Bila Najib Hina Mahathir?


DEPA KATA“Kita tak boleh buat apa, mereka berkuasa sangat, serah saja kepada Allah. Mungkin ada hikmah di sebalik sesuatu yang berlaku. 
 “Saya tahu suami saya (Dr Mahathir) kecewa dan sedih jadi tunggu saja, serah kepada Allah. Tak pe lah.. orang tu terlalu berkuasa, kita tak boleh buat apa”. 
 “Sebagai isteri kepada Mahathir, saya mengaku serangan dan perbuatan mereka terhadap beliau sangat memberi kesan tapi saya tak tunjuk, tak nak beliau bertambah risau”. 
 “Sebab itu saya memilih untuk sentiasa bersamanya setiap masa dan menghormati perjuangannya yang masih belum selesai”. 
 “Kadang-kadang saya kasihan mengenangkan nasib beliau yang diperlakukan sedemikian rupa”.



 “Keluarga kami sangat rapat, ayah Najib, Tun Razak itu belajar satu sekolah dengan abang saya di Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK), jadi kami dah lama kena”. 
 “Tapi dengan apa yang terjadi akhir-akhir ini, benar-benar membuatkan saya sedih. Malah saya sendiri berkawan rapat dengan Tun Suhailah dan juga Tun Rahah”. 
 “Cara dan tindakan Najib terhadap Mahathir itu kelihatan sangat tidak baik, saya dapat rasakan perasaan suami saya tapi apa boleh buat”.
 “Kepada anak-anak, saya cuma nasihatkan mereka sekiranya terjun ke bidang politik, perkara utama yang perlu dilakukan ialah berhati-hati dan menyantuni rakyat di peringkat akar umbi kerana dari situlah seseorang pemimpin politik mendapat sokongan”.  -  Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali 



Iskkk...!!!

Sebak ja Chek baca nukilan Tun Siti Hasmah kononnya Perdana Menteri sedang menghina Mahathir suami dia.

Kalau orang tak ikut perkembangan atau pun dah jadi totok Mahathir mesti depa nampak Najib biadap maka akan berlaku kejadian seriau ayaq mata membaca rintihan jiwa Tun Siti Hasmah, almaklumlah orang yang paling rapat dengan Mahathir.

Tapi pernahkah Tun Siti terpikiaq apa pula perasaan isteri Dato Seri Najib, Datin Seri Rosmah? Bonda Najib, Tun Rahah, anak-anak dan kaum kerabat yang hari hari membaca celoteh suami Tun Siti yang dok kata macam-macam pula kat Najib, bukan itu saja, habis satu keluarga Najib, Mahathir kata yang bukan-bukan termasuk menuduh tanpa bukti nyata dan berunsur fitnah, senang nak selamat kata dia jawab "saya tak ada bukti tapi orang dok kata" 

Tun Siti ungkit soal hubungan kekeluargaan yang rapat antara keluarga Tun Siti dengan keluarga Najib. Tapi apa yang dilakukan oleh suami Tun Siti selama ini adakah ianya menunjukkan sifat seorang yang mengeratkan hubungan silaturahim?. 

Ni! nak habaq, saja nak ingatkan sejarah, sebab Mahathir ini cepat lupa, dalam satu majlis di Pasir Gudang dalam bulan Ogos tahun 2015, Mahathir tanpa rasa malu sebagai seorang negarawan dan tanpa rasa bersalah dia merujuk Najib sebagai bangsat, tak cukup dengan itu di Kuala Lumpur merujuk pula Najib sebagai Najis, adakah Tun Siti rasa ini bukan satu penghinaan, bukan sahaja kepada keluarga Najib malah seluruh rakyat Malaysia bila Perdana Menterinya kena hina lagu tu.

Jika dulu pembangkang tuduh Mahathir sebagai firaun, apa perasaan Tun Siti? tapi itu pembangkang, ini Tun Siti dok kata keluarga rapat, lagu tu ka keluarga rapat sampai sanggup gelar Najib sebagai Idi Amin (pemimpin diktator di Uganda yang paling zalim), tang mana yang Najib zalim?.

Apakah perasaan Tun Rahah sebagai seorang ibu dan Datin Seri Rosmah sebagai isteri Najib apabila mendengar kata-kata yang dilemparkan oleh suami Tun Siti? tidakkah Tun Siti terasa apabila anak-anak Tun Siti diperkatakan orang, ka Tun Siti boleh kata 'tak pa'.

Pelbagai penghinaan yang suami Tun Siti lempaq kepada Najib seolah Najib itu seperti kain buruk Mahathir lakukan, jika Tun Siti tidak pelupa pasti Tun Siti ingat apa yang berlaku bila ada orang yang mengancam kedudukan Mahathir masa berkuasa dulu, dimana tempat mereka?.

Jika dinilai secara peribadi, Najib lebih berjiwa pemimpin dari Mahathir suami Tun Siti, cuba habaq mai bila masanya Najib hina suami Tun Siti? cuba bagi satu contoh, bayangkan suami Tun Siti hina Perdana Menteri yang di pilih oleh rakyat walaupun suami Tun Siti yang mendapat nama, kononnya dia yang pilih dan lantik Najib untuk jadi Perdana Menteri, tak pa yang tu..dah memang kelaku dia gila nama.

Tun Siti mungkin selalu berada bersama suami ketika suami Tun Siti berceramah, tetapi Tun Siti tak pernah dengaq pun yang suami Tun Siti dok membebel sama ada terlelap atau dok pikiaq nak lena, itu sebab Tun Siti tidak sedar yang suami Tun Siti menfitnah Dato' Seri Najib dan Datin Seri Rosmah.

Jadi sila lah Tun Siti nyatakan kebenaran tuduhan Tun Siti terhadap Najib, bila Dato' Seri Najib menghina Mahathir?.

No comments:

Post a Comment