DEPA KATA - Badische Anilin und Soda Fabrik (BASF) menarik diri dari projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (Rapid) di Pengerang.


DEPA KATA..., " Firma minyak dan gas dari Jerman, Badische Anilin und Soda Fabrik (BASF) menarik diri dari projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (Rapid) di Pengerang, Johor, kerana memikirkan reputasi syarikat pada masa depan.
Isu alam sekitar, pemilikan tanah dan kampung warisan punca BASF tarik diri. Isu Rapid bukan saja jadi isu nasional tapi sudah menjadi isu dunia.
Mungkin tak tahan dengan tekanan dan himpunan (anti-Rapid), (maka) BASF tarik diri, dan pengunduran syarikat berpangkalan di Eropah itu sebagai kejayaan rakyat hasil tekanan badan bukan kerajaan (NGO) dan  penduduk tempatan dan sokongan Pakatan Rakyat, Mereka kesal berikutan kerajaan Johor langsung tidak membuat pengumuman rasmi berhubung penarikan syarikat berkenaan kerana itu adalah tanggungjawab kerajaan negeri. Sepatutnya buat pengumuman kerana rakyat ialah pemilik kepentingan,".

Pengkhianatan paling besar ialah pengkhianatan pemerintah orang awam.


DEPA KATA.., " Setiausaha Dewan Ulama PAS Pusat, Dr Khairuddin Razali berkata para ulama Islam sepakat bahawa menghapuskan kezaliman adalah wajib, apatah lagi apabila melibatkan kezaliman dan kemungkaran pemerintah yang diberi amanah menjaga maslahah rakyat.
Ia dijelaskan oleh banyak ayat al Quran dan Hadis. Dalam hadis riwayat Imam Ahmad baginda menegaskan bahawa pengkhianatan paling besar ialah pengkhianatan pemerintah orang awam. Maka sebarang cara yang boleh membawa kepada terhapusnya kezaliman perlu diusahakan termasuk dengan kerjasama antara muslim dan bukan muslim dalam pilihanraya. Justeru itu mengundi calon pilihanraya bukan Islam yang boleh menyumbang kepada usaha tersebut tentulah sangat wajar sekali, Atas tujuan itu, memilih calon-calon bukan Islam di kalangan DAP dan PKR yang bekerjasama dengan PAS dalam konteks PRU13 adalah sangat perlu bagi menyumbang kepada usaha menggantikan sebuah kerajaan yang gagal melaksanakan amanah pemerintahan dengan kerajaan baru yang lebih berintegriti. Justeru rakyat Malaysia wajar sekali memberikan undi yang padu kepada calon-calon pilihanraya Pakatan Rakyat termasuk kepada calon-calon bukan Islam,"

Jangan Tipu Rakyat


DEPA KATA...., "Salah satu jalan ke Syurga"

DEPA KATA... , "Salah satu jalan ke Syurga"



DEPA KATA..., " Putrajaya bakal memiliki kuil Hindu paling unik yang akan dibina di Presint 20, dengan kos RM12 juta. kuil yang dinamakan Sri Lalithambikai Alayam itu menggabungkan ciri dari utara dan selatan India serta mampu menampung sehingga 10,000 orang ketika perayaan. Perbadanan Putrajaya meluluskan pembinaan kuil satu tingkat dan ruang pejabat dua tingkat di Presint 20 itu pada 20 Sept lepas, mengikut Seksyen 22 (3) Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976.  Majlis pecah tanah dijangka pada bulan Mac ini dan kerja-kerja pembinaan dijangka bermula pada September nanti. Pembinaan kuil ini dapat memenuhi keperluan penganut Hindu di Putrajaya, Cyberjaya dan kawasan sekitarnya yang terus meningkat,"


