Depa kata.., "Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) berasa kesal dan kecewa dengan tindakan kerajaan yang ingin merobohkan bangunan Bukit Bintang Plaza (BB Plaza) bagi memberi laluan kepada projek pembinaan stesen MRT.BB Plaza merupakan aset kepada UDA Holding yang rata-ratanya mempunyai 60 peratus penyewa di kalangan orang Melayu.Perobohan bangunan BB Plaza ini, bagaikan menabur pasir ke dalam periuk nasi para peniaga Melayu/Bumiputera di sini".

Depa kata..., "Kejayaan seorang lelaki adalah kerana wanita di belakangnya, tetapi kejatuhan seorang lelaki juga adalah kerana wanita.  Mungkinkah Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim akan jatuh kerana wanita yang bernama Faekah, iaitu Setiausaha Politiknya"

Depa kata.., "Skandal penyalahgunaan kuasa membabitkan Setiausaha Politik Menteri Besar, Faekah Husin nampaknya benar-benar merosakkan reputasi kerajaan negeri Selangor, Sepatutnya Fekah menafikan dan bukan mengakui bagi menyelamatkan imej Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat dan Anwar Ibrahim, oleh itu beliau di paksa meletak jawatan"

Depa kata..., " Anwar akan tampil menjelaskan isu Zaliah Zakaria (wanita misteri yang dikaitkan dengan beliau) Tetapi sahingga kini tiada satu pun laporan polis dari Anwar sebagai persediaan, Sedangkan ramai yang merasakan Anwar perlu membuat laporan polis bagi memastikan imej dan intergriti beliau sebagai pemimpin Islam yang adil dan pejuang anti korupsi akan terpelihara dengan baik".  

Depa kata.., " Anwar kini hanya punching bag kepada PAS sebagai tempat melepaskan kekecewaan mereka kerana tidak berpuas hati dengan tindak tanduk Anwar yang menyusun atur gerakan dan pengurusan PAS, seolah olah saperti PAS ini tidak pandai berpolitik dan tidak pandai dari segala segi ibarat kata saperti Lembu yang di cucuk hidung sahaja."

Depa kata.., " Khatib yang didakwa mendoakan supaya kerajaan digulingkan dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang ketika menyampaikan khutbah di sebuah masjid Jumaat lalu, menegaskan doanya itu ditujukan kepada pemimpin zalim dan rasuah, doa yang dibaca itu adalah umum dan tidak ditujukan kepada mana-mana parti atau kerajaan,tak sebut pun nak jatuhkan kerajaan BN (Barisan Nasional) atau PR (Pakatan Rakyat). Kenapa individu berkenaan perlu terasa hati?"

Depa kata..., "Keretakan yang begitu banyak berlaku dalam PKR kebelakangan ini, dikatkan dengan ‘kuasa wanita’. Dan wanita yang di maksudkan itu ialah Presiden PKR,Wan Azizah Ismail. Wan Azizah dilaporkan tidak berapa senang dengan banyak tindakan Timbalannya, Azmin Ali kebelakangan ini yang sedikit sebanyak mengatasinya sebagai Presiden parti."

Depa kata..,"Kisah mengenai video yang berada dalam tangan Perisikan Singapura, yang menunjukkan Anwar melakukan hubungan homoseksual dengan seorang lelaki kacak, telah dibangkitkan kembali dan rancak dibincangkan di internet.  Benar, bahawa kisah ini dibangkitkan kembali mungkin kerana pilihanraya semakin hampir, tetapi itu tidak bermakna yang kisah ini telah ‘basi’ atau tidak benar sama sekali". 

Depa kata..., " Tamrin Ghafar mengajak rakyat negara ini menghijaukan Malaysia kerana warna merah dan lumpuh.  Marilah kita hijaukan Malaysia dengan kasih sayang, niat suci dan bertekad akan jatuhkan Umno dan BN pada pilihanraya umum ke 13, Saya masih Umno tapi Umno saya dah makin hilang, "

Depa kata..., "Menteri menteri di Malaysia ini beruntung kerana rakyatnya bukan jenis memberontak saperti di  Thailand atau Indon. Kalau rakyat Malaysia berani bertindak saperti tu,dah lama agaknya menteri menteri ini kena pasung..."

