Depa kata.. 

" You kata setiap persoalan saya you akan akan jawab dan saya akan hilang dan akan timbul semula dengan lain issue.Let me tell why I don't come back with reply. I'll make it very simple. Let me put it in this way to you.In Altantuya cruel murder case. The judge say, the "Motive" of murder is not important. (For you its acceptable, not for me).
Yes, both UTK guys did the assigned job. No one believe they did by their own interest. This two guys have nothing with Altantuya. They were with Altantuya because of instructed by someone higher up.So, to say motive is not important is just and eyewash. If the motive were to established, then everyone will know who is behind the scene.
This two guys have initially file an affidavint that, they are offered 100k each. That subject has been blackened.Therefore, you may see nothing WRONG with the Judgement. For me and most of the rakyats, we still can't digest it. Yes, that's the reason I just leave it as it is. No point reasoning with you, when you already have the mind to "defend" it to the last sentence.Again, for your information. Anwar is not my Boss. I don't have any party. I am just looking for CHANGE. I just don't care who wants tobe PM if PR make it to Putrajaya.I just in support for UMNO/BN DITUMBANGKAN."

Depa kata.., " Ibu Tunggal @ Janda  di Selangor yang menuntut janji menisfesto di tunaikan dianggap sebagai "Tidak Sedar Diri", Benarlah perkara tersebut ada dinyatakan dalam manifesto pilihanraya 2008, tapi seperti yang disebutkan Menteri Besar Selangor sebelum ini, manifesto bukan perjanjian, Manifesto adalah CADANGAN perkara-perkara yang akan dilaksanakan sesebuah parti politik, bukan kemestian, jauh lagi kewajipan sehingga boleh dituntut di Mahkamah. Dimaklumkan oleh sumber dari kerajaan negeri sendiri, langkah tidak melaksanakan janji pemberian elaun kepada ibu tunggal ini kerana kerajaan negeri tidak mahu menggalakkan penceraian atau kes jenayah seperti isteri meracun suami sendiri, hanya untuk mendapat elaun. Malahan mereka mengesyurkan untuk golongan janda yang terlibat secara langsung atau tidak dalam tuntutan saman ini, kalau dah tak cukup duit sangat, ‘aset’ yang ada tu boleh buat meniaga di Chow Kit atau Lorong Haji Taib, sudah tentu ada sambutan,"

Depa kata.., " Jika nak kata, tak ada apa apa salah Umno/BN 54thn ini. Siapa yang biarkan melayu dalam keadaan macam ini sekarang? Umno perintah 54 thn. Mengapa nak salah kan bangsa lain. Mengapa tak salah kan Umno itu sendiri?
I boleh bersumpah dan kata, Umno lah yang Miskin kan Orang melayu sendiri, bukannya bangsa lain".

KC Sambal:
ZS, why don’t you write a similiar article on any UMNO leaders? Not difficult, start with Khir Toyo. Now, isn’t that fair reporting? Tul tak?
Kau tak der material lain ke? Picking on a lady PKR leader. Tak malu ke kau?

Hi KC..
Sudah berkali saya kata untuk apa saya tulis isu dalaman UMNO jika ianya akan berakhit dengan kata kata " ZS di bayar untuk menulis seua kebaikkan UMNO" adalah lebih baiknya jika sahaba sahaja yang menulis isu UMNO,


Depa kata.., " Sebagaimana yang semua umat Islam ketahui serta yakini, doa adalah senjata akhir yang paling berkuasa dan mampu mengubah Qada dan Qadar. Dengan berdoa dan kemudian jika dimakbulkan Allah, sesuatu perkara yang luar biasa dan di luar jangkaan boleh berlaku. Itulah kepercayaan seseorang yang menganut Islam. Bahkan dalam Islam juga disebut bahawa doa orang yang dizalimi akan terus sampai kepada Allah tanpa hijab atau tanpa sebarang halangan. Sebab itu doa memang amat digalakkan dalam Islam sebagai usaha akhir memohon sesuatu kejayaan.,” 

