Bank-Bank Di Malaysia adalah "Pengganas"?


DEPA KATA..., "Bank Negara Malaysia (BNM) dan Bank-Bank Berkaitan Kerajaan (GLC) seperti CIMB Bank, Maybank dan Bank Muamalat adalah "Pengganas" Kenapa kita merujuk mereka sebagai "Pengganas”? Kerana mereka melakukan "keganasan". "Keganasan” digunakan secara sistematik (dalam aspek menimbulkan ketakutan dan kegerunan) sebagai satu cara untuk mengawal dan membuli.

Siapa yang menjadi mangsa? Pekerja-pekerja dan pelanggan Bank;

Bagaimana mereka mengganas? Berdasarkan tingkah laku dan tindakan berikut:

1. PENCABULAN RUKUN NEGARA - CIMB Bank terang-terangan mencabut kesetiaannya kepada Raja dan Permaisuri.

Pada bulan Mac 2012, melalui pekeliling yang dikeluarkan, CIMB telah mengarahkan semua cawangan banknya agar tidak lagi menaikkan gambar DYMM Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong yang baru dilantik selaras dengan langkah mengurangkan kos perbelanjaan bank sedangkan gambar tersebut boleh didapati dengan percuma. CIMB Bank mendakwa bahawa Jabatan Adat Istiadat & Protokol bersetuju dengan langkah ini kerana amalan meletakkan gambar Agong dan Permaisuri adalah tidak wajib.

Kami telah menulis kepada CEO CIMB, Dato’ Sri Mohd Nazir Tun Abdul Razak bagi memohon penjelasan mengenai perkara ini. "

DEPA KATA "Pilihan raya tanpa keganasan adalah hak anda"


DEPA KATA..., "Sejak tempoh beberapa bulan menghampiri Pilihan Raya Umum ke-13, BERSIH 2.0 berasa cemas apabila menyaksikan peningkatan mendadak insiden-insiden yang berkaitan dengan keganasan dalam berpolitik. Keganasan-keganasan ini termasuklah dari gangguan di majlis-majlis ceramah sehingga ke serangan fizikal yang dilakukan oleh individu-individu yang mempunyai kaitan dengan parti-parti politik. Jelas, kejadian-kejadian ini tidak lagi boleh dianggap sebagai kejadian terpencil sebaliknya adalah sebahagian daripada trend yang lebih besar di mana keganasan telah dijadikan senjata politik yang utama.".

DEPA KATA "kamu nak kasi anak bini makan yang haram ke?


DEPA KATA..., "Semua pegawai-pegawai kerajaan, kamu bukan pegawai BN atau UMNO. siapa bayar gaji kamu? kamu kalau nak kerja lagi mesti akur kepada parti mana yang akan menubuhkan kerajaan nanti. kalau nak ikut UMNO berhenti kerja. kalau tidak, gaji kiamu itu haram. kamu nak kasi anak bini makan yang haram ke? ulama dan mufti cuba jelaskan".

Letak Jawatan kerana Banyak sudah Nyawa Terkorban


DEPA KATA.., " Kalau di negara lain, pemimpin yang bertanggungjawab terhadap aspek keselamatan negara sudah lama meletak jawatan sebagai mengambil tanggungjawab apabila gagal menangani konflik sehingga melibatkan banyak nyawa terkorban. Namun di Malaysia pemimpin terbabit masih selamat dan tetap utuh dengan kedudukan serta kuasa dimiliki mereka. Sepatutnya Menteri Pertahanan Datuk Seri Zahid Hamidi dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein mengambil tanggungjawab terhadap apa yang berlaku di Lahad Datu dengan meletak jawatan".

DEPA KATA...,Kepada Gomo pula aku nak pesan.


DEPA KATA..., "Kepada Gomo pula aku nak pesan. Aku tahu kau seorang yang berani dan seorang yang hati kering. Aku tahu semangat perjuangan kau melawan Anwar sangat kental. Namun satu perkara yang aku bimbang wahai Gomo. Anwar sekarang dalam keadaan terdesak dan dia sanggup lakukan apa sahaja asalkan matlamat dia menjadi PM pada PRU 13 tercapai. 