Depa kata..., "Nasib baik Anwar membawa keluar RM3 biliion yang heboh di katakan sekarang, Tindakan  Anwar ketika itu adalah untuk menyelamatkan ekonomi Malaysia dari krisis matawang serantau yang melanda negara pada ketika itu (1997-1998) dan dihentikan penggunaannya oleh Bank Negara Malaysia pada akhir 1990-an. Ramai yang tahu sumber 3 bilion itu datangnya dari not RM500 dan RM1000."

Depa kata..., "Anwar mencabar MP BN untuk membangkitkan isu tuduhan kononnya beliau menyorokkan RM3 bilion, didalam sidang Parlimen".

Depa kata..., "Seorang pegawai khas merangkap pemandu kepada seorang YB di Kedah telah membuat pengakuan, bahawa beliau sudah berkahwin drngan YB tersebut pada awal bulan Jun 2012 di Jeneri, Sik. Beliau mengakui mendapat kebenaran isteri pertama dan berkata semua ini adalah kehendak Allah serta qada & qadar." 

Depa kata..., "Sebanyak 6 laporan polis telah di buat terhadap seorang ahli/penyokong PAS yang juga merupakan seorang Imam Masjid berhubung dengan kes Liwat @ main ikut bontot. Kejadian dikatakan berlaku pada awal tahun 2010. Perlakuan sering berlaku di sebuah rumah milik ahli Pas tersebut, selain turut berlaku di rumah pengadu dan juga di dalam kereta. Reaksi penduduk kampong (waris mangsa) mengatakan pihak polis tak bertindak terhadap kes tsebut. Mereka kini mendesak polis untuk ambil tindakan segera kerana boleh mencemar nama penjawat imam. Setakat ini, 6 laporan polis telah dbuat. Ada di antara pengadu yang telah menarik balik report kerana diugut oleh orang yang  tidak dikenali.."

Depa kata..., "Dato zulkafli mohamad CEO SACC ( Bekas CEO Menara KL  Dan bekas pengurus besar pelancongan menteri besar Melaka ) rupa-rupanya adalah tali barut Terasa Kok,dalam diam diam.rupa rupanya nak menhancukan seorang melayu yang menjadi Presiden Malaysia Hotel Association.Sila lihat twiter Terasa Kok memuji Dato Zulkafli Mohamad."

Depa kata..., "Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. Wan Azizah digesa tampil membuat kenyataan rasmi berhubung tuduhan salah laku moral suaminya iaitu Penasihat PKR, Anwar Ibrahim yang dikatakan mempunyai hubungan sulit dengan isteri Timbalan Presiden parti itu, Shamsidar Taharin."

Depa kata..., "Suhakam sedang mengkaji kesahihan nota mengenai dakwaan penyeksaan yang dilakukan terhadap tahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).Antara isi kandungan nota tersebut adalah penyeksaan yang dilakukan oleh kakitangan kem berkenaan yang bertindak menyeksa tahanan ala Guantanamo seperti dipaksa menanggalkan pakaian sehingga hanya memakai pakaian dalam, dan digantung terbalik daripada satu mesin yang bergerak mengelilingi satu bilik penyeksaan khas yang disyaki terletak di Bukit Aman. Selain itu tahanan turut dilumur minyak panas di kemaluan dan dipaksa berbogel serta melakukan ketuk ketampi selama beberapa jam untuk tempoh sehingga 60 hari."

Depa kata..., "Umno dan BN yang kini sedang kelemasan untuk mendapat sokongan rakyat bagi memenagi pilihan raya 13 nanti telah terpaksa menggunakan khidmat ulama luar setelah ulama dalam tidak boleh pakai, ‘Seminar Feqh Mentaati Pemimpin’ telah merumuskan wajib rakyat negara ini mentaati dan menyokong kerajaan BN pada hari ini, Apakah ulama  ini mengetahui kepincangan dalam pilihan raya di negara ini?".

