Depa Tahu Sebut Tapi Depa Tak Paham


DEPA KATA - 
Dulu pemimpin pembangkang berkata melayu UMNO adalah puak asobiah, kerana terlalu bangga dengan Melayunya, Tetapi didalam masa yang sama mereka juga menuduh pula UMNO ini kafir hanya kerana berkongsi kuasa dengan parti kafir seperti MCA dan MIC.

Mereka juga kata Ahli UMNO terlalu taksub dan fanatik dengan kemelayuan mereka dan hidup berpuak-puak dan bermusuh dengan seteru politik mereka menuduh kononnya UMNO mempunyai agenda asobiah Melayu yang sempit dan ditolak oleh Islam.


Kalau Tak tau Pi Lah Tanya, Bukan Telan Bulat-Bulat

DEPA KATA -

"Ada pihak yang mendakwa kejayaan membentang usul ini membuka ruang kearah pelaksanaan hukum hudud, manakala pihak yang lain pula menafikannya. "Ada pihak bangkit membantah kerana hukum hudud, selain ada yang tidak bersetuju kerana bercanggah dengan perlembagaan negara,"  Naib Pengerusi Amanah Kelantan,  Che Ibrahim Mohamed. 
“Ini adalah kerjasama antara UMNO dan PAS … antara BN dan PAS, Tidak lama lagi, kita akan lihat negara amalkan dua sistem (undang-undang), Kedudukan dan pendirian DAP adalah amat jelas, kami tidak akan bersetuju dengan sebarang pindaan yang bertentangan dengan perlembagaan, Dalam aspek ini, parti DAP merasakan ia bertentangan dengan perlembagaan," - Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng
"MCA langsung tidak tahu Presiden PAS akan membentangkan Rang Undang-undang (RUU) persendirian mengenai hudud di Dewan Rakyat, Sehubungan itu, Tiong Lai berpendapat ia mungkin adalah hasil perbincangan antara UMNO serta PAS dan tindakan membenarkan parti Islam itu membentangkan RUU telah melanggar semangat BN". - Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai

Keputusan UMNO Paling Gila?

DEPA KATA - Pemilihan Mastura Mohd Yazid, balu Wan Khairil Wan Ahmad sebagai calon BN di Kuala Kangsar benar-benar suatu pemilihan yang gila dan tidak masuk akal serta hanya berlaku di era Najib Razak sahaja.
Di mana agaknya UMNO meletakkan hukum Islam di sebalik keputusan memilih Mastura, seorang balu yang masih dalam edah, sebagai calonnya?
Tidakkah wanita yang baru kematian suami ada tempoh edahnya yang tertentu di mana mereka tidak boleh keluar rumah, kecuali untuk bekerja atau atas urusan lain yang dikategorikan sebagai darurat sahaja demi menjaga kehormatan mereka?
Jika wanita yang dalam edah tidak dibenarkan atau haram keluar rumah dan sebagainya kecuali darurat, jadi bagaimanakah Mastura yang pastinya akan keluar lebih daripada 12 jam sehari sepanjang tempoh  kempen nanti sedangkan beliau baru saja kematian suami pada 5 April lalu?
Yang Mastura pun satu hal, kenapa ghairah sama untuk dipilih sebagai calon BN?
Kalau pun benar ingin sangat kepada kemenangan dan menjaga air muka Najib, apakah hukum Tuhan mahu diengkari?
 
Pemilihan Mastura ini ialah keputusan paling gila yang pernah dibuat oleh UMNO. Terbukti UMNO menjadi parti yang "sakit" sekarang ini. 

Hadi Awang Kata UMNO Dan BN Lebih Matang.

Dr Haji Abdul Rani Osman sebagai calon PAS di PRK bagi Parlimen Sungai Besar
DEPA KATA -  Presiden PAS Hadi Awang mengalu-alukan penyertaan parti lain untuk bertanding di pilihanraya kecil (PRK) Sungai Besar. 
Parti yang dimaksudkan oleh presiden PAS itu berkemungkinan PAN yang sebelum ini menunjukkan minat untuk bertanding dan memaklumkan kemungkinan besar DAP akan menaja parti berkenaan.
Dap hendak campur tangan (menaja). Sila kan bertanding, pertandingan antara PAS dan UMNO (Barisan Nasional) adalah pertanding antara 'adik beradik' dalam suasana politik yang matang. Ini jelas menunjukkan kepimpinan tertinggi BN terutama UMNO sekarang ini adalah lebih matang dari dahulu yang terdapat banyak sengketa. 
PAS mencaturkan Dr Haji Abdul Rani Osman sebagai calon PAS di PRK bagi Parlimen Sungai Besar 18 Jun nanti. - Hadi Awang


Hukum Hudud Bakal Dilaksanakan?

