Kena Kat Batang Sendiri Mai Meroyan

DEPA KATA -
Ini adalah masa untuk rakyat Malaysia bangkit tanpa mengira bangsa, agama, kawasan atau fahaman politik untuk 'Selamatkan Malaysia' daripada menjadi sebuah negara gagal dan kerajaan penyangak - Lim Kit Siang


Yeaaa... Guang Eng Kena Tangkap Dengan SPRM



DEPA KATA -
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah melaksanakan tangkapan ke atas Ketua Menteri Pulau Pinang, YB Lim Guan Eng dan ahli perniagaan wanita, Phang Li Khoon setelah mendapat arahan dari Pejabat Peguam Negara untuk menuduh mereka di mahkamah esok. 
Guan Eng telah ditahan di pejabatnya di Tingkat 28 Bangunan Komtar pada pukul 5.45 petang sementara Li Khoon ditahan pada pukul 4.15 petang di pejabatnya di Tingkat 6, Penang Garden, hari ini. 

Mahathir, Mukhriz Dan Muhyiddin (3M) Mahu Ujudkan Blok Parti Baru?


DEPA KATA -
"Bukti bahawa Majlis Tertinggi UMNO menjadi bongkak dan rakus setelah menang 2 PRK, Belum pernah berlaku mereka yang dipecat hanya kerana menegur salah laku pemimpin, perkara sedang ditertawakan oleh dunia, Majlis Tertingi harus ingat akan 'Bom Jangka' yang akan meledak, Majoriti rakyat Malaysia memandang kemenangan BN dalam 2 PRK sesuatu yang amat mengecewakan, mereka kini menanti PRU 14 untuk meranapkan BN". 
"Najib kini menjadi orang nombor satu paling dibenci di negara ini, rakyat akan bangkit menentang salahguna kuasa secara meluas di negara ini, pengaruh 3M (Muhyiddin, Muhkriz dan Mahathir) akan mengujudkan parti politik baru, UMNO akan dilanda badai ketidak percayaan yang amat dasyat"
“GKCM akan mula bertindak. "  -  Kamarul Azman


Semoga Allah Beri Kesempatan Kepada Mahathir.



DEPA KATA -
"Saya tidak mungkin sokong perbuatan salah guna kuasa seperti menubuh dana kekayaan negara dengan berhutang; pengurusan dana ini sehingga rugi berbillion-billion; pembelian oleh 1MDB tanah Kerajaan bernilai 3000 RM pada harga RM 60 skp; Penglibatan Jho Low dalam pengurusan 1MDB; pemindahan bermillion dollar Amerika kepada syarikat milik Jho Low; pengakuan Najib bahawa adalah benar wang sebanyak 2.6 billion Ringgit ada dalam akaun peribadinya; kegagalan Najib menjelas dari mana datangnya wang ini; kehilangan berbillion Ringgit wang 1MDB; pemindahan beban bayaran hutang 1MDB kepada Kerajaan". - Che Det

Pas Akan Keluar Dari Kerajaan Selangor


DEPA KATA -
PAS akan keluar dari kerajaan negeri Selangor jika kalah dalam PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar. 
Kemungkinan PAS akan mengadakan mesyuarat di peringkat negeri bagi mempertimbangkan kemungkinan untuk keluar dari kerajaan Selangor dan sekaligus membentuk blok pembangkang baru di Selangor bersama-sama ADUN BN dan dua ADUN bebas. 
4 orang Exco PAS yang masih berada didalam kerajaan Selangor akan mengemaskan meja pejabat masing-masing bagi memenuhi tuntutan kepimpinan PAS kerana Azmin selaku Menteri Besar Selangor tidak lagi menganggap PAS sebagai rakan sekutu dalam kerajaannya.

Tahniah Barisan Nasional

DEPA KATA ...Tahniah kedua Calon Barisan Nasional..