Depa kata.., "Sekumpuan Ahli DAP kaum India mendakwa mereka telah dihina oleh ADUN Skudai, Mereka juga kata ADUN Skudai tidak perlukan undi kaum India untuk menang di Johor"

Depa kata..., " YB Zulkifli Nordin harus di panggil untuk di siasat berhubung isu pendedahannya tempohari berkenaan yang dia diarah Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim untuk mereka-reka cerita mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam soal pembunuhan Altantunya?  Termasuk menyediakan Akuan Bersumpah (statutory declaration) palsu untuk mengaitkan Najib"

Depa kata..., "DAP pernah menderhaka kepada sultan Perak apa bila mengancam untuk memulaukan majlis angkat sumpah ADUN, ini kerana wakil mereka tidak dilantik menjadi Menteri Besar Perak walaupun DAP menang banyak kerusi di Perak dalam PRU 2008, Kerana undang undang tubuh negeri Perak hanya menghendaki orang Melayu sahaja yang boleh memegang jawatan Menteri Besar Negeri Perak"

Nurul Izzah kata..,  "Projek sistem baru kawalan trafik yang mengancam ruang udara negara diberi kepada keluarga menteri. Ikhwan Hafiz Jamaluddin iaitu ahli keluarga bekas Menteri sebagai Pengarah Tirai Variasi Sdn Bhd Advanced Air Traffic System (M) Sdn Bhd."

Anwar kata..., " Najib, dengar abang Anwar cakap. Kamu boleh tipu, guna warga asing sebagai pengundi, tetapi kena ingat, kuasa rakyat itu dengan izin Allah boleh mengatasi perencanaan jahat kamu,” 

Depa kata..., " Kementerian dalam Negeri dan Polis harus mengambil tindakan terhadap YB Datuk Zulkifli Nordin kerana membuat pengakuan bahawa dialah yang telah mereka cipta bukti penglibatan Perdana Menteri Najib dalam pembunuhan model Mongolia, Altantunya Shaaribuu atas arahan Anwar Ibrahim"

Depa kata..., " Najib Tun Razak dicabar segerakan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) kerana Pakatan Rakyat (PR) sudah bersedia dari tahun lalu lagi untuk PRU13," 

Datuk Dr Mahfodz Mohamed kata...., "Pas akan mengalami kerugian besar sekiranya tidak bersama DAP dan PKR disebabkan mereka mempunyai pemahaman politik yang sama".

Nasrudin kata..., " Kalau PRU13 dibuat pada musim haji, sudah pastinya calon, wakil calon, pencadang dan penyokong di seluruh negara bagi peringkat calon parlimen dan Dun tidak boleh mengerjakan haji. Habis tu, kalau pergi haji juga... Nak bagi Umno menang percuma? Supaya banyak lagi rasuah, salah guna kuasa dan mungkar berlaku dalam negara kita? No way man!”
Depa kata.., "Datuk Seri Najib akan dipertanggungjawab ke atas dosa umat Islam di Malaysia sekiranya pilihanraya umum ke 13 diadakan pada musim haji tahun ini, Kalau betul PRU13 akan di musim haji untuk kemenangan BN, Najib yang perlu menanggung dosa umat Islam yang menangguhkan ibadah haji untuk PRU13."
Depa kata.., " Sebidang tanah di Lot 305 Seksyen 1 Bandar Tumpat merupakan tanah rizab Melayu, tetapi anehnya mengapa pula dalam geran tertera nama bekas pemimpin BN, Dato’ Foo Chow Yong".

Che Det kata..., "Apabila rakyat fikir hanya kebebasan dalam demokrasi dan tidak tahu tentang tanggungjawab yang tersirat, maka demokrasi tidak akan memberi manfaat seperti yang dijanjikan. Sebaliknya, ia akan menyebabkan ketidakstabilan yang menyekat pembangunan, Ada negara yang tidak mampu untuk maju kerana terlalu banyak demokrasi, Demokrasi adalah ‘jalan mudah’ untuk mengubah kerajaan. Tiada revolusi, tiada perang saudara. Hanya mengundi dan kerajaan akan akan diturunkan atau dilantik semula menuruk pilihan rakyat. Di Malaysia, calon-calon daripada parti pembangkang boleh menang dan telah menawan banyak kerajaan negeri. Jika rakyat mahu, mereka boleh ‘menumbangkan’ parti pemerintah di bawah sistem pilihan raya yang ada sekarang."