DEPA KATA -  BN dan PAS telah bekerjasama untuk membentangkan usul hudud di Dewan Rakyat untuk tujuan politik.
"Ini adalah kerjasama antara Umno dan PAS ... antara BN dan PAS,"
Parti komponan dalam BN akan keluar daripada BN ... Saya ingin tahu jika mereka (masih) bersedia untuk berbuat demikian,"
Mereka mendakwa bahawa rang undang-undang persendirian yang dibawa oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu tidak mengikut perlembagaan.
Mereka memberi amaran bahawa sekiranya rang undang-undang itu diluluskan di Parlimen, ia akan memberi kesan ke atas sistem kehakiman.
Tidak lama lagi, kita akan lihat negara amalkan dua sistem (undang-undang),
Jika rang undang-undang itu diluluskan, ini akan merintis jalan untuk pelaksanaan hudud  di Kelantan - Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng


Mahathir Guna Yayasan Perdana Untuk Tumbangkan Kerajaan BN

DEPA KATA - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengadakan pertemuan dengan beberapa ahli Parlimen pembangkang di pejabatnya, bertujuan untuk mendengar sendiri pandangan wakil-wakil rakyat pembangkang mengenai masalah-masalah yang sedang melanda negara. 
“Kita bukan cakap soal parti kita, parti dia tapi kita bercakap berkenaan rakyat melawan (Perdana Menteri) Datuk Seri Najib (Tun Razak). Soal parti kita tak bangkitkan,”
Tujuan Mahathir mengadakan perjumpaan ini untuk mengetahui apa pandangan wakil-wakil rakyat parti lawan dalam masalah yang sedang melanda negara kita ini iaitu masalah cetusan Najib.
Antara pemimpin yang hadir ialah Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad; Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari‎; Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar, Ahli Parlimen Bukit Katil, Shamsul Iskandar Mat Akin dan Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad.
Yang lain dalah Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng; Ahli Parlimen Parit Buntar, Datuk Mujahid Yusoff Rawa; Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim Chee Keong dan Ahli Parlimen Ipoh Barat, M Kulasegaran. - Portal Berita


Rasuah Seks - Rafizi Serah Bukti

DEPA KATA - “Saya akan menyerahkan segala bukti kepada beliau (presiden) dan kita akan menunggu perbincangan dalam parti sebelum membuat keputusan untuk melaporkannya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),”  Rafizi Ramli









Urusan Peribadi Lebih Penting Berbanding Perdana Menteri?



DEPA KATA - "Sabri Cheek Dan Jailani Johari, dikatakan tidak turut serta sewaktu sambutan kehadiran lawatan kerja sehari Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak ke Terengganu.
Susunan program yang dibuat oleh Pejabat Menteri Besar telah mengaturkan bahawa Perdana Menteri aka memulakan lawatan kerja dengan melakukan tinjauan di Pasar Besar Kedai Payang dan kemudiannya merasmikan Ijtimak Pondok di Universiti Malaysia Terengganu sebelum mengadakan perjumpaan bersama kepimpinan Barisan Nasional negeri.
Sebelah petangnya pula, Dato' Seri Najib dijadual merasmikan Projek Akuapolitan Kuala Nerus di Seberang Takir sebelum berlepas pulang ke ibu negara". - Rakyat Terengganu.



Hentikan Spekulasi Siapa Ganti Menteri Besar


DEPA KATA - Krisis melibatkan Menteri Besar Terengganu, Ahmad Razif Abdul Rahman dan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin hanya boleh diselesaikan dengan cara melantik Menteri Besar Terengganu yang baharu.
Isu ini seperti isu peribadi. Kalau peribadi ni susah sikit. Sebab dalam pentadbiran (negeri)hubungan dengan Sultan amat penting. Kalau hubungan dengan Sultan tu tak berjalan dengan baik, jadi susah. Jalan terbaik mungkin Menteri Besar kena ditukarkan kepada Menteri Besar baru tapi masih dalam pentadbiran Barisan Nasional.