Mahathir Hanya Sampah Yang Layu Ditasik Madu

DEPA KATA - 

Kemenangan Barisan Nasional (BN) di pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar, bukti penerimaan rakyat terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak.
BN adalah satu formula politik untuk rakyat Malaysia keseluruhannya secara konsisten, dan inilah perkara yang gagal disaingi oleh calon-calon dari parti lain. 
Kemenangan ini juga merupakan isyarat rakyat mahu terus bergerak maju di bawah kepimpinan Barisan Nasional.


Najib Seperti Kadok Naik Junjung.

DEPA KATA -

Ucapan Perdana Menteri Dato Seri Najib Tun Razak adalah ucapan paling angkuh dan sombong semasa perasmian Proton Perdana Vesi ke Empat.
Orang lain dan berpuluh tahun "randuk acar dan parit" dalam Proton , dia ni senang-senang saja langkah masuk dan terus kritik walaupun sekupang pun tak pernah memberi sumbangan idea apa-apa sebelum ini. Betul-betul ibarat "Kadok Naik Junjung". 
Rakyat marah bila dia mengambil kesempatan sebagai PM untuk mengutuk dan menghina seorang PENGASAS sedangkan kita itu hanya "budak hingusan" dalam industri berkenaan. Tunjuklah sedikit 'decorum' dalam bahasa dan sikap, kalau tak mampu berkematangan dan beradab sekali pun.  
Rakyat sedang memerhati tingkah-laku, bahasa dan adab, kematangan dalam pemikiran dan tindakan serta sensitiviti dalam berinteraksi di khalayak ramai, Ingat, PRU 14 sudah makin dekat.

Blogger Kata Naib Ketua Puteri UMNO Bodoh Tahap Gaban

DEPA KATA -
"Ini nama bodohnya tahap gaban@penghujung, rumah terbakar bagi basikal, atau rumah dia terbakar kecil tetapi basikal ikut terbakar. Jika dia bagi peralatan dapor bukan lebih baik, saperti pinggan mangkok, tak kreatif langsung. kerana yang memberi itu pu3". Zaharin Mohd. Yasin


Mahathir Sembunyi Jongkong Emas?


DEPA KATA -

Mahathir Ada Sembunyikan Jongkong Emas Di Itali.
“Jongkong emas di Itali apa jadi wahai Dr Mahathir bin Mohamad? Mengapa simpan di Itali, apa niat awak bawa keluar kekayaan negara?”  
Dokumen berkaitan kewujudan jongkong emas itu akan diterima dan didedahkan tidak lama lagi. 

SHIT Mahathir Tidak Terhapus Walau Menyokong PAN



DEPA KATA -
Mahathir mengisytiharkan sokongannya kepada Parti Amanah Negara dalam pilihan raya kecil (PRK) Sungai Besar.
Tindakan diambil setelah Azhar Abdul Shukur menandatangani Deklarasi Rakyat untuk menyokong gesaan pengunduran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. 
Mahathir bukan lagi ahli mana-mana parti, maka itu beliau datang untuk menyokong ahli PAN yang menandatangani Deklarasi Rakyat untuk menyingkirkan Najib.


Untuk Kaya Dalam Politik Kena Kuat Bohong?

DEPA KATA - Anda tidak mungkin jadi kaya-raya dalam Politik melainkan anda seorang penipu, penyamun, perasuah dan pencuri. 
"You can't get rich in politics unless you're a crook" - Harry S Truman 





Mahathir Lebih Lama Kenal Lim Kit Siang

DEPA KATA - 
Orang paling lama kenal Lim Kit Siang ialah Tun Mahathir Mohamad.
Jadi Tun Mahathir dan Saya adalah paling lama kenal Lim Kit Siang. 
Saya bangga kerana apa yang Lim Kit Siang tulis itu banyak yang kita dapat pelajari daripadanya, tapi kita tak bolehlah habaq yang kita belajaq kat dia. 
Selama Tun Mahathir jadi Perdana Menteri tidak pernah berbohong sebagaimana Najib dok berbohong sekarang.