Seorang bapa yang bersama-sama berjuang dengan anaknya yang menjadi mangsa liwat Anwar, tiba-tiba boleh layu terkulai di kaki Anwar kerana RM...RM...RM...RM... Dan aku sangat-sangat berharap  satu hari nanti tidak akan melihat muka kau duduk dihimpit Surendran dan Sivarasa dalam satu sidang media memohon maaf kepada Anwar dan berkata apa yang kau lakukan selama ini adalah konspirasi".

DEPA KATA..., "Banyak perkara yang tidak kena dalam isu Altantuya


DEPA KATA..., "Banyak perkara yang tidak kena dalam isu Altantuya. Rakyat sudah didedah dengan pelbagai pendedahan dari beberapa individu yang mengetahui isu pembunuhan gadis Mongolia tersebut. termasuk pendedahan dari mendiang bala dan Deepak, kemudiannya peguam Bala, Americk Sidhu mendedahkan peguam yang menderaf akuan bersumpah kedua Bala iaitu Cecil Abraham telah mengaku kepada Americk bahawa Najib adalah individu yang mengarahkan Cecil menderaf akuan bersumpah palsu Bala yang kedua itu.

Sekiranya Deepak dan Americk Sidhu bercakap benar, adakah Peguam Negara berani mendakwa Cecil Abraham tanpa Najib terkena tempiasnya?  Adakah Peguam Negara berani mendakwa Nazim tanpa Rosmah pula terkena tempiasnya? Adakah Peguam Negara berani mendakwa Rosmah tanpa Najib pula terkena tempiasnya?   

Adakah Peguam Negara berani mendakwa Najib tanpa jawatan, kedudukan dan keselesaan Ghani Patail tidak terkena tempiasnya? Terlalu banyak bocor di sana sini yang menyaksikan tempias di sini sana. Bayangkan jika Anwar Ibrahim didakwa terbabit dalam isu Altantuya ..sudah tentu polis dan pejabat Peguam Negara akan berkerja 25 jam sehari...

Yakinlah Kerajan BN tidak akan berani membuat pendakwaan di atas pendedahan Bala, Deepak dan Americk Sidhu. Penyelesaian bagi kemelut ini hanya satu..Kerajaan baru Pakatan Rakyat di Putrajaya sahaja yang boleh diharapkan menyelesaikan kemelut ini sama ada pendakwaan dibuat kepada mereka yang terlibat dengan jenayah tersebut atau Suruhanjaya DiRaja dibentuk bagi menyiasat semula isu Altantuya sehinga ke akar umbi. Hanya dengan cara itu keluarga Altantuya dan Bala berharap ruh mereka berdua akan aman dan selesa".

DEPA KATA.., Status bumiputera wajar dihapuskan segera


DEPA KATA..., "Status bumiputera yang telah diwujudkan oleh kerajaan Barisan Nasional wajar dihapuskan segera.  Sudah sampai masa status bumiputera ini sudah tidak relevan dilaksanakan di Malaysia kerana orang Melayu bukan lagi majoriti. Dap Perak sudah berbincang dengan rakan dalam pakatan iaitu Pas dan PKR dan mereka telah pun bersetuju untuk menghapuskannya 
apabila dapat menakluki Putrajaya selepas PRU13 nanti."

DEPA KATA: Umno tetap tidak berputus asa..


DEPA KATA.., "Nampaknya Umno tetap tidak berputus asa untuk menjatuhkan maruah Datuk Seri Anwar Ibrahim walau dengan apa cara biarpun melalui fitnah demi fitnah. Agen fitnah Umno begitu bersungguh mempromosikan beberapa laman web blog yang memaparkan seorang tokoh yang kononnya Anwar Ibrahim sedang bercumbu dengan seorang lelaki. Bagi mereka, fitnah terbaru daripada penyokong Umno adalah fitnah liwat 3 menjelang PRU13 yang mana BN bakal tumbang, beberapa keping gambar yang disyaki adalah sedutan dari video telah dilakonkan oleh penyokong BN kini tersebar di sebuah blog yang baru ditubuhkan dan hanya mempunyai post ini saja. Berdasarkan kajian kami, gambar-gambar yang kami percaya adalah sedutan dari video, adalah rakaman oleh pelakon-pelakon upahan Umno kerana mereka tahu bahawa BN bakal menjadi pembangkang. Dari pengamatan kami, badan lelaki dalam gambar itu adalah terlalu tegap dan terlalu muda, tiada kedutan jika mahu dibandingkan lelaki berusia 65 tahun. Umno begitu hebat dalam melakonkan watak orang orang yang menjadi musuh kepada kuasa mereka dan begitu terdesak mematikan watak penting dalam merakyatkan ekonomi rakyat,".