DEPA KATA..., " Mursyidul Am PAS, Nik Aziz berkata isu kalimah Allah selesai selepas Majlis Syura Ulama parti itu memutuskan kalimah itu tidak lagi boleh digunakan bukan Islam. Beliau juga berkata semua anggota parti perlu akur dengan keputusan Majlis Syura Ulama PAS yang dianggotai orang alim, peringkat doktor dan universiti. Isu kalimah Allah ini timbul apabila Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mendesak kerajaan membenarkan kalimah itu digunakan dalam Bible versi Bahasa Melayu. Pakatan pembangkang yang disertai PAS, DAP dan PKR kemudiannya membuat ketetapan bahawa kalimah Allah boleh digunakan oleh penganut semua agama tetapi dengan syarat tidak disalahgunakan. Setelah didesak pelbagai pihak, menteri besar Kelantan itu dan beberapa pemimpin PAS yang lain kemudiannya mengubah nada dan bersetuju dengan Majlis Syura Ulama PAS agar kalimah itu tidak digunakan oleh bukan Islam. Ahad lepas, Majlis Syura Ulama PAS memutuskan kalimah Allah adalah kalimah khusus yang Allah menamakan diri-Nya Allah dan oleh itu tidak boleh diterjemahkan kepada mana-mana bahasa di dunia kerana tidak menepati kehendak sebenar kalimah itu".


DEPA KATA..., " Isu Kalimah Allah Umno BN telah mengalami kekecewaan demi kekecewaan menjelang Pilihan raya Umum ke-13 (PRU13) untuk memperdayakan umat Islam negara ini. Dengan keluarnya kenyataan Majlis Syura Ulamak PAS, ianya secara langsung meletakkan Umno BN dalam keadaan serba salah menjelang persiapan PRU13. Kenyataan Presiden PAS adalah jelas tetapi ianya telah sengaja disalahertikan oleh Umno yang dimainkan oleh media media arus perdana untuk survival hari hari terakhir mereka. Dengan kenyataan terbaru Majlis Syura Ulamak PAS ini, ianya meranapkan sama sekali cita-cita Umno untuk megikis kepercayaan umat Islam negara ini terhadap PAS".


DEPA KATA..., "  Sharifah Zohra Jabeen cuba untuk memberi mesej songsang tentang hak asasi dan kebebasan kepada mahasiswa, tindakan Sharifah itu juga bercanggah dengan konsep hak asasi negara ini apabila beliau tidak membenarkan KS Bawani menghabiskan pandangannya.
 Sharifah juga bertindak seolah-olah saperti kebudak-budakkan apabila mengarah Bawani keluar dari Malaysia ketika membandingkan negara ini dengan negara lain berhubung pendidikan percuma. Semua rakyat mempunyai kebebasan bersuara dan Sharifah seharusnya membenarkan Bawani untuk menghabiskan pandangan beliau dan bukannya mendiskriminasi seorang mahasiswa yang mempunyai pandangan berbeza," 



DEPA KATA.., " Pendekatan yang disuarakan oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, "Kita tidak boleh melarang mereka menggunakan perkataan Allah dalam kalangan mereka sendiri, dalam ibadat mereka dan amalan mereka, walau pun salah maksud dan maknanya yang asal mengikut bahasa kita. Adapun menggunakan perkataan Allah oleh mereka terhadap masyarakat Islam untuk menyebarkan akidah mereka dengan fahaman mereka, atau menjadikan perkataan Allah sekadar mengubah jenama melariskan barangan dalam masyarakat Islam, tidak boleh diizinkan sekali-kali, kerana menyalahgunakan perkataan Allah yang Maha Suci Kepada umat Islam dan  bercanggah dengan makna mengikut bahasa yang diamalkan oleh umat Islam, seterusnya dikira menodai kesucian dan kemurnian Kalimah Allah di hadapan umat Islam..."


DEPA KATA.., " Himpunan KL112 cermin banyak tuntutan rakyat melalui NGO-NGO seperti Anak untuk selamatkan Felda, Mufakat untuk selamatkan kampung warisan, kumpulan Hijau untuk selamatkan Pengerang dan kilang Lynas dan sebagainya, dan paling menarik ialah jumlah peserta yang di sasarkan untuk menyertai himpunan ini adalah satu jumlah yang belum ada dalam sejarah tanah Melayu, dalam sejarah Malaya, dalam sejarah Malaysia berlaku dan ini lah yang kita cuba lakukan".


