Yeaaa... Guang Eng Kena Tangkap Dengan SPRM



DEPA KATA -
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah melaksanakan tangkapan ke atas Ketua Menteri Pulau Pinang, YB Lim Guan Eng dan ahli perniagaan wanita, Phang Li Khoon setelah mendapat arahan dari Pejabat Peguam Negara untuk menuduh mereka di mahkamah esok. 
Guan Eng telah ditahan di pejabatnya di Tingkat 28 Bangunan Komtar pada pukul 5.45 petang sementara Li Khoon ditahan pada pukul 4.15 petang di pejabatnya di Tingkat 6, Penang Garden, hari ini. 



Iskkk...!!!

Baguis lah kalau dah kena tangkap, ada yang kata sepandai tupai melompat, tapi kita tak tau lah sejauh mana kena 'tangkap' tu kot-kot pergi buka puasa mana kita tau kan. (kita tak tau la nih dia dok mana, lockup SPRM ka?).

Harap SPRM dapat kunci semua tingkap, mana lah tau kot-kot ada 'hantu' yang mai dok seru-menyeru, dengar habaq ada yang berkumpul siap bakaq lilin, tunjuk simpati lah kot, ka nak tunjuk kat 'hantu-hantu' macam-mana jalan nak masuk pi kot tingkap.

Ada juga mangkaq yang simpati dengan Guan Eng nih, lalu Depa buat bandingan dengan Khir Toyo, tapi yang lagi kalut ada yang habaq kata kes Guan Eng ini cuma 2.5 juta sahaja tapi had yang 2.6 billion awatnya depa tak mau tangkap.

Nak kata bodoh bernafsu kang depa nih orang berpangkat, ya la lama dok kerusi besaq la nih dah tak buat apa, makan duit pencen tapi nak tunjuk baguis, kalau tanya dulu dia buat apa? tak buat apa pun, hari ini nak tunjuklah konon dia pejuang untuk rakyat.

Nih nak habaq lah, mahkamah mana yang kata terima derma tu salah? mahkamah mana yang dah jatuh hukum kata yang terima 2.6 billion itu salah, nihh cheee...usah dok kalut buat lecheeh laaa, makan duit pencen baik-baik, tu duit KWSP pun boleh bawak pi pusing donia anak bini cucu menantu bagai, usah dok tamak dan dok perlekeh orang lain tak baguis.

Harap harap SPRM boleh berhujah dengan kukuh, pejabat peguam pun dah kata ok, jangan esok salah teknikal buang kes, nak cover konon kata SPRM tak buat kerja dan buat, nak kata tangkap dah pun tangkap, tapi mahkamah kata tak ada kes dan dibebaskan sebab pertuduhan lemah atau fakta kes tak kuat.

Macam-macam boleh jadi la nih, apa pun kita tengok sahajalah drama erdogan ini akan berakhir macam-mana tapi yang nyata 'tak akan' ada PRK, sebab sudah sampai edah.




Add caption


No comments:

Post a Comment