Depa kata.., " Kandungan doa memohon kehancuran Umno dan Barisan Nasional (BN) bukan atas arahan daripada pihak tertinggi Pas sebaliknya ia adalah kehendak Nik Razi Nik Mat sendiri, Doa Nik Razi itu berdasarkan situasi di Kelantan, yang cukup menerima tekanan hebat daripada Umno dan BN seperti isu royalti, namun berbeza doanya bagi solat Hajat yang diadakan di Kedah. Itu hak dia (Nik Razi) untuk memohon doa, dan sebagai makmum ketika solat Hajat berkenaan saya hanya mengaminkannya,” 


Depa kata.., " Hadi Awang menegaskan, misi ke Putrajaya bersama komponen Pakatan Rakyat tidak akan terlaksana sekiranya mendapat sokongan orang Islam sahaja. Semua kaum di negara ini juga mengakui pemerintahan perlu secara masyarakat Majmuk. Apa yang telah ada dalam Perlembagaan iaitu Islam agama persekutuan, keadilan kepada agama lain, hak istimewa bumiputera, bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan raja berperlembagaan sudah disepakati. Tidak mungkin rakyat dapat disatukan atas dasar perkauman, sekali gus mengkritik parti yang berasaskan kaum seperti Umno, MCA dan MIC sebagai "tidak relevan." "



Depa kata.., " Negara akan hancur jika rakyat tidak memindahkan kuasa pemerintahan dari tangan Umno-Barisan Nasional (BN) kepada Pakatan Rakyat (PR) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), Yang dijangka berlangsung bila-bila masa dalam tempoh enam bulan ini. Mengurus tadbir khazanah kekayaan negara ini, yang andai kata kita tidak sama-sama mengambil kuasa itu, akan hancurlah negara ini kerana tadbir urus yang cukup curang, culas, khianat kepada ALLAH dan rakyat yang mengangkat mereka sebagai penguasa,"  



Depa kata.., "Kemenangan yang paling mustahak dalam menentukan hala tuju perjuangan parti, Sehebat mana perjuangan kita dalam kerangka demokrasi, kemenangan yang paling mustahak. Berapa kerusi yang kita boleh menang? Paling tidak kita kena menang 60 kerusi dan sekarang kita fokus kerusi mana yang boleh menang, terdapat 11 kawasan Parlimen yang majoriti undi membabitkan tentera. Jangan terlalu hendak menang tanpa menyemak kedudukan kita sebenarnya. Pengkritik telah mengkritik kononnya kita telah meninggalkan perundangan Islam sehingga diperkenalkan pula konsep Negara Berkebajikan. Jangan pula kita hilang rasa tawaduk kepada Al-Malik dan menerimalah apa yang ditentukan ALLAH," 


Depa kata.., " Anwar kata, Rakyat kini menunjukkan sokongan terhadap janji yang ditawarkan Pakatan Rakyat termasuk termasuk pendidikan percuma, mengembalikan royalti kepada negeri yang berhak dan menurunkan cukai eksais sebanyak 20 peratus, sekiranya pakatan itu berjaya menawan Putrajaya. Sementara, Hadi Awang kata, PR berkemampuan untuk mentadbir negara dengan adil, amanah dan bersih jika diberi mandat mentadbir Putrajaya selepas pilihan raya umum akan datang. Kalau ada rasuah, tolong tangkap, ambil tindakan. Kami tidak mahu pemimpin kerajaan yang rasuah "

Depa kata.., "Dalam ucapan dasar pada muktamar tahunan Dewan Ulama Pas kelmarin, Harun Taib berkata, PR sudah mencapai kata sepakat mengenai hudud namun pelaksanaan undang-undang Islam itu perlu ditangani mengikut Perlembagaan Negara".



