Azmin batal lawatan ke Mesir, Budiman bakal MB Selangor?

Shah Alam –  Hasrat  Menteri Besar, Azmin Ali akan mengadakan pertemuan bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pakatan Rakyat minggu ini bagi membincangkan cadangan pembubaran Dun Selangor kerana terputusnya hubungan PAS dengan Pakatan Rakyat mungkin tidak tercapai.

Desas- desus dan juga laporan portal ini semalam mendapat maklumbalas dari netizen berhubung 4 Adun PKR lompat parti dan akan menyertai pembentukan kerajaan campuran dari bebas,BN dan PAS di Negeri Selangor.

Azmin 30 April lalu dikhabarkan membawa semua Exconya mengadakan lawatan ke Mesir, Maghribi dan Jordan. Manakala Shuhaimi Shafiei, Ketua Penerangan PKR Selangor merangkap Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor menepis dakwaan media berhubung 4 Adun lompat parti itu sebagai satu propaganda.

4 ADUN PKR Lompat Parti Tubuh Kerajaan Campuran Baru di Selangor

Menteri Besar, Azmin Ali akan mengadakan pertemuan bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pakatan Rakyat minggu ini bagi membincangkan cadangan pembubaran Dun Selangor kerana terputusnya hubungan PAS dengan Pakatan Rakyat.

Menurut Azmin, hasil perbincangan akan diumumkan kelak memandangkan secara teknikal, jika Pas betul-betul keluar daripada Pakatan Rakyat, Pakatan Rakyat bakal hilang kuasa kerana kerajaan Selangor tidak lagi mempunyai majoriti mudah di Dewan Undangan Negeri (DUN).

Untuk rekod Nizar Jamaluddin Bekas Menteri Besar Perak dan kerajaan pakatan Perak hanya bertahan hampir 13 bulan selepas itu tumbang.

FAKTA VS AUTA..



Putar belit Tun Mahathir Mohamad menentang Perdana Menteri Malaysia DS Mohd Najib Razak.

■ Pada mulanya Tun Mahathir mendakwa beliau “telah bekerja keras untuk menjadikan DS Mohd Najib Perdana Menteri Malaysia,” tetapi sekarang dia “mahu   DS Najib disingkirkan pula, meletak jawatan daripada menjadi Perdana Menteri.”

■ Dakwaan tersebut tidak benar kerana ahli UMNO dan Tun Abdullah Ahmad Badawi yang telah memilih untuk menaikkan DS Najib sebagai Presiden parti dan rakyat Malaysia yang kemudiannya memberi mandat kepada BN yang dipengerusi Najib untuk terus memerintah negara.