Mahathir, Mukhriz Dan Muhyiddin (3M) Mahu Ujudkan Blok Parti Baru?


DEPA KATA -
"Bukti bahawa Majlis Tertinggi UMNO menjadi bongkak dan rakus setelah menang 2 PRK, Belum pernah berlaku mereka yang dipecat hanya kerana menegur salah laku pemimpin, perkara sedang ditertawakan oleh dunia, Majlis Tertingi harus ingat akan 'Bom Jangka' yang akan meledak, Majoriti rakyat Malaysia memandang kemenangan BN dalam 2 PRK sesuatu yang amat mengecewakan, mereka kini menanti PRU 14 untuk meranapkan BN". 
"Najib kini menjadi orang nombor satu paling dibenci di negara ini, rakyat akan bangkit menentang salahguna kuasa secara meluas di negara ini, pengaruh 3M (Muhyiddin, Muhkriz dan Mahathir) akan mengujudkan parti politik baru, UMNO akan dilanda badai ketidak percayaan yang amat dasyat"
“GKCM akan mula bertindak. "  -  Kamarul Azman




Iskkk...!!!


Demikian tadi satu kenyataan dari Gabungan Ketua Cawangan Malaysia(GKCM) yang dikeluarkan setelah tidak dapat menerima keputusan pemecatan Tan Sri Muhyiddin dan Datuk Seri Mukhriz dari parti UMNO, kedua mereka telah menerima ketentuan bahawa hayat mereka bersama UMNO hanya setakat ini sahaja, jika ada jodoh maka bertemulah kembali seperti mana yang berlaku pada Mahathir suatu ketika dahulu.

UMNO tidak bongkak, tetapi depa ini semakin besaq kepala bila turut bersama membantu parti lawan untuk menjatuhkan BN yang mana calon mereka adalah dari UMNO, adakah ini tidak dikira sebagai pengkhianat kepada parti, bagaimana seorang yang khinat kepada parti boleh terus diterima sebagai pemimpin dan ahli parti? agak-agak kalau ada ahli dari GKCM yang khianat kepada perjuangan team mereka mahukah mereka ini di terima sebagai ahli? Hang sembang apa Kamarul?.

Ada bom jangka? tak pa sejak zaman Tunku Abdul Rahman lagi bom jangka ini dok ada, paling kuat masa zaman Mahathir jadi Perdana Menteri, cuba tanya berapa ramai kena pecat, kena tangkap, 'kena' letak jawatan dan tidak kurang yang terpaksa keluar parti dan buat parti politik baru, letak jawatan Menteri sebab tak suka Mahathir dan yang paling parah UMNO kena haram, ini semua berlaku zaman Mahathir, apa bom ini tak jadi meletupkah sahingga kini UMNO masih steady?, atau bom dah meletup tapi tak cukup kuat untuk hancurkan UMNO sebab basah kena curahan air mata pejuang setia UMNO.

Paling hebat ketika isu pemecatan Anwar Ibrahim, UMNO hilang 5 negeri dan 1 Wilayah Persekutuan, tapi UMNO kekal berkuasa, krisis melayu yang mendapat perhatian dunia, dunia masuk campor dalam pengurusan negara sahingga Naib Presiden Amerika Syarikat, Albert Arnold "Al" Gore Jr @ Al Gore menghina Mahathir didalam satu majlis makan malam di dalam negara ini, serta membuat kenyataan menyokong gerakan 'reformasi' tajaan Anwar Ibrahim.

Tidak cukup hebatkan UMNO ketika itu? cuma sayangnya UMNO ada orang seperti puak-puak bekas ketua Cawangan seperti kumpulan GKCM sahaja yang nampak UMNO akan meledak dengan bom jangka tersebut, ala!!, setakat bekas ketua cawangan apa barang, UMNO ada beribu ketua cawangan, berapa orang bekas ketua cawangan yang dok ada dalam GKCM tu?.

Rakyat kecewa dengan kemenangan di dua PRK? habis tu yang sambut kemenangan tu bukan rakyatlah ya? mungkin jin dan afrid kot yang raikan, kalau marah pun jangan sampai menampakan kebodohan, Kalau Mahathir, Muhyiddin dan Mukhriz nak buka parti politik baru pun apa ada isunya? itu adalah yang lebih baik menyatakan secara terang-terang bukan guna sokongan UMNO, ikut keberanian Anwar Ibrahim kena pecat dari UMNO ujud parti Keadilan.

Bukan dah keluar UMNO tapi masih terhegeh-hegeh dengan nama UMNO, contoh dah ada 'Gabungan Bekas Ketua Cawangan UMNO' tak malukah guna jenama UMNO?.

Bekas ketua cawangan nak bertindak?, ha ha ha, kena cermin muka dulu, masa pegang jawatan dalam UMNO apa sumbangan bakti kepada cawangan, cuba habaq mai, kalau setakat buat pertandingan bola sepak 7 sebelah usah dok sembanglah.

Kita tunggu la petang ini Muhyiddin dan Mukhriz ada buat sidang media, kot-kot depa nak umumkan keujudan parti baru, kena ingat juga, Pagoh dan Ayaq Hitam beri sokongan padu ka pada mereka berdua? ada macam sokongan seperti mana Permatang Pauh semasa kena pecat?

Mahathir nak lead parti baru? bertanding sebagai perwakilan Umno bahagian Kubang Pasu pun dia kalah, masa jadi Presiden dan Perdana Menteri boleh la masa tu dia ada kuasa penentu dan kuasa kewangan, jangan marahkan Najib yang berpegang pada 'Cash is King', Najib habaq awai-awai dah, tapi Mahahtir diam-diam bodohkan rakyat sampai rakyat nampak Mahathir macam malaikat.

GKCM nak bertindak? sampai hari ini pun belum ada rusuhan baik di bangunan PWTC, KLCC, Daya Bumi, Dataran Merdeka atau Masjid Negara, tidak ada rusuhan berlaku di Ayer Hitam Kedah, atau Paguh di Johor, semuanya dalam keadaan aman, cuma GKCM ja yang kalut.

No comments:

Post a Comment