P Balasubramaniam peluru baru Pakatan Rakyat


DEPA KATA..., "Bekas penyiasat persendirian P Balasubramaniam (PI Bala), akan kembali dan menjelajah ke seluruh negara berkempen untuk Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum akan datang.Terdapat keperluan untuk berubah dan PI Bala berharap Pakatan akan memerintah. ".

DEPA KATA..., "Pakatan Rakyat (PR) yakin akan memenangi 140 kerusi Parlimen


DEPA KATA..., "Pakatan Rakyat (PR) yakin akan memenangi hampir 140 kerusi parlimen dalam Pilihan Raya 2013 dengan kemenangan di Sabah, Sarawak dan Johor akan memberikan mereka majoriti mudah untuk menubuhkan kerajaan, difahamkan pemimpin PR telah menghitung peluang di beberapa negeri tetapi bilangan mereka bergantung kepada keupayaan untuk menyatukan pembangkang di Sabah".

DEPA KATA..., "Ramai menyokong manifesto Pakatan Rakyat..


DEPA KATA..., "Ramai menyokong manifesto Pakatan Rakyat yang menjanjikan penghapusan tol, menurunkan harga petroleum, kereta, hapuskan PTPTN, saman AES, caj elektrik dan air lebih rendah selain beberapa tawaran membantu ekonomi rakyat. Ini tidak termasuk mewujudkan sejuta peluang pekerjaan baru di samping mengurangkan kebergantungan kepada buruh asing. memperkenal gaji minima RM1,100 sebulan, melatih sejuta lepasan sekolah yang tidak melanjutkan pelajaran, membina lima universiti dan 25 sekolah vokasional, Tabung inovasi IKS RM500 juta, menyelaras cukai rakyat- kadar cukai tertinggi 26% untuk cukai pendapatan hanya mula dibayar bagi pendapatan boleh cukai melebihi RM400,00 berbanding RM250,000 sekarang".

DEPA KATA..., Rekod kepimpinan Menteri Besar Kelantan..


DEPA KATA..., "Rekod kepimpinan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz, selama 22 tahun gagal ditandingi pemimpin lain di negara ini dan jauh panggang daripada api jika dibandingkan dengan pemimpin BN termasuk bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang paling lama memerintah serta Perdana Menteri sekarang, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mana pentadbiran mereka bergelumang dengan rasuah dan salahguna kuasa.".

Manifesto Pakatan Rakyat dibuat dengan begitu teliti..


DEPA KATA..., "Jika diteliti betul-betul kandungan Manifesto Rakyat yang bertemakan “Pakatan Harapan Rakyat” tidak ada alasan lagi bagi rakyat Malaysia untuk mengelak daripada memberi mandat kepada Pakatan Rakyat mentadbir Putrajaya pada pilihan raya umum ke-13 nanti. Kelebihan manifesto itu yang dirangka bagi menjamin keadilan, kesejahteraan dan kesaksamaan rakyat".

Royalti - Hanya satu kesilapan


DEPA KATA....., " Hanya satu kesilapan teknikal bila manifesto Pakatan Rakyat yang baru di bentangkan tidak memasukkan isu Royalti untuk Negeri Negeri Pengeluar Minyak dan Gas, iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang, Sabah dan Sarawak serta negeri negeri lain yang mengeluarkan minyak di Malaysia, ianya suatu kesilapan teknikal, tertinggal semasa semakan terakhir dan akan diperbetulkan segera".

Lahad Datu Di Ceroboh Kerana Askar Leka Main Judi


DEPA KATA.., " Lahad Datu Di Ceroboh Kerana Askar Leka Main Judi, dan kesalahan perlu di tunjukkan kepada ATM kerana menjadikan penempatan di pos-pos berkenaan sebagai tempat ‘hukuman’ untuk anggota tentera dari seluruh negara yang didapati melanggar disiplin ketenteraan.  Maka tidak hairanlah kenapa ia mudah dibolosi, Kerana ATM meletak anggota yang tak berdisplin. Menurut seorang bekas Jeneral yang juga pernah di pecat kerana kes kehilangan enjin jet, beliau mendapat maklumat dari rakan-rakannya yang masih berkhidmat, ketika kejadian itu berlaku, anggota tentera di pos kawalan tersebut; bersama pegawai pemerintah mereka, sedang leka bermain judi!!!"

DEPA KATA "Konsert Carlsberg di Batu Ferringhi yang mendapat restu..