Depa kata.., " Ketua Pemuda Pas Pusat, Nasrudin Hassan Tantawi mengisytiharkan harta miliknya ketika menyampaikan ucapan penangguhan pada Muktamar Dewan Pemuda Pas Pusat malam tadi. Beliau menybutkan jumlah pendapatan diri sendiri dan juga jumlah pendapatan Isteri serta jumlah simpanan yang berjumlah RM9000.00, Itulah harta yang di isytiharkan, sebagai satu gimik pelancaran atau deklarasi pengisytiharan harta yang insya-ALLAH selepas ini akan diikuti oleh seluruh ahli jawatankuasa Dewan Pemuda Pas Malaysia".



Depa kata.., " Sidang pengarang lidah rasmi PAS, Disifatkan semakin merosot dan kurang berkredibiliti serta menyimpang daripada matlamat asal penubuhannya. Kita menyedari bahawa Harakah seolah-olah tidak menjadi organ jemaah Islam dan tidak membawa aspirasi dalam memicu kebangkitan gerakan Islam,"

Depa kata.., " Menyerang lawan politik dengan kata-kata kesat dan fitnah langsung tidak mencerminkan budaya Melayu beragama Islam yang mempunyai tatasusila mulia. Bukan budaya orang Melayu buat kerja khianat,” -Anwar Ibrahim


Depa kata.., " Dewan Ulama PAS menyerahkan kepada masyarakat umum untuk menilai kenyataan Nurul Izzah Anwar berhubung isu kebebasan memilih agama di kalangan orang Melayu dan juga sama ada naib presiden PKR itu perlu memohon maaf atas kenyataan tersebut. Kalau dia (Nurul Izzah) rasa bersalah, dia kena tarik balik kenyataannya itu. Tapi kalau dia rasa tak bersalah, itu hak dia kalau dia tak mahu tarik balik, Kita percaya rakyat sudah tahu menilai," 

Depa kata.., "  Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berharap golongan penunggang motosikal berkuasa tinggi di negara ini akan bertambah kerana Malaysia berpotensi menjadi hub penunggang motosikal jenis itu di rantau ini. Najib berkata beliau tidak fikir ada negara lain di Asean yang mempunyai jumlah penunggang motosikal berkuasa tinggi seramai itu. Beliau menganggap ini sebagai titik permulaan kepada masa depan di mana kegiatan menunggang ini akan memuncak dan akan bercambah kepada bilangan yang jauh lebih besar lagi, Najib berkata konvoi 1MBW yang disertai oleh 536 peserta yang menunggang 438 motosikal itu mampu mengubah persepsi orang ramai terhadap mereka yang selama ini dianggap golongan elitis".

Depa kata.., "  Dewan Pemuda PAS yang mahu kepimpinannya mengisytiharkan harta sebagai melambangkan kesungguhan dan keihlasan mereka untuk mentadbir negara dengan penuh integriti. Perkara ini termasuk pemimpin sedia ada dan juga kepada mereka yang akan bertanding pada PRU 13 nanti, tindakan itu juga bakal meletakkan mereka selangkah di hadapan berbanding sayap pemuda parti politik lain, agar rakyat boleh menilai ketelusan kita," 

Depa kata.. ," Berdasarkan keterangan daripada Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Pas Pusat, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa yang hadir bersama-sama Nurul Izzah dalam forum Islamic State: Which version? Whose responsibility? di Subang Jaya Sabtu lalu, ia tidak sama dengan kenyataan Nurul Izzah. Kenyataan Nurul Izzah menjadi perkara serius dan dibincangkan oleh pelbagai pihak memandangkan beliau merupakan anggota parti pembangkang yang sememangnya sentiasa tidak sehaluan dengan pihak lawan.Oleh itu, setiap perkara mahupun kenyataan yang dibuat oleh pembangkang diputar belit untuk menjadikannya buruk. Laporan media  yang dikeluarkan tidak semestinya serupa dengan kenyataan Ahli Parlimen Lembah Pantai itu. Izzah cakap lain surat khabar tulis lain, Adakah apa yang Nurul Izah cakap serupa yang akhbar siarkan?"

