DEPA KATA - Pemimpin UMNO Jangan Jadi Bangang


1. Bilakah pemimpin UMNO akan mengakui kebenaran tuduhan yang dibuat terhadap Najib?

Semua boleh menuduh, tetapi menuduh tanpa bukti itu fitnah namanya.

2. Sejak mula skandal 1MDB didedah, pemimpin-pemimpin UMNO cuba menidakkan tuduhan terhadap Najib.
Arul Kanda, Presiden dan Pengarah Eksekutif kumpulan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), telah pun memberikan jawapan sedetailnya, isu 1MDB mengapa pula UMNO kena jawab?


3. Kononnya semua tuduhan ini berniat jahat – bertujuan untuk menjatuhkan seorang pemimpin yang dipilih secara demokratik. Mereka sengaja lupakan bahawa Dato Abdullah, PM Malaysia Kelima juga dipilih secara demokratik tetapi dijatuhkan oleh Najib sendiri.


Tak nyanyok tapi dah jadi pelupa, siapa yang jatuhkan Pak Lah? siapa yang ke hulu - ke hilir usung bini keluar UMNO, ya la nak buat 2nd round tak jadi tu yang menghoyan tu.







4. Dalam negara demokratik banyak sudah pemimpin yang dipilih dalam pilihanraya yang dijatuhkan sebelum edahnya. Demikian PM Abbott Austraila. President Brazil digantung jawatan atas keputusan mahkamah tinggi supaya siasatan dapat dibuat keatasnya tanpa halangan.
Itu kerana mahkamah sudah buat keputusan, dalam kes Najib mahkamah mana yang dah buat keputusan, sama juga time Che Det dulu siapa tanya kena ISA paling sengkek kena pecat hilang jawatan.

5. Sekarang ini pula tuduhan dibuat bahawa saya yang membuat laporan terhadap Najib kepada Amerika Syarikat sehingga laporan berkenaan salahguna kuasa dan melesapkan wang Kerajaan dibuat oleh pasukan keadilan Amerika terhadap Najib.
Tak ada sapa pun tuduh ehh, yang terasa tu pasai apa?

6. Saya tidak buat apa-apa laporan. Tetapi jika saya buat laporan pun, hanya kerana itu kesalahan Najib tidak akan menjadi tidak salah.
Nak buat lapor kena ada bahan dan bukti, bak mai bukti dan bahan baru boleh sembang, Anwar dulu kata kat hang pun serupa juga awatnya tak jadi jadi lagi kesalahan, last-last Anwar masuk penjara.

7. Benang basah tidak mungkin ditegak. Percubaan pemimpin-pemimpin UMNO mendakwa Najib tidak bersalah tidak mungkin menjadinya tidak salah. Tuduhlah, kecamlah, makilah. Yang salah tetap salah.
Ini bukan isu nak kasi benang basah tegak, tapi kita bercakap dari soal haq dan kebatilan, kalau betui bak mai dan kemukakan bukti bukan setakat kata kat orang mencuri tapi dok tanya betui ka hang curi.

8. Sejak skandal 1MDB didedah, bukti-bukti salahguna kuasa dan penipuan Najib menjadi semakin nyata. Bermula dengan laporan dalam akhbar, ia diikuti dengan laporan oleh Bank Negara, BPR, Auditor General dan PAC. Tiap satu menerangkan kesalahan Najib. Menjadikan laporan-laporan ini rahsia pemerintah tidak berjaya menutup isi kandungan laporan. Di zaman ini tidak ada cara bagi merahsiakan dokumen. Sarawak Report melapor berkenaan wang yang ada dalam akaun Najib di Ambank yang disertai dengan dokumen-dokumen yang tidak boleh disangkal. Najib tidak dapat membuat apa-apa, jauh sekali dari menyaman malu Sarawak Report.
1MDB depa dah jawab, Bank Negara depa dah jawab, BPR pun dah jawab, Auditor General pun sudah jawab, PAC yang dok berkongsi mesyuarat dengan pembangkang pun dah jawab, habaq mai yang mana satu kata Dato' Seri Najib Tun Razak terlibat dan bersalah? Sarawak Report? awatnya Che Det dulu tak saman sama puak nih, bukan ka dulu depa pun dok kata kat Che Det macam macam.

9. Akhirnya Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat bukan sahaja mengeluarkan laporan bertulis tetapi penjelasan dibuat secara terperinci oleh pegawai-pegawai DOJ melalui TV. Malaysia sudah jadi negara penipu dan rasuah yang terbesar di dunia. Semua orang berasa malu tetapi pemimpin UMNO sahaja yang tidak tahu malu.
Dah kata awai dah, pemimpin UMNO tau apa yang Che Det tak tahu

10. Walaupun nama Najib tidak dicatit tetapi semua tahu bahawa Malaysian Official 1 (Pegawai Malaysian Nombor 1) ialah Najib. Hanya yang bangang sahaja yang tidak kenal Najib sebagai Pegawai Malaysia Nombor 1. Dan mereka sahaja yang masih sanggup menerima Najib sebagai pemimpin mereka.

Tapi yang terlebih bangang sahaja tak boleh terima bahawa Najib Tun Razak bukan lah orang yang dimaksudkan, awat yang bangang sangat nak pikiaq.