Aisyah kata..., "Jika Ditakdirkan saya menjadi wakil rakyat selepas PRU nanti, Saya akan berkhidmat untuk rakyat sebaik mungkin, dengar rintihan dan masalah mereka. Yang penting ialah 'to give the people what they realy need' (memberi bantuan kepada yang memerlukan)."

Azmin Ali kata.., "“Bagaimanapun tarikh pilihan raya di tentukan oleh bomoh, ini demokrasi apa?  Kita (pembangkang) hanya diberi tempoh seminggu untuk berkempen. Hanya tiga orang yang tahu tarikh PRU ke-13, yang pertama Rosmah , Najib  dan ketiga mungkin bomoh Najib,”

Azmin Ali kata.., "Kita juga tidak mahu Umno teruskan budaya samseng seperti yang dilakukan sebelum ini dan Najib perlu bertanggungjawab membuat kenyataan terbuka bahawa Umno sedia terima kekalahandan hormati keputusan rakyat".
Depa kata.., " kami tak ada apa nak kata.."

Depa kata..., "Berkerjasama dengan orang bukan islam untuk mencapai perkara yang menjadi maslahah bersama sesama manusia (kesejahteraan hidup duniawi, keadilan, membenteras kezaliman, penyelewengan, rasuah, menjamin kehidupan rakyat yang lebih baik dan sebagainya) tanpa melanggar mana-mana hukum-hakam syariat, hukumnya adalah harus-"

Depa kata.., "Kontroversi PTPTN kali ini adalah pertembungan antara Muhyiddin dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam Umno, di mana kedua-duanya mempunyai keperluan berbeza untuk kekal hidup di dunia politik. Sekiranya Najib berjaya memenangi dua pertiga semula, Muhyiddin dijangka akan menghadapi kesukaran mempertahankan kedudukannya pada pemilihan Umno yang bakal berlangsung tahun ini dan digantikan dengan sepupu Najib, Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang juga Naib Presiden Umno".

Depa kata.., " Kerajaan negeri (Selangor) akan membantu UNISEL mengapungkan hartanah mereka dipasaran untuk mendapatkan wang tunai. Dianggarkan sejumlah RM30 juta boleh diperolehi hasil dari usaha ini. Sebahagian wang ini akan digunakan untuk membantu pelajar-pelajar yang teraniayai akibat dari tindakan kerajaan BN membekukan PTPTN.".

Depa kata.., " Tun Dr Mahathir ada menyebut jika PR tidak dapat mengambil alih kerajaan dalam Plihan Raya Umum (PRU) ke 13, maka akan tercetuslah kekecohan dan suasana tidak aman. Ia kenyataan amat tidak berasas sama sekali dan satu cara yang dirancang oleh pemimpin Umno untuk mengaburi pemikiran rakyat khususnya orang Melayu untuk berprasangka buruk terhadap PR, PR tidak mungkin menimbulkan kekacauan kerana lebih maklum soal demokrasi yang diamalkan".

Depa kata.., "PAP pernah meletakkan calonnya menentang parti Perikatan pada pilihanraya Umum 1964, Devan Nair yang memenangi kerusi Parlimen Bangsar cuba menghidupkan PAP yang baru mengantikan PAP asal Lee Kuan Yew,oleh kerana nama parti tersebut menyamai nama parti lain maka Devan Nair mengunakan nama baru "Parti Tindakan Demokratik" atau DAP", 

Depa kata.., “Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor menasihatkan Umno dan Barisan Nasional supaya berubah kepada politik yang lebih matang dan berhemah serta meninggalkan budaya politik dendam dan fitnah kerana ianya tidak membawa kebaikan kepada pembangunan masyarakat yang bertamadun."