DEPA KATA..., " Konsert Carlsberg di Batu Ferringhi November tahun lepas yang mendapat tajaan dari Carlsberg dan mendapat sokongan dari kerajaan Negeri Pulau Pinang, telah diperakui oleh pemimpin-pemimpin PAS tempatan sebagai ‘harus’ kerana diadakan untuk tujuan yang murni iaitu meningkatkan imej perlancongan negeri tersebut di kalangan pelancong asing, berbeza dengan persembahan penyanyi yang popular dengan lagu Gangnam-Style, Psy di majlis Sambutan Tahun Baru Cina BN di Pulau Pinang 2 hari lepas kerana merosakkan moral anak muda."

DEPA KATA " undi kepada Pas adalah haram"


DEPA KATA..., "Memang benar, tepat, beri undi kepada Pas adalah haram, kerana Pas sepatutnya menentang DAP yang semakin berani menyentuh sensitiviti agama Islam terutama membabitkan perkara akidah dan bukannya terus bersekutu dengan parti tersebut. Walaupun dia (Pas) tidak buat perkara itu tetapi masih bersekutu, ini bererti dia telah bersubahat. Yang sangat jelas sekarang adalah isu penggunaan kalimah Allah. Ibarat memang kamu tidak mencuri, tapi yang kamu ikut sama pergi mencuri dengan kumpulan pencuri itu kenapa, bukankah itu maknanya kamu menyokongnya. Inilah subahat,"

DEPA KATA..., "Tun Dr Mahathir Mohamad disaran untuk menentang Ketua Pembangkang


DEPA KATA..., " Tun Dr Mahathir Mohamad disaran untuk menentang Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Permatang Pauh, pada Pilihan Raya Umum ke 13 ini. Memandangkan Tun Mahathir dilihat banyak mencampuri urusan politik negara biarpun sudah bersara".

Siapakah penaja yang sanggup membayar RM2 juta kepada Psy


DEPA KATA.., "Mempersoalkan siapakah penaja yang sanggup membayar RM2 juta kepada Psy yang popular dengan lagu ‘Gangnam Style’ di Pulau Pinang semalam tetapi merahsiakannya. Bukankah penaja sepatutnya mahu tajaan mereka diketahui bagi tujuan promosi khidmat atau barangan mereka?, inilah kali pertama dalam dunia penaja buang duit tetapi mahu merahsiakan.” - Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shahrin.

Kejadian mahasiswa dibelasah samseng di Parlimen Pekan memalukan.


DEPA KATA.., "Kejadian mahasiswa dibelasah samseng di Parlimen Pekan merupakan kejadian yang sangat memalukan arena politik negara. Kejadian ini didalangi oleh mereka yang tidak berpuas hati dengan pengumuman mahasiswa untuk bertanding tempoh hari terutamanya Umno BN, Bagaimana kita ingin membina ketamadunan negara jika kawasan Perdana Menteri sendiri pun masih tidak mengamalkan politik matang,hari pertama mahasiswa di Pekan sudah disambut dengan samseng dan budaya kurang sihat. Oleh itu, DS Najib di jemput untuk berdebat dengan mahasiswa berkenaan idea dan agenda yang kami bawakan, bukannya halang kami dengan cara yang tidak matang” - Pengerusi Gerakan Mahasiswa PRU13 (GM13), Syis Abd Kadir.

Datuk Seri Najib Razak yang tidak berani untuk membubarkan parlimen..


DEPA KATA..., "Datuk Seri Najib Razak yang tidak berani untuk membubarkan parlimen pada waktu ini, sedangkan Najib merasakan rakyat sudah mula menerima apa juga tindakan yang telah dilakukan oleh kerajaan Umno Barisan Nasional selama ini, sikap berdiam diri dan teragak-agak yang ditunjukkan oleh Najib itu menggambarkan keadaan sebenar bahawa beliau sendiri tidak yakin dengan sokongan yang ada sekarang, Kita melihat ada beberapa pihak yang telah mengeluarkan kenyataan bahawa akan ada tindakan di luar jangkaan jika sesebuah parti itu kalah. Saya pasti jika Najib masih lagi tidak berani untuk menyatakan bilakah tarikh pembubaran parlimen, situasi ini pasti berlaku dan perkara ini telah pun berlaku pada program-program ceramah yang anjurkan oleh Pakatan apabila ada pihak lain yang tidakberpuashati, Najib diharap akan turut mengambil pendekatan segera seperti mana yang dilakukan oleh Menteri Besar Selangor yang mengumumkan bahawa pembubaran Dewan Undangan Negeri Selangor akan dilakukan selepas perayaan Cap Go Meh".

DEPA KATA..., Rakyat Jangan pandang remeh...












DEPA KATA..., " Tun Dr Mahathir sudah nyanyuk..


