DEPA KATA.., " Menjadikan tarikh pilihan raya sebagai teka-teki adalah mempersendakan rakyat. Tindakan menyembunyikan tarikh pilihan raya dianggap mencabul prinsip demokrasi, apalagi menjadikan ianya sebagai teka-teki, Mereka merujuk kepada kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa tarikh pilihan raya dijadikan mainan dan alat untuk menggembirakan hati adalah satu kenyataan yang sangat biadap dan celupar. Penangguhan tarikh pilihan raya ini sebenarnya telah menjejaskan aktiviti tahunan rakyat Malaysia,”. 


DEPA KATA.., " Malam ini, jam 8.00 malam sehingga malam sambutan tahun baru, bermulalah kempen Mogok Lapar (hunger protest) oleh sekumpulan anak muda yang menyokong kempen Himpunan Hijau dalam membantah pengoperasian kilang Lynas di Balok, Pahang. Mogok lapar yang akan dijalankan selama 100 jam tanpa henti ini disertai 18 anak muda yang terdiri dari anak-anak penyokong NGO Himpunan Hijau dan Pakatan Rakyat sendiri, adalah sebagai mewakili protes anak muda terhadap pengoperasian Lynas yang boleh merosakkan masa depan mereka".


DEPA KATA.., " Bahawa Bible Bahasa Melayu harus menggantikan istilah ‘God’ dengan 'Tuhan' dan bukannya 'Allah' untuk mencerminkan maksud sebenar daripada teks asal Bible. Bagaimanapun, PAS boleh menerima bahawa orang Kristian berhak menggunakan nama Allah dalam gereja atau sebarang upacara agama mereka sebagaimana keputusan PAS sebelum ini. Memandangkan Bible Bahasa Melayu adalah terjemahan dari teks asal bahasa Inggeris, maka sewajarnya istilah God tidak bermaksud Allah, kerana terjemahan tepat ialah Tuhan. Maka sewajarnya ia diterjemahkan menurut maksud asal,” - Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.


DEPA KATA .. , " Tindakan Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham dan Speaker DUN Selangor, Datuk Teng Khang Chim menerima darjah kebesaran ini pada 2009 dan 2010 adalah satu pelanggaran garis panduan kepada semua pemimpin parti tersebut untuk menolak sebarang penganugerahan pingat kebesaran yang membawa gelaran tertentu dari raja-raja Melayu, Seorang pemimpin DAP pernah menyatakan bahawa  perbuatan menunduk hormat semasa dikalungkan darjah kebesaran itu adalah satu perbuatan menghina konsep Malaysian Malaysia yang diguna pakai DAP sejak sekian lama.Hanya hamba abdi sahaja yang menunduk untuk diberikan sesuatu.". 


DEPA KATA..., " Nik Aziz menyifatkan tuduhan Tan Sri Muhyiddin Yassin terhadapnya sebagai mulut celupar seperti anak-anak muda di jalanan dan bukan tindakan seorang pemimpin negara, kerana Muhyiddin adalah pemimpin nombor dua parti dan negara".



Depa kata,... " Umno lebih menekankan perkataan Melayu berbanding Islam dalam pemerintahan mereka serta tidak mempunyai ilmu dan akhlak mulia untuk memerintah negara. Memang tidak dinafikan bahawa kita harus sayang kepada bangsa kita. Tetapi ia tidak boleh dijadikan akidah. Begitu juga dengan ilmu. Jika kita ada ilmu tetapi penakut, bagaimana mahu memerintah negara".



Depa kata.., "Nik Aziz bersetuju menikahkan penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat atau Apex dengan dengan gadis pilihannya, Nur Eilunie Natasha Nazri pada 28 Disember ini."


Depa kata.., " Lim Guan Eng berada dalam keadaan begitu terdesak sehingga sanggup menanam perasaan benci terhadap UMNO ketika menghadiri satu majlis makan malam yang dihadiri oleh penganut pelbagai agama. Sepatutnya sebagai pemimpin tertinggi kerajaan negeri, Guan Eng sepatutnya mengajak para hadirin mengamalkan kasih sayang, toleransi dan keharmonian sesama mereka dan memastikan perpaduan kaum terus diperkuatkan, bukannya menyebar fitnah yang boleh menyebabkan rakyat beranggapan UMNO merupakan sebuah parti ekstremis".



Depa kata.., " Datuk Seri Najib Razak gagal menunjukkan keberanian sebagai pemimpin kerana membiarkan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir campur tangan dalam urusan pentadbiran kerajaan. Sebab itu Mahathir masih panggil pimpinan Umno dan beri arahan kepada mereka, Anwar tahu tentang pertemuan Mahathir dengan pimpinan Umno peringkat negeri dan meminta mereka menangguhkan rancangan menjatuhkan Najib sehingga selesai Pilihan Raya Umum ke-13. Ia disampaikan kepada hampir semua pimpinan Umno negeri. Kerana Najib fikir kedudukan peribadinya dalam Umno tidak selamat, sebab itu semasa ucapan penggulungannya di Perhimpunan Agung Umno najib memuji dasar Wawasan 2020 serta berterima kasih kepada Mahathir kerana ‘sukarela’ berkempen untuk Umno dan ketika melancarkan Perhimpunan Agung Tahunan Parti Progresif Rakyat (PPP) semalam, Najib dilaporkan turut mengakui Mahathir masih memiliki pengaruh kuat dalam pentadbiran Umno BN."



Depa kata.., " Kelantan sasar rumah mampu milik di seluruh jajahan bagi membolehkan rakyat berpendapatan rendah memiliki rumah sendiri, projek terbabit akan dibangunkan di kawasan seluas 62 ekar di Mukim Pulai, Daerah Galas. Sebanyak 123 unit rumah mampu milik bakal dibina daripada 410 unit bangunan di kawasan berkenaan. Rumah mampu milik harga jualan dihadkan sehingga RM100,000 seunit. Harganya lebih murah berbanding harga pasaran,”