Depa kata.., " Dimana kaitannya antara murtad dengan kebebasan beragama untuk rakyat yang disuarakan oleh Nurul Izzah sehingga menjadi kontroversi di kalangan masyarakat,Nurul Izzah bercakap mengenai kebebasan beragama untuk semua orang, tidak mengkhusus kepada orang Melayu sahaja.  Maknanya disitu, sesiapa pun bebas menganuti mana-mana agama pilihannya, tanpa paksaan,  Apa yang penting ialah rakyat mesti menjadi orang Islam kerana iman, orang-orang yang beragama Islam kerana mereka adalah Melayu, Allah tidak akan menerima, Orang yang beragama Islam kerana mereka terpaksa, Allah tidak akan menerima. Ia perlu berdasarkan pilihan peribadi, kebebasan untuk memilih untuk menjadi dengan Islam, yang adalah apa yang kita mahu. Ringkasnya, bahu Nurul Izzah tidak patut dibebankan dengan masalah murtad kerana tanpa atau dengan kenyataannya pada Sabtu lepas, kita tahu ada juga orang Melayu masih juga murtad atas pilihan sendiri. " 

Depa kata.., " Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) kesal dengan tindakan pihak tertentu menghukum Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar sebelum mendapatkan penjelasan beliau. Adalah suatu yang tidak masuk akal menuduh seorang muslimah mukminah, yang solat, yang puasa, yang tutup aurat mengajak orang Melayu meninggalkan Islam dan menyokong orang Melayu murtad. Ada banyak andaian dan tanggapan dibuat oleh pelbagai pihak sebagai memanjangkan isu walaupun mereka tidak hadir dan mendengar sendiri. Mereka membuat komen hanya berdasarkan laporan Utusan Malaysia kebanyakannya, Nurul Izzah tidak sesekali mengeluarkan kenyataan yang bermaksud orang Melayu bebas memilih agama, mengajak orang Melayu keluar Islam dan menyokong orang yang murtad," 

Depa kata.., : " Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, menyokong tindakan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli ke Hong kong bagi menyelidik dengan lebih terperinci skandal yang dikaitkan dengan Michael Chia. Saya menyokong apa yang dilakukan oleh Rafizi dan ini adalah usaha terbaik sebelum mencari jawapan secara terus dengan ICAC. Perkara ini amat penting bagi membersihkan tanggapan terhadap Nazri dan Michael Chia. Kita mahu penjelasan dan siasatan kerana tidak mahu hubungan Nazri dengan Michael Chia itu boleh menjejaskan peranan beliau sebagai menteri kabinet yang bertanggungjawan terhadap SPRM dan juga parlimen,"


Depa kata.., " Keterbukaan kepimpinan muslim Pakatan Rakyat, masuk ke dalam gereja dan kuil serta bercakap hal-hal yang menyentuh kepentingan masyarakat, akan menjadi satu kebanggaan dan seharusnya tidak dipolitikkan demi masyrakat sejagat, Semua ini adalah dianggap sebagai satu pembaharuan yang tidak akan berlaku kalau Pakatan Rakyat tidak diwujudkan oleh Anwar Ibrahim, dan sikap keterbukaan ini, Pakatan Rakyat melihat bahawa peranan gereja perlu diperluaskan lagi sebagai pusat perpaduan nasional sebagai gantian kepada peranan masjid yang dilihat tidak lagi dapat memainkan peranan menyatukan masyarakat di Malaysia ini, Di mana semua lapisan rakyat dari pelbagai latarbelakang agama dan bangsa boleh duduk berbincang mengenai pelbagai perkara di dalam gereja, tanpa halangan seperti mana jika  menggunakan masjid".

Depa kata.., " Kita tidak boleh bergantung kepada laporan media yang menyebut Nurul Izah menyokong murtad dan kebebasan menukar agama kerana ia tidak lengkap, kita kena cek dahulu perkara ini kerana ianya datang dari Utusan. Jika 99 peratus sahaja ada tetapi 1 peratus tidak jelas, kita tidak boleh hukum orang,"