen yang melibatkan pimpinan kerajaan Umno-Barisan Nasional".

Depa kata.., " Mereka yang baru menjadi ADUN dan menyertai PAS tidak layak untuk bercakap soal pengunduran Karpal.Pengerusi DAP, Apa tah lagi menuduh Karpal Singh adalah liabiliti kepada Pakatan Rakyat dan patut berhenti dari politik, ini semuanya lanjutan dari soal menegakkan hukum hudud yang timbul semula setelah Ketua Pemuda PAS, Nasarudin Tantawi mendakwa Karpal sudah menerima hukum hudud semasa berdebat dengan Ketua Ulama Muda UMNO, Fathul Bari Jahaya baru-baru ini ".

Depa kata.., " Mereka sambut baik keterbukaan Pengerusi Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) yang baru, Datuk Salleh Man yang tidak mudah terpengaruh dengan desakan pihak-pihak kurang akal yang mahu replika arak bagi tujuan promosi disebuah pasar raya di Pulau Pinang, dirobohkan. Begitu juga dengan pemuda PAS negeri yang turut tidak terikut-ikut dengan fahaman agama sempit sesetengah pihak yang mahu replika Minuman Keras tersebut dirobohkan kerana kononnya menggangu kesucian Islam".

Depa kata..., " Sikap suka mengambil 'untung atas angin' seharusnya perlu dikikis dari minda rakyat Malaysia. Semakin hari semakin ramai warga asing yang telah membuka perniagaan mereka sendiri tanpa diketahui dari manakah lesen diperolehi, Mereka ini dilihat seolah-olah mendominasi perniagaan runcit yang sepatutnya dmiliki oleh rakyat tempatan. Oleh itu PBT dan juga Suruhanjaya Pencegarahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu menyiasat rakyat-rakyat tempatan yang memberikan lesen perniagaan ini".

Depa kata..., " Sekarang ini kedcoh dengan isu kebocoran maklumat baik dari Barisan Nasional mahu pun dari Pakatan Rakyat, kebocaran ini termasuklah rahsia perang saraf dan cywar kedua belah dua pihak, dan perkara ini bukan lagi rahsia bagi mereka yang terlibat dengan aktiviti perang saraf dan cywar kedua pihak, Persoalannya kini adakah benar pemimpin di kedua pihak tadi terdapatnya tali barut?"

Depa kata..., " Negeri Johor sebenarnya tidak lah kaya saperti yang disangka, Rakyatnya hidup merempat, Walaupun didalam kawasan bandar hidup mereka begitu daif, lebih miskin dari masyarakat Kelantan, Negeri Kelantan walaupun miskin tetapi rakyatnya kaya raya kerana keberkatan pemimpinnya yang berlandaskan Islam disamping menjaga harta rakyat"