Terlalu Banyak Kepincangan Dalam `Hukum Islam’


DEPA KATA -

“Terdapat terlalu banyak kepincangan dalam pengalaman pelaksanaan “hukum Islam” di seluruh dunia. Hak mangsa dicabul dan ditindas,” 
"Seperti di Arab Suadi, United Arab Emirates, Qatar dan Pakistan apabila wanita di negara terbabit menjadi mangsa penganiayaan `hukum Islam’ melibatkan hukuman penjara dan sebatan".
"Hukuman rejam yang terkandung dalam `hukum Islam’ masih menjadi pertikaian ramai pihak yang berpandangan hukuman itu tidak termaktub dalam al-Quran dan ia sebenarnya berasal daripada syariat Yahudi".

"Snap Elections" Peluang UMNO Mengambil Semula Pulau Pinang


 Perayaan Hantu Lapar Pulau PInang - Provokasi DAP Pulau Pinang terhadap budaya Melayu dan amalan Muslim di Pulau Pinang semakin menjadi-jadi. 
DEPA KATA -
Biropolitik KEADILAN telah mengadakan mesyuarat mingguan pada malam ini untuk membincangkan beberapa isu termasuk isu cadangan untuk mengadakan pilihanraya tergempar ("snap elections") di Pulau Pinang.
Biropolitik KEADILAN berpendirian bahawa kami belum diyakinkan dengan tujuan atau matlamat untuk mengadakan pilihanraya tergempar. 
Namun, pimpinan KEADILAN bersedia untuk meneruskan perbincangan dengan pimpinan parti-parti komponen Pakatan Harapan mengenai isu ini. - Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Presiden KEADILAN

Mahathir Bapa Penghasud Dan Perpecahan Rakyat



DEPA KATA -
Tindakan Mahathir menubuhkan parti Melayu baharu hanya merugikan rakyat negara ini terutama orang Melayu.
Tindakkan cuba menjatuhkan seorang pemimpin yang dibuat oleh Mahathir lebih terarah menjatuhkan sebuah parti yang banyak berjasa kepada rakyat.
Walaupun hanya menyebut mahu menjatuhkan pemimpin tetapi tindakan beliau dilihat ‘di luar kebiasaan’ kerana keputusan tersebut bukan sahaja hendak melanggar UMNO, malah mengheret sama rakyat pelbagai kaum. 
“Biasanya penduduk pelbagai kaum disatukan atas dasar kasih sayang, bukan dengan kebencian,” 

Parti Baharu Mahathir Bela Melayu


DEPA KATA - Yakin dengan parti baru yang akan di tubuhkan oleh Mahathir mampu ambil alih tugas UMNO.  
Pemimpin seperti bekas Timbalan Presiden dan bekas pemimpin UMNO adalah individu yang cukup faham dengan idiologi UMNO dan mereka mampu mengubah persepsi masyarakat terhadap pembangkang - Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub.


Bersediakah Ahli PAS Pecat Hadi Awang Dan Harun Din





DEPA KATA -

"PAS dan Pakatan Harapan perlu melaksanakan gencatan serangan sesama sendiri bagi bersama-sama menyerang parti Melayu UMNO"
"Ahli dan penyokong PAS perlu melupakan segala perbuatan dan cacian hina yang pernah dilemparkan oleh DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Amanah Negara (PAN) ke atas parti Islam itu demi memperoleh kuasa".
"Ahli dan penyokong PAS juga perlu menghormati sebarang perbezaan DAP dengan PAS dalam isu akidah Islam sebagai langkah berkompromi"
“Kalau prinsip dan dasar Islam yang dibawa PAS adalah titik perbezaan, langkah komprominya ialah hormati perbezaan itu dan jangan dijadikan ia sebagai titik pertikaian selagi PAS memperjuangkan dasarnya dalam ruang demokrasi yang ada,” - Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man

Duit Raya Memang Rasuah






DEPA KATA -

Tiada salah dengan kenyataan Kor Ming dalam isu pemberian duit raya sebagai salah satu rasuah. Apa yang dimaksudkan oleh Kor Ming adalah, jangan mengajar anak-anak kita dengan rasuah kerana ianya akan merosakkan masa depan kanak-kanak berkenaan.
Amalan ini sebenarnya dimulakan oleh kaum Cina dimana, kaum Cina memberi angpow dalam bentuk sampul kepada mereka yang masih kecil dan masih belum berumah tangga. Apa yang difahami, didalam ajaran Islam, sedekah diharuskan kepada mereka yang memerlukan dan tidak tertulis mengatakan, duit raya harus diberi setiap kali Hari Raya Aidilfitri. 
Trend yang ada sekarang seolah-olah kaum Melayu mengikut jejak langkah kaum Cina dimana tradisi pemberian angpow ini telah wujud ribuan tahun yang lalu. Persoalannya, dimana rasisnya kenyataan Kor Ming ini? 
-http://www.negarapakatanrakyat.com/


Perancangan Dalaman Menukar Kerajaan Barisan Nasional

DEPA KATA - Jika bukan pegawai kerajaan mempertahankan dasar dan polisi kerajaan, siapa lagi?  
Tapi yang peliknya apabila ada pegawai kerajaan dengan lantang berbuat demikian diambil tindakan pulak. 
Adakah ini menjawab persoalan mengapa ramai pegawai kerajaan mahupun penjawat awam biasa bebas menentang kerajaan secara terbuka seolah mereka dilindungi. - Penggiat Media Sosial


Hanya Pemilik Degree Dan Diploma Sahaja Boleh Duduk Sini




DEPA KATA -

Anda harus memiliki kelulusan sekurangnya Degree atau Diploma dan memiliki pengalaman bekerja selama sekurangnya 2 tahun dalam bidang bakat dan kemahiran untuk memiliki sebuah apartment yang berharga bermula dari RM150,000 di Pulau Pinang, Anda juga harus seorang yang telah mendaftar pengundi di Pulau Pinang.


Bila Najib Hina Mahathir?


DEPA KATA“Kita tak boleh buat apa, mereka berkuasa sangat, serah saja kepada Allah. Mungkin ada hikmah di sebalik sesuatu yang berlaku. 
 “Saya tahu suami saya (Dr Mahathir) kecewa dan sedih jadi tunggu saja, serah kepada Allah. Tak pe lah.. orang tu terlalu berkuasa, kita tak boleh buat apa”. 
 “Sebagai isteri kepada Mahathir, saya mengaku serangan dan perbuatan mereka terhadap beliau sangat memberi kesan tapi saya tak tunjuk, tak nak beliau bertambah risau”. 
 “Sebab itu saya memilih untuk sentiasa bersamanya setiap masa dan menghormati perjuangannya yang masih belum selesai”. 
 “Kadang-kadang saya kasihan mengenangkan nasib beliau yang diperlakukan sedemikian rupa”.