DEPA KATA.., " Kenyataan Presiden PAS Hadi Awang membelakangi Majlis Syura Ulama Pas, Kenyataan kalimah Allah boleh digunakan oleh penganut semua agama adalah membelakangi Majlis Syura Ulama PAS, Kenyataan Presiden PAS Hadi Awang dan Nik Aziz telah mendahului mesyuarat Majlis Syura Ulama PAS yang dijadualkan berlangsung pada 12 Jan ini. Kenyataan kedua-dua pemimpin itu menunjukkan PAS hanya menjadi "pak turut" kepada parti DAP untuk mendapat undi. Penggunaan kalimah Allah oleh penganut agama lain dikhuatiri boleh menyesatkan generasi muda Islam."


DEPA KATA..., " Seorang Pemimpin Ajaran Sesat telah di tahan di sebuah banglo di Kampung Chabau, Simpang Bekoh di Jasin, yang mana ahli ahlinya mendakwa mereka sebagai 'pejuang soleh dan tentera kebenaran' bagi membentuk nilai moral yang tinggi di kalangan manusia. Sebuah stor di belakang banglo dijadikan tempat penyimpanan senjata termasuk berpuluh-puluh pedang, keris, kapak, parang, 308 bilah busur dan anak panah, lembing, 23 unit kanister yang dipenuhi serbuk bedil dan beberapa senapang palsu. Pihak polis juga turut merampas sebuah komputer riba, ubat-ubatan dan krim antiseptik yang digunakan untuk merawat kecederaan, topeng gas, peralatan perkhemahan yang digunakan oleh tentera semasa operasi, jaket, sarung tangan, tali dan topi tentera semasa serbuan. Penduduk kampung yang ditemui enggan mengulas mengenai pemimpin kumpulan itu yang di katakan ada 'ilmu sakti' dan mendakwa memiliki 'senjata suci' yang disimpan 'imam' boleh terbang dengan sendirinya apabila diarahkan 'untuk melawan musuh-musuh manusia' malahan 'imam' juga dikatakan mampu mengetahui segala apa yang akan berlaku walaupun bisikkan dari manusia"


DEPA KATA..., " Seorang guru pusat bimbingan kanak-kanak yang berusia 48 tahun kini berdepan ugutan selepas memberikan aksi bogelnya kepada seorang rakan Facebook yang baru dikenalinya selama sebulan. Lelaki berkenaan yang dipercayai warga asing kini menuntut RM40,000 daripanya dan jika gagal, video bogel itu akan dimuat naik ke laman Facebook dan YouTube. Guru tersebut telah beraksi lucah dihadapan kamera kumputer milik pusat binbingan tersebut, yang telah di rakam oleh rakan facebook nya tadi yang turut beraksi bogel yang sama. Dan ia kini menghadapi ugutan, satu laporan polis telah dibuat."


DEPA KATA..., " Jawatankuasa Penganjur Himpunan Kebangkitan Rakyat pada 12 Januari ini nak himpun sejuta orang. Walaubagaimanapun dengan promosi yang agak perlahan dan lembab serta tidak memberangsangkan, adalah mustahil seramai 1 juta orang untuk di himpun itu akan menjadi kenyataan, Tetapi mereka bernasib baik kerana Kerajaan negeri Selangor telah bermurah hati untuk menyediakan dana untuk membawa 300 ribu orang untuk memenuhkan Stadium Merdeka nanti".

DEPA KATA.., " Hadi Awang mencabar Majlis Fatwa Kebangsaan mengeluarkan surat rasmi berkenaan keputusan mengenai ‘Amanat Haji Hadi’. Beliau di katakan tidak menerima surat dari Majlis Fatwa Kebangsaan dan beliau mencabar Majlis Fatwa hantar surat kepada dirinya, Hadi Awang berkata 'Amanat itu satu petikan", Dia tidak menamakan ‘amanat’ tetapi orang lain yang menamakan ‘amanat’ dan yang beri nama ‘amanat’ itu termasuk Umnolah". Hadi Awang tetap mahukan (siaran langsung) supaya masyarakat berlaku adil. Adil ini kena dengar semua pihak dan dengan cara itulah, sebab kita tiada media. Kena dengar dulu apa yang saya hendak kata, supaya masyarakat dengar betul atau tidak apa yang saya hendak kata,”.