DEPA KATA: Skandal seks dalam SPAD?



DEPA KATA.., " Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) melindungi sesaorang yang dituduh telah melakukan "Sexual harassment", Orang yang dituduh itu pula hanya berkelulusan SPM tetapi dikatakan telah dilantik menerusi kabel dengan Syed Hamid Albar dan turut diberitahu bahawa dia akan memegang jawatan selaku Ketua Jabatan Komunikasi di SPAD. Orang ini tidak layak untuk menduduki kerusi terse but kerana hanya memiliki kelulusan SPM sahaja".

Kalau suka sama suka apa nak dikata..


DEPA KATA.., "Untuk menjustifikasikan aktiviti seks itu berlaku secara suka sama suka. Jika seorang gay atau biseksual melakukan aktiviti homoseksual dengan rakan sejenisnya, maka dianggap bukan satu ‘kesalahan’ kerana berlaku secara suka sama suka. Namun begitu, jika berlaku aktiviti homoseksual di antara seorang gay atau biseksual dengan rakan bukan sejenis mereka (heteroseksual), maka dianggap satu ‘kesalahan’ kerana berlaku secara paksaan".

Mengapa Sabah?

DEPA KATA.., ” Sabah mempunyai simpanan minyak dan gas yang menyamai Kuwait sebuah negara teluk. Dianggarkan pada tahun 2011 Sabah mempunyai simpanan minyak sebanyak 1.5 billion tong dan simpanan gas sebanyak 11-trillion kaki padu, dengan dua telaga minyak yang baru dijumpai diperairannya. Buat masa ini Sabah mempunyai 15 buah telaga minyak yang menjana 192,000 tong sehari bersamaan RM53 juta sehari. “

Fitnah Liwat II adalah konspirasi politik..


DEPA KATA..., "Fitnah Liwat II yang dilempar Umno BN ke atas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kini terjawab apabila bapa Saiful Bukhari, Azlan Mohd Lazim mengaku kes liwat kedua adalah fitnah dan konspirasi politik. Saiful juga diperguna pihak tertentu khasnya melalui Pegawai Khas Perdana Menteri bagi tujuan tersebut. Fitnah itu adalah satu konspirasi politik menjatuhkan imej Anwar Ibrahim. Kes Anwar-Saiful  adalah konspirasi politik jahat untuk memenjarakan Anwar kali kedua. Pendedahan ini dibuat kerana mahu rakyat yang cintakan negara ini tahu niat jahat pihak yang memfitnah".

DEPA KATA.., Najib bercakap besar..


DEPA KATA..., "Kita tidak nampak kenapa pilihanraya masih tidak nampak bayangnya akan tiba, kalau ada pun bayangnya ialah dengan melihat BN melakukan serangan terhadap pimpinan pembangkang dengan tidak beretika dengan sumpah seranah yang dibawa oleh media perdana setiap malam.Najib yang bercakap besar itu tetap dan masih seorang Perdana Menteri yang tidak dipilih rakyat, Pilihanraya umum tidak juga sampai sedangkan waktu tamatnya penggal ke-12 ini sudah hampir ke penghujungnya. Isu pencerobohan di Lahat Datu dan Semporna mungkin dijadikan sebagai isu yang menghalang pilihanraya tidak diadakan sampai ke penghujung penggal. Kita tidak nampak kenapa pilihanraya masih tidak nampak bayangnya akan tiba. Jika masalah di Sabah itu berlarutan pasukan keselamatan tetap akan menjalankan tanggungjawab mereka terhadap negara walaupun siapa yang memerintah negara kita selepas pilihanraya nanti. Angkatan Tentera, Polis dan yang lain-lain itu adalah penjawat awam yang ‘professional’ dan tugasnya ialah untuk memberikan khidmat kepada ‘government of the day’ tidak kira Pakatan Rakyat atau BN yang memerintah".

Samseng Umno BN bertindak liar


DEPA KATA.., "Berpuluh-puluh samseng Umno BN bertindak liar apabila melontar batu bertalu-talu ke arah bas Jelajah Merdeka Rakyat, selain menyerbu tapak ceramah di Kampung Bukit Katil malam tadi. Mereka dipercayai terpengaruh dengan ucapan berbaur hasutan pemimpin Umno di ceramah berdekatan. Anwar ketika berucap kemudian mengecam perbuatan kumpulan samseng berkenaan dan menyifatkan Umno BN gagal mencerminkan budaya politik sihat di negara ini".