DAP akan sambut kemenangan PAN dengan Arak

DEPA KATA -
Joceline Tan dalam tulisannya bertajuk ‘Tough decisions in the rice bowl town of Sekinchan’ yang disiarkan di media liberal The Star hari ini, menyebut bahawa Ng telah berkata, jika PAN menang di Sungai Besar, kemenangan itu akan diraikan dengan Carlsberg, Tiger atau kau (black dog atau Guinness Stout).
“Ketika dulu pemimpin DAP memujuk Cina untuk menyokong PAS dan kini mereka terpaksa meminta Cina untuk menyokong PAN pula. 
DAP akan meraikan calon PAN, Azhar Abdul Shukur dengan arak sekiranya berjaya memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar. 
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Sekinchan, Ng Suee Lim berkata dalam satu ceramah kempennya sebagai pujukan kepada pengundi Cina supaya mengundi calon PAN.

Kempen DAP Untuk Calon PAN Kira Masuk Kiri Keluar Kanan


DEPA KATA - Ramai pakar-pakar terdiri dari ahli pemikir dan ahli strategi dari DAP yang bergabung dengan pakar-pakar dari PAN dalam memberi bantuan untuk calon PAN di kedua-dua PRK Sungai Besar dan juga Kuala Kangsar yang turun membantu berkempen. 
Ini termasuk Syefura Othman atau Rara yang dulu sering berganding dengan Deyana yang kalah dalam PRK Telok Intan tahun lalu. 
Ramai yang mengatakan Rara akan mendapat sokongan padu apabila beliau turun berkempen, bukan sahaja kepetahan bercakap, lawa dan bergaya, kehadiran Rara dikatakan mampu memukau orang ramai untuk hadir mendengar celotehnya, seperti mana yang berlaku pada Nurul Ezzah yang di gelar 'Putri Reformasi' satu ketika dahulu.


Barisan Nasional Jangan Kenyang Perut Sangat.

DEPA KATA - Pertandingan antara parti politik dalam pilihan raya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar sebagai pertandingan sesama parti serpihan dan Barisan Nasional boleh berlengang kangkong.
Pencabaran diantara PAS dan PAN sudah pasti memudahkan jentera Barisan Nasional yang tidak perlu bekerja keras kerana kedua parti berkenaan akan cuba melemahkan diantara mereka sahingga lupa akan calon Barisan Nasional.
Meskipun dinamakan pertandingan tiga penjuru tetapi di peringkat awal corak kempen dan kenyataan terbuka memperlihatkan ia pertandingan ‘dua lawan satu’. 
PAS menyerang PAN dan PAN menyerang PAS, manakala Barisan Nasional terus berjalan kebawah menemui pengundi.


Mahathir Berkempen Untuk Amanah Atau Bantu DAP

DEPA KATA -
Khairudin Abu Hasan mengatakan bahawa Mahathir akan berkempen untuk calon Amanah di kedua kempen pilihanraya kecil yang sedang berlangsung di Kuala Kangsar dan Sg Besar.
Tun Mahathir juga mengesahkan akan turun berkempen sekiranya ada pihak memerlukan bantuannya pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar.
Saya tidak mewakili mana-mana parti. Bukan Pas, bukan Amanah dan bukan Umno.
         Tapi saya hanya akan bantu calon yang sokong Deklarasi Rakyat. Yang lain-lain saya                  tidak terlibat," 


PAN JAdi KUDA Kepada DAP, Macam Mana Nak Urus Negara

DEPA KATA - Parti Amanah Negara (PAN) kini terperangkap dalam dilema berhubung usul rang undang-undang 'hudud' yang dibawa presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana sahinga kini parti mereka mengelak untuk bercakap atau mengulas mengenainya. 
Parti PAN tidak mampu untuk mengisytiharkan bahawa mereka menentang pindaan syariah itu dan mereka juga tidak mengisytiharkan mereka menyokongnya. 
Parti PAN kini tersepit di bawah telunjuk DAP yang menentang RUU yang dibentangkan oleh Presiden Parti PAS itu.