Depa kata.., “Sepatutnya soal pendidikan tidak perlu dipolitikkan kerana mereka yang belajar di Universiti Selangor (Unisel) datang daripada berbagai latar belakang, majoritinya adalah orang Melayu, Semua tindakan ini penanda aras kerajaan BN berada di penghujung hayat, insya Allah tindakan terbaru ini mempercepatkan kejatuhan kerajaan BN."

Depa kata.., "Dalam pada pembangkang mempertikaikan ketelusan dan keberkesanan SPR dalam menguruskan daftar pengundi pilihanraya, Anwar pula meramalkan kemenangan bakal menjadi miliknya".

Depa kata..., " SUARAM percaya terdapat sesuatu yang lebih besar di sebalik pembunuhan Altantuya dan ianya ialah persoalan tentang sekurang-kurangnya RM500 million komisen di atas RM7 billion pembelian kapal selam scorpene. Secara tidak langsung menuduh bahawa kerajaan atau Perdana Menteri terlibat dalam rasuah dan juga pembunuhan.   SUARAM juga membuat beberapa kenyataan lanjutan dan berterusan membayangkan bahawa kes ini kini sedang dibicarakan di mahkamah Perancis".

Depa kata.., "Kira-kira 300 wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mengadakan demonstrasi di hadapan pejabat Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kota Darulnaim di sini bagi mendesak Kerajaan Kelantan melaksanakan segera projek-projek yang dijanjikan kepada rakyat tetapi belum ditunaikan."

Depa kata..., "Kerajaan Persekutuan tidak ada hak untuk menyekat permohonan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) pelajar-pelajar baru yang akan mendaftar di Universiti Selangor (Unisel)."

Depa kata.., " Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamudin Husein tidak wajar melancarkan perang video tetapi sewajarnya membubarkan Panel Hanif selepas dua anggotanya meletakkan jawatan. Langkah ini perlu dibuat Hishamudin selepas perletakan jawatan bekas Ketua Hakim Sabah dan Sarawak Tan Sri Steve Shim dan Pengurus Besar Hal Ehwal Korporat Petronas Datuk Medan Abdullah yang telah menarik diri daripada keahlian panel itu.,” 

Depa kata.., " Kenyataan Senator John McCain dari Amerika Syarikat kononnya Malaysia negara Islam contoh di mata dunia, disifatkan seumpama membiar harimau menjadi gembala kambing. Semua orang tahu Amerika Syarikat bermusuh dengan umat Islam sejak sekian lama, bagaimanapun pula mereka boleh mengatakan Malaysia negara Islam contoh. Samalah seperti membiarkan harimau menjadi gembala kambing. Kita malu dengan kenyataan seperti itu,” 

Depa kata.., "Pakatan Rakyat (PR) melihat kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) penentu hidup mati Barisan Nasional (BN) dengan sendirinya menggambarkan ia semakin kurang sokongan dan peluang untuk mendapatkan semula negeri-negeri di bawah perikatan itu agak mustahil ".

Depa kata..," Tak pernah dalam sejarah seorang pemimpin Umno bercakap soal politik dalam perasmian Tilawah Al-Quran, yang dengan jelas mengutuk perhimpunan Bersih 3.0 dan menyifatkan ia adalah perhimpunan haram yang menjejaskan nama negara dan hubungan baik dengan kerajaan Arab Saudi."

Depa kata.., "Seorang bekas Penolong Gabenor Bank Negara didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tuduhan menerima rasuah RM100,000 daripada orang tengah untuk mendapatkan kontrak mencetak wang polimer. Difahamkan pihak berkuasa Australia akan mendakwa enam individu dari dua syarikat itu- Securency International dan Note Printing berhubung skandal itu hari ini. Manakala Akhbar The Age sebelum ini pernah mengheret nama sepupu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga adik Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein, Haris onn Hussien. Securency mengupah Liberal Technology dimiliki Haris, pemegang saham terbesar dalam firma itu sebagai agen bagi memenangi kontrak mencetak mata wang berkenaan."