DEPA KATA..., " Tun Dr Mahathir sudah nyanyuk dan tidak mampu lagi berfikir secara waras dan berlapang dada. Kenyataan beliau terhadap Datuk S Ambiga tidak rasional sama sekali, supaya dipinda Perlembagaan untuk memberi kuasa kepada kerajaan melucutkan kerakyatan Ambiga. Adakah satu kesalahan di mana Ambiga menyedarkan minda rakyat, bercakap benar, ikhlas dalam menegakkan keadilan, ketelusan serta meminta proses pilihan raya diadakan secara bersih dan adil?, Sepatutnya Presiden Perkasa, Ibrahim Ali sepatutnya dilucutkan kerakyatan terlebih dahulu kerana sering membuat kenyataan yang berunsur hasutan dan perkauman yang mengancam keharmonian, perpaduan kaum di Malaysia serta keselamatan negara".

Apakala kerajaan itu "haram"


DEPA KATA..., "Apakala kerajaan itu "haram" , memberi erti bahawa segala perbelanjaan yg dikeluarkan utk membiayai projek dan pembangunan juga pentadbiran di Perak tidak sah. Segala perbelanjaan dan kelulusan projek dan lesen adalah terbatal. Pengambilan tanah juga batal. Segala perbelanjaan resmi utk klergi , eksekutif dan perkeranian juga batal. Siapa yg harus bayar kembali? SIapa yg wajib dipertanggungjawab dan dipersalahkan. Rakyat mahu dana2 ini dikembalikan atau pemimpin2 yg bertanggjawab ke atas permasalahan ini patut menerima risiko penjenayahan pentadbiran......."

DEPA KATA ..ceramah PR kecoh semacam sbb ada provokasi

DEPA KATA ..., "Aku tgk 12kali kalah election xpnh sekalipun negara huru hara buatan pembangkang...senario skrg pula,bila aku lalu depan ceramah BN npk aman je xde org atau samseng kacau...tp bila ku lalu depan ceramah PR kecoh semacam sbb ada provokasi dari parti lawan sbb aku tgk siap pakai baju dan pegang bendera BIRU dacing lg...so,sape yg buat kacau nie?"

Vedio klip Tahun Baru Cina, Lambang Kebodohan Melayu


DEPA KATA.., "Iklan melalui vedio klip Tahun Baru Cina dimana Najib menjadi pelakunnya adalah Lambang Kebodohan Melayu, Klip video itu menunjukkan seolah-olah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sedang mengetuk gendang bagi meraikan sambutan tahun baru Cina yang bakal datang. Tak pastilah bagaimana orang ramai melihatnya, tapi pada pandangan Pakatan Rakyat, iklan tersebut adalah usaha terdesak Najib untuk menarik sokongan masyarakat Cina yang dalam pilihanraya kali ini hampir pasti berpindah tangan kepada Pakatan Rakyat. Lebih teruk lagi, klip video tersebut sekadar memberi bayangan bahawa bangsa Melayu di negara ini sebenarnya berada di kedudukan yang paling rendah dalam sistem bermasyarakat negara kita, kerana dalam mana-mana kumpulan tarian naga atau singa, pemain gendang biasanya berada pada tahap yang paling rendah sekali. Malangnya bagi Najib (tapi untung pada Pakatan Rakyat), jauh dari matlamat asal untuk menarik sokongan orang Cina, pembikinan klip video ini hanya membuktikan satu perkara – orang Melayu bodoh dan hanya layak berada di kedudukan paling rendah!!,"

Dato Seri Najib PM paling lemah dan bermasalah.


DEPA KATA.., " Dato Seri Najib PM paling lemah dan bermasalah, Macam-macam isu yang dikaitkan dengan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor sehingga menjadi buah mulut di kalangan pemimpin Umno sendiri, isu pembunuhan warga Mongolia Antatuya Shaaribuu masih menghantui Najib dan sedikit sebanyak menganggu pemikiran beliau, Najib memang terkenal sebagai pemimpin sejak muda lagi hanya pandai mengumpan, bukan menyelesaikan masalah pokok, Lebih malang, Najib dilihat lebih berminat mencuri idea yang dibuat oleh negeri Pakatan Rakyat untuk membuat kebajikan, Najib bernasib malang kerana beliau memimpin Umno di era ledakan teknologi maklumat, di mana rakyat tidak boleh ditipu. Ditambah pula dengan masalah peribadi sehingga masih tidak bertemu tarikh pilihanraya. Beliau begitu trauma untuk menentukan tarikh, kerana membayangkan jika BN kalah maka bebanan akan dihempap kepada beliau," -Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Idris Ahmad.

Pengerusi Boustead Holdings Berhad harus tampil memberikan penjelasan.