DEPA KATA,... " Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP sebelum ini memaklumkan seramai 2,500 perwakilan dari seluruh negara yang akan memilih kepimpinan baru untuk menerajui parti DAP bagi tempoh tiga tahun seterusnya, Walaubagaimanpun kejadian kesilapan kiraan undi kira-kira dua hari selepas kongres berlansung amat memalukan parti DAP"


DEPA KATA.., " Mengenai pemindahan wang yang dibuat oleh syarikat-syarikat Deepak iaitu Carpet Raya Sdn Bhd dan Carpet Plus Sdn Bhd ke syarikat-syarikat barang kemas mewah di Hong Kong, yang didakwa Deepak sebagai pembelian barang kemas mewah oleh Datin Seri Rosmah Mansur yang dibayar oleh beliau. Dokumen yang diserahkan itu turut mengandungi invois dan penyata hutang dari dua buah syarikat barang kemas mewah di Hong Kong iaitu Firestone Co Ltd dan Dehres Ltd. Dokumen tersebut mengandungi satu email dari Leona Wan, yang didakwa seorang kakitangan Dehres Ltd mengenai invois pembelian untuk Datin Seri Rosmah. Dehres Ltd adalah sebuah syarikat permata yang benar-benar wujud ."


DEPA KATA.., " Urusniaga pembayaran RM160 juta menggunakan dana pencen anggota tentera (melalui LTAT dan Boustead Holdings Berhad) kepada Astacanggih Sdn Bhd dan Awan Megah Sdn Bhd berlaku kerana Dato’ Seri Najib Tun Razak mahu menutup mulut Deepak dan mengelakkan pembongkaran beliau dari terus berlaku".


DEPA KATA..., " Saya tetap dengan pendirian saya bahawa seorang biseksual tidak layak menjadi PM atau Ketua Pembangkang. Bukan di negara ini. Ini prinsip yang saya pegang walaupun disaman RM500 juta sekalipun, Selain isu biseksual, Nallakaruppan dengan penuh yakin mendakwa Anwar turut mempunyai hubungan sulit dengan isteri Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali iaitu Shamsidar Taharin."


DEPA KATA.., " Badan Bertindak Penduduk Pengerang (Mantap) akan menyerahkan memorandum kepada Mufti negeri ini bagi mendesak supaya proses pemindahan perkuburan Islam yang terbabit dengan Projek Rapid Petronas di Pengerang, dihentikan serta merta, Isu yang membabitkan proses pemindahan perkuburan Islam yang dikesan gagal mematuhi prosedur ditetapkan Majlis Fatwa Jabatan Agama Islam Johor sangat menyedihkan kita. Kontraktor yang dilantik menjalankan kerja-kerja pemindahan kubur ini telah gagal mematuhi arahan ditetapkan pihak berkenaan sebab itu kita akan meminta Jabatan Mufti supaya mengarahkan kerja-kerja pemindahan kubur ini dihentikan serta merta, Selain itu kita juga mendapati kontraktor terbabit tidak mematuhi adab-adab Islam dalam proses pemindahan kubur ini, mereka mencampuradukkan bungkusan dari kubur yang hendak dipindahkan ini dengan peralatan lain seperti cangkul dan lain-lainya di dalam satu kenderaan untuk dbawa ke tapak perkuburan yang baru. Perbuatan ini sama sekali telah melanggar adab dan tata susila yang ditetapkan oleh Islam dalam proses pemindahan kubur," 


DEPA KATA.., "Sinar Harian sedia menawarkan platform kepada Presiden Pas, Hadi Awang untuk menjelaskan isu amanatnya, kesediaan itu adalah demi menyatupadukan rakyat negara ini terutama penyokong Pas dan Umno yang saling tuding menuding sejak 31 tahun lalu. Kesediaan ini adalah untuk memberi ruang kepada semua pihak sama menjernihkan keadaan dan juga membetulkan kekeliruan. Matlamat kita adalah untuk menghentikan persengketaan, tuduh menuduh serta membuang segala kekeruhan. Biarlah apa yang kusut kita rungkaikan menerusi penjelasan seperti ini supaya kita semua dapat hidup dalam suasana harmoni di tanah air bertuah ini,".