DEPA KATA...,Pemimpin penceroboh Sulu adalah tetamu UMNO??


DEPA KATA.., "Rupa-rupanya pemimpin penceroboh Sulu yang membunuh tidak kurang 6 anggota keselamatan negara kita di Lahad Datu, Sabah adalah tetamu agung dalam Perhimpunan Agung UMNO 2012 di PWTC baru-baru ini.
Mereka dijemput khas oleh UMNO sebagai tanda sahabat dan rakan karib intim.
Cuba memburukkan pencerobohan Lahad Datu dengan DSAI tetapi rupa-rupanya pemimpin agung Sulu adalah tetamu agung Najib Razak semasa PAU 2012.
SEKARANG APA MACAM.. APA NAK CERITA SEKARANG?".

Pencerobohan di Lahad Datu, Sabah hanyalah sandiwara.


DEPA KATA..., "Pencerobohan 100 lelaki bersenjata di Lahad Datu, Sabah hanyalah sandiwara. Ini kes yang dirancang dan tidak percaya TLDM tak efisien. Malaysia ada bot laju, CB90 (combat boat) Tidak mungkin mereka (penceroboh bersenjata) boleh terlepas. Ini semua untuk manfaat politik. Sama macam Al-Maunah. Tak masuk akal satu Land Rover boleh bawa ratusan rifle, orang tak perasan dan masuk (kem) buka armory. Fikir punya fikir, macam sandiwara,” 

Serangan di Lahad Datu dipercayai konspirasi UMNO


DEPA KATA..., "Serangan tembak menembak di Lahad Datu dipercayai konspirasi terancang kerajaan UMNO untuk mengalih perhatian dan menakut-nakutkan rakyat, insiden berkenaan menimbulkan banyak persoalan dan keraguan di sebalik wayang mainan kerajaan Umno dan menyifatkan pencerobohan di Lahad Datu hanya sandiwara kerajaan untuk menakut-nakutkan rakyat seolah-olah wujud suasana tidak aman di Sabah. Ada konspirasi oleh kerajaan Umno untuk mengalih pandangan rakyat Sabah, terutama dalam isu pemberian kad pengenalan kepada warga asing. Tidak sepatutnya berlaku kejadian seperti ini setelah 50 tahun BN memerintah Sabah. Jelas kerajaan abai keselamatan rakyat. Sedangkan itu adalah tanggungjawab kerajaan".

DEPA KATA.., Pendedahan Balasubramaniam satu permulaan yang baik



DEPA KATA..., "Pendedahan yang dilakukan oleh Penyiasat Persendirian, P Balasubramaniam (PI Bala) di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH) malam tadi adalah satu permulaan yang baik dan berani serta mendesak agar Peguam Negara segera membuka semula perbicaraan dan memanggil nama-nama yang disebut dalam SD1 itu, PI Bala telah menceritakan secara terperinci kandungan akuan bersumpahnya yang pertama di  forum ‘Pendedahan: Siapa Arah Bunuh Altantuya?’ itu".

DEPA KATA, FAM nih tak boleh di tegoq


DEPA KATA..., "Datuk Seri Shahidan Kassim menjadi mangsa Artikel 88 Statut 2010-2014 FAM apabila digantung dua tahun enam bulan dan didenda RM39,000 kerana kesalahannya mengkritik badan induk itu. Begitujuga dengan Tan Sri Annuar Musa yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan, digantung dua setengah tahun kerana melanggar peraturan yang sama.  Sebelum itu, dua bekas Naib Presiden FAM, Datuk Raja Ahmad Zainuddin RajaOmar dan Allahyarham Datuk Ahmad Basri Akil menjadi 'mangsa' hukuman FAM berikutan kritikan mereka terhadap badan induk itu".

DEPA KATA.., Nizar Jamaluddin mencabar Umno


DEPA KATA..., " Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mencabar Umno mengemukakan kajian yang mereka lakukan jika tidak mempercayai kajian yang dilakukan oleh Merdeka Center, selain mengemukakan hasil kajian tersebut, Umno juga perlu menunjukkan bentuk kajian yang mereka lakukan jika merasakan populariti Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semakin meningkat".