Anwar Kata Jangan Ikut Agenda Mahathir

DEPA KATA -  Bekas Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim meminta pemimpin PKR supaya tidak mengikut agenda bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebaliknya menumpukan kepada agenda rakyat.
Anwar kata isu berkaitan kenaikan harga barang, kebajikan dan kontroversi berhubung Pengeluar Tenaga Bebas (IPP) perlu diberikan perhatian dan menjadi agenda utama.
Kekalkan kerjasama tidak timbul perkara itu... kita kata jangan lupa agenda, bukan ikut agenda dia (Mahathir) tetapi ikut agenda rakyat. Harga barang macam mana, kebajikan macam mana dan IPP (Pengeluar Tenaga Bebas) macam mana, jangan ikut sistem kroni dan rasuah serta kezaliman lalu. Itu mesej saya. - Anwar Ibrahim


Mereka Pergunakan Mahathir Untuk Dendam

DEPA KATA - "Kita tidak maafkan Dr. Mahathir atas apa yang dilakukan beliau sepanjang 22 tahun memerintah negara dan kita juga tidak sayang kepadanya, ini kerjasama politik semata-mata dan kita gunakannnya" - Khalid Samad



Mahathir Tidak Sedar Di Perbodohkan

DEPA KATA .. "Biro Politik Parti Keadilan Rakyat membacakan utusan dari Anwar Ibrahim yang mengutuskan surat berhubung tindakan parti itu bekerja sama dengan Tun Mahathir secara berlebihan dalam Deklarasi Rakyat, Anwar juga dikatakan berpesan didalam utusan tersebut bahawa harus berwaspada dengan muslihat Mahathir - Daim" - AMK P.Pinang




Mahathir Kini Ketua Pembangkang


DEPA KATA ... "Kutipan tanda tangan rakyat sudah pun mencukupi dan mencapai maksud 1 juta lebih, maka dimaklumkan sudah pun di sampaikan kepada majlis raja-raja dan Mahathir pun nak mohon mengadap Yang Di-Pertuan Agong.
Selain itu gerakan Selamatkan Malaysia akan terus menjelajah dan memberi penerangan di seluruh negara dalam usaha menyedarkan rakyat agar berani ambil tindakan untuk selamatkan Malaysia". Deklarasi Rakyat.

Mahathir Kata Mad Sabu Kawan Dia.

DEPA KATA ... Mahathir harap BN tewas di PRK. Jelas bermakna Mahathir sedang berkempen untuk pembangkang.
"Jangan kira siapa calon, Yang utama ialah mengalahkan BN, Masalah terbesar kita adalah pemerintahan Najib, Negara dalam bahaya. Lupa permusuhan dahulu. Sekarang niat hanya untuk singkirkan Najib."
"Inilah kerajaan yang perlu dijatuhkan secepat mungkin" -
"Kawan saya mat sabu" - Mahathir Stadium Melawati Shah Alam.

Orang Cina kata Depa Tak Bodoh

DEPA KATA ..  " Dikatakan oleh beberapa orang Cina bukan DAP, “Kami mungkin tidak bercakap banyak, tetapi apabila tiba pilihan raya umum, kami akan menunjukkan apa yang kami rasa melalui peti undi.” Dan itulah yang berlaku pada 7 Mei 2016 di Sarawak. Dan sekiranya pembangkang mahu nasib mereka berubah, maka sebaiknya mereka membuang Mahathir secepat mungkin. Jika tidak, bersedialah untuk kalah di Sungai Besar dan Kuala Kangsar".

Kalau Dah Bodoh, Kekal Bodoh Selamanya

DEPA KATA ...
 Deklarasi Rakyat memerlukan kira-kira 1 juta tandatangan, sebelum ia diserahkan kepada Majlis Raja-Raja.“Perkara pertama yang kita perlu buat adalah untuk mengumpul orang yang berani untuk menandatangani deklarasi itu.  Kita harus menjadikan ini sebagai gerakan rakyat, bukan hanya gerakan beberapa orang. “Tapi saya faham bahawa orang ramai takut. Mereka takut dengan kerajaan ini. Kerana tiada kebebasan, hanya ketakutan. Jadi kerana itu, ia akan menjadi sukar bagi kita untuk mendapatkan orang ramai untuk menandatanganinya. “Tapi saya rasa ketakutan ini tidak perlu. Saya ragu-ragu dia boleh menangkap 1 milion orang,” katanya semasa satu sidang media selepas ‘Kongres Rakyat 2016’.