PAS Parti Sembang Kuat

DEPA KATA - DAP tidak akan menerima penyertaan PAS kerana perhubungan mereka kini di tahap tidak mungkin dapat 'rujuk' kembali kerana PAS telah mengisytiharkan DAP sebagai musuhnya.
"Bagaimana kami boleh menyertai pakatan itu bila PAS hendak bertanding menentang kami," 
Sebelum ini, PAS telah mengisytiharkan DAP sebagai musuh nombor satunya - dan bukan Barisan Nasional atau UMNO - maka kini jelas ia akan bertanding di kerusi-kerusi DAP.
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang juga dilaporkan berkata bahawa parti itu sedang mempertimbang untuk bertanding di kerusi-kerusi DAP pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 nanti. 
DAP pula tidak kisah dengan cabaran dari PAS dalam perebutan kerusi pilihan raya kerana mengetahui bahawa mereka adalah musuh.


Mahathir Tidak Mampu Beli Jiwa Keluarga Anwar Ibrahim

DEPA KATA - Kenapakah Tun Dr. Mahathir, seorang negarawan ulong, pada umur lebih 90 tahun, sanggup dengan gigih bangun, dan mengorbankan keselesaan hidup sehingga dihina oleh budak didikan dia sendiri, dipecat dari jawatan penasihat Petronas, pengerusi Proton, setelah lebih dahulu beliau meletakkan jawatan tetapi tidak diterima. Setelah itu Tun dihina dengan tidak lagi diberi kemudahan pengiring polis bermotosaikal apabila beliau kemana-mana, sedangkan di luar negara, di Korea Selatan, Jepun dan Indonesia beliau begitu dimuliakan walaupun dalam lawatan di waktu beliau sedang dihina dalam negara sendiri. Belia dihina terus dengan kedatangan pihak polis untuk menyoal siasat beliau atas apa saja teguran yang beliau buat ke atas salahlaku dalam negara, sedangkan orang yang dilaporkan kepada polis sebagai penyeleweng tidak diselidik secara telus. Semua penghinaan, yang banyak lagi, tetapi terlalu panjang untuk dihuraikan, semata-mata kerana TUN MENENTANG RASUAH yang SALAH DI SISI SEMUA UGAMA, sekaligus MERUSAKKAN BANGSA dan NEGARA. TSSJ - Sanusi Junid


Sat Depa Kelahi, Sat Gi Depa Pelok Macam Laki Bini

DEPA KATA -
PAS perlu kaji semula Tahalluf Siyasi (kerjasama politik) dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam semua pilihan raya akan datang.
PKR dilihat seolah-olah tidak menghormati PAS apabila mengadakan hubungan kerjasama dengan Parti Amanah Negara (AMANAH), yang jelas menuduh serta memfitnah PAS dengan pelbagai dakwaan tidak berasas.
Bermula dari langkah Kajang sehinggalah konspirasi menjatuhkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, pandangan dan pendirian PAS tidak dihormati selain kesucian Pakatan Pembangkang dicemari dengan perancangan tertentu di luar pengetahuan PAS. 
Memandangkan sejak kebelakangan ini, PAS dilihat bergerak secara bersendirian dan bersikap berdikari dalam menangani isu-isu politik dan masalah, maka adalah lebih baik dalam pilihan raya akan datang kita bertanding di semua kerusi tanpa bekerjasama dengan parti-parti lain.  - Dewan Muslimat Kedah.


Siapa Mau Derma Habak Mai

DEPA KATA -

Pasai Apa Kena Pecat.

DEPA KATA -
Bila Dato' Hamidah Osman bersuara mempersoal kan Najib...Pecat
TS Muhyiddin bersuara...pecat...
DS Shafie Afdal bersuara...pecat...
DS Mukhriz bersuara...pecat..
Ketua cawangan bersuara...pecat...
Bila Pemimpin MIC dan MCA bersuara mempersoalkan dan memperlekehkan agama islam (hudud)...apa Najib buat?
Najib dan kepimpinan Nya yg lain...diam seribu bahasa....
Najib tak nak pecat dan ambil tindakan ke pada pemimpin MCA dan MIC?
Hentam Najib tak boleh..hentam Islam...suka hati kome le....mcm tu ke?
 
-Hamizura Osman