11. Wahai pemimpin UMNO berhentilah dari menipu diri. Kamu tahu Najib bersalah. Kamu tahu Najib tidak layak menjadi Perdana Menteri Malaysia.
Che Det kena habaq kat diri sendiri bahawa la nih Najib lah Perdana Menteri, jangan menipu, Allah tahu apa Che Det buat kemarin lagi.

12. Merahsiakan segala laporan berkenaan dengan kesalahan Najib melalui OSA mungkin mengelirukan sebahagian kecil dari rakyat Malaysia. Tetapi OSA tidak boleh rahsiakan perbuatan Najib di kalangan masyarakat dunia. Kamu, pemimpin UMNO akan dipandang hina kerana masih mencuba menidakkan penipuan Najib dalam pengurusan 1MDB.

Didalam kabinet kerajaan ada pelbagai anggota jemaah dari pelbagai parti dibawah Barisan Nasional, sila nyatakan menteri atau timbalan menteri mana yang telah membaca dan melihat laporan berhubung dengan laporan salah laku Najib?, OSA akta rahsia rasmi kerajaan, perbincangan dalam kerajaan ia dikira bukan rahsia walaupun sulit tetapi kepada umum ia perkara rahsia dan sulit, jika benar ditemui perkara salah laku Najib maka perlu dikemukakan kepada pihak peguam negara untuk di kemukakan ke mahkamah dan seterusnya biar mahkamah memutuskannya, awatnya bekas perdana menteri 22 pun tak paham ka menda alah ini?.

13. Kerajaan sekarang menghadapi kekurangan dana. Untuk menampung beban hutang 1MDB rakyat dipaksa bayar cukai GST, tol dinaikkan, subsidi minyak dihapuskan, Langkawi dan Labuan sebagai pulau bebas cukai ditamatkan. Bajet yang besar dibuat tetapi Kementerian, Jabatan dan Agensi-Agensi Kerajaan diarah supaya mengurangkan belanja sebanyak 20%. Bayaran kontrak dilewat-lewatkan.

Setakat untuk membayar hutang 1MDB (jika ada pun) kerajaan masih mampu, sebagaimana kerajaan mampu menyelesaikan masalah MISC, masalah Perwaja, masalah Ekran Berhad, masalah Projek Bakun Hidro dan lain-lain lagi masalah yang lebih besar dari 1MDB, zaman Che Det pun SST tak pernah diturunkan apa lagi di hapuskan, berhubung dengan penamatan status bebas cukai pulau berkenaan Che Det pun masih ingat kot isu penamatan bebas cukai Pulau Pinang dulu.


14. Untuk membayar hutang 1MDB, tanah Kerajaan yang bernilai RM 7000/- skp dibeli dengan harga RM 60/- skp dan dijual dengan harga RM 3,500 skp.
Isu ini telah berkali dijawab oleh yang berkenaan tetapi apalah sangat jika dibandingkan dengan skandal tanah lumba kuda - KLCC yang banyak sesi gelap disorokkan kroni-kroni.

15. Sekarang laporan akhbar luar mendedahkan kontrak membina landasan keretapi di pantai timur yang ditawar oleh syarikat Cina sebanyak RM 30 billion dinaikkan kepada RM 60 billion, supaya lebihan dari harga kontrak sebanyak RM 30 billion boleh diguna untuk bayar hutang jaminan RM27bilion yang dituntut oleh IPIC, Abu Dhabi.

Masih lagi berkiblatkan laporan Serawak Report?  sebenarnya projek itu sudah dijangka akan mencecah RM60 bilion sejak lama dulu bukan setakat 60 tetapi ada juga yang menyebut 70 billion, lagi pun ini adalah projek Inisiatif Pembiayaan Swasta (PFI), bermakna projek ini dibiayai oleh pihak swasta, takkan pula swasta nak menyelamatkan 1MDB akai ada ka.

16. Hutang 1MDB boleh dibayar secara ini. Tetapi wang yang dilesapkan melalui 1MDB masih berada di tangan orang yang diketahui melesapkannya. Jenayah ini masih perlu ditangani melalui proses undang-undang. Dengan perkataan lain, walaupun hutang dibayar oleh Kerajaan, penjenayah yang menghilangkan duit 1MDB tidak terlepas dari dituduh dan dibicara dalam mahkamah.

Soalnya siapa penjenayah itu? setakat tunjuk jari budak kecik pun boleh, bak mailah kertas bukti, itu baru gentle.

17. Pemimpin-pemimpin UMNO perlu sedar akan hakikat ini dan mendesak supaya proses undang-undang dikuatkuasakan. Jika tidak kamu mungkin dianggap sebagai bersubahat dalam perlakuan jenayah ini.
Soalnya nak desak lagu mana? Che Det bagi lah kami bukti jelas bukan kertas kosong kemudian suruh kami isi.

Che Det la nih seperti seorang pelajar yang cemerlang dalam sebuah sekolah, dari pengetua sampai tukang kebun semua puji, adakah sebagai pelajar yang dipuji Che Det boleh langgaq semua peraturan sekolah dengan sesuka hati?, adakah Che Det bebas menconteng dinding toilet?, adakah Che Det bebas pertikaikan arahan pengetua? 

Selama ini Che Det telah di'lambung' dengan macam-macam pujian sampai rasa diri dah macam 'LORD' punya lah respect sampai kami ujudkan Institut Pemikiran Mahathir, mungkin ini puncanya Che Det tidak dapat menghormati pemikiran orang lain sebab diri dah rasa 'MORE THAN LORD'.

No comments:

Post a Comment