DEPA KATA..., " Datuk Mahfuz Omar menggesa Pengerusi Boustead Holdings Berhad tampil memberikan penjelasan berhubung pembelian Astacanggih Sdn Bhd milik ahli perniagaan, Deepak Jaikishan. Penjelasan itu penting kerana pembelian tersebut didakwa melibatkan wang Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) yang sepatutnya digunakan untuk kebajikan anggota tentera. Pengerusi Bousted perlu tampil ke hadapan untuk jelaskan kepada anggota tentera siapa yang mengarah beliau untuk mengambil alih Astacanggih yang akhirnya membawa kepada satu kerugian yang besar kepada LTAT. Sudah tentu ada tangan ghaib di belakang Bousted untuk membuat pembelian itu," 

Hiburan adalah Agenda BN untuk melalaikan..


DEPA KATA.., "Hiburan adalah Agenda BN untuk melalaikan dan menjadikan hiburan sebagai candu untuk mendekati rakyat terutamanya golongan anak muda. BN juga turut gagal untuk memahami budaya anak muda sekarang yang lebih memerlukan kepada bentuk pembangunan kesedaran rohani, dakwah, kebajikan mahupun pembangunan ummah. BN sehingga sekarang tidak pernah lari dari bentuk kelalaian dalam program yang mereka anjurkan terutama mendekati anak muda. Bagi mereka (BN) hanya pentingkan berseronok dalam menyajikan sesuatu untuk anak muda tanpa memikirkan kesannya, anak muda sekarang lebih memerlukan pembangunan minda dan kesejanteraan rohani dalam menghadapi masa akan datang, dan budaya yang diterap oleh Pakatan Rakyat amat berbeza dengan apa yang dilakukan oleh BN apabila segala aktiviti yang diadakan kepada golongan tersebut lebih kepada sudut ilmiah dan juga pembangunan rohani".

DEPA KATA..., " Mahathir pecah belah Umno dari dulu.


DEPA KATA..., " Mahathir pecah belah Umno dari dulu hingga sekarang dan niat Mahathir sekarang ialah untuk membawa Muhyiddin ke pucuk kepimpinan negara sebelum menjatuhkannya dan mengantikan dengan ahli keluarganya ( Mukriz), Itulah politik Dr Mahathir. Bagi Mahathir yang paling utama ialah peribadi dan keluarga. Selepas itu untuk parti kerana parti itu boleh menaikan keluarga dan kehendak beliau kerana parti hanyalah alat untuk memudahkan mendapatkan kehendak dan kemahuan beliau. Selepas itu barulah untuk negara. Negara merupakan isu yang paling akhir dan tidak mempunyai prioriti langsung bagi Dr Mahathir.

Begitulah cara Mahathir bermain politik, Beliau tahu Najib bukan material sebagai seorang Perdana Menteri yang baik tetapi beliau gunakan Najib untuk menolak Abdullah dan sekarang permainan yang sama sedang berlaku dan menggunakan kelemahan Najib yang beliau tahu dari awal lagi. Niat Mahathir sekarang ialah untuk membawa Muhyiddin pula ke pucuk kepimpinan negara. Beliau akan terus melakukannya jika beliau berupaya untuk melakukannya. Akhirnya Muhyiddin sendiri akan diketepikan dengan menggunakan kelemahan Muhyiddin yang tidak kurang teruknya jika dibandingkan dengan Najib.

Kisah penggunaan nama Allah termasuk yang kafir.


DEPA KATA .., " Dalam buku "qiraatun siyasiyatun li seeratin nabawiyyatin" (pembacaan politik di dalam seerah kenabian) karangan Dr Muhammad Rawwas Qal'aji terbitan Dar An Nafaes, Beirut dan buku "Muhammad his life based on the earliest sources" oleh Almarhum Dr Martin Lings (Abu Bakar Siraj al-Din) kedua-duanya menceritakan kisah sulh al-Hudaibiyyah.

Kedua-dua buku itu menceritakan bagaimana apabila Suhayl Al Amru, wakil Quraysh Mekah yang datang bersama sama Mikraz dan Huwwytib untuk berunding dengan Rasulullah s.a.w, Rasulullah s.a.w. menyuruh Syaidina Ali r.a menulis muqadimmah perjanjian damai itu dengan kalimah "Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Dan Maha Pengasih". Suhayl menentang penggunaan kalimah tersebut dengan berhujah bahawa dia tidak tahu kalimah itu dan beliau meminta ditulis kalimah "Bismik Allahumma" (Dengan namaMu Wahai Allah). 

Meskipun para sahabat mahu kalimah "Bismillahi al Rahman al Rahim" digunakan namun Rasulullah s.a.w menunjukkan toleransi (tasamuh) Islam dengan membenarkan kalimah " Bismik Allahumma" digunakan oleh orang kafir.