Bersediakah Ahli PAS Pecat Hadi Awang Dan Harun Din





DEPA KATA -

"PAS dan Pakatan Harapan perlu melaksanakan gencatan serangan sesama sendiri bagi bersama-sama menyerang parti Melayu UMNO"
"Ahli dan penyokong PAS perlu melupakan segala perbuatan dan cacian hina yang pernah dilemparkan oleh DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Amanah Negara (PAN) ke atas parti Islam itu demi memperoleh kuasa".
"Ahli dan penyokong PAS juga perlu menghormati sebarang perbezaan DAP dengan PAS dalam isu akidah Islam sebagai langkah berkompromi"
“Kalau prinsip dan dasar Islam yang dibawa PAS adalah titik perbezaan, langkah komprominya ialah hormati perbezaan itu dan jangan dijadikan ia sebagai titik pertikaian selagi PAS memperjuangkan dasarnya dalam ruang demokrasi yang ada,” - Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man




Iskkk...!!!!

Demi untuk kuasa Islam dipijak-pijak pun tak pa, itu lah PAS sejak dari dulu lagi sentiasa mengunakan agama Islam sebagai batu loncatan mereka untuk berkuasa,  jika berkait dengan UMNO semuanya tidak dibolehkan walaupun untuk menjalain hubungan sesama Islam, tetapi dengan kafir harbi kesayangan mereka DAP menjadi hamba tidak mengapa.

Harap rakyat Malaysia faham mengapa selama ini PAS gagal menguruskan parti mereka sahingga berjaya atau pun untuk membentuk kerajaan walau pun sebuah negeri seperti Kelantan yang kian tidak terurus, kerana mereka mempermainkan agama, kita akuila mereka faham Alquran dan Hadis serta mengikut Sunah, itu yang mereka pamirkan dimata masyarakat tapi adakah itu amalan mereka di belakang.

Jika suatu ketika mereka mengatakan bahawa parti UMNO bukan sebuah parti yang memperjuangkan Islam kerana rakan parti UMNO, MCA mahu hasrat PAS untuk melaksanakan prinsip Islam di Malaysia di gugurkan sekiranya mahu UMNO berkerjasama dengan PAS, dalam masa yang sama mereka menyanjung parti kafir DAP kerana dikatakan tidak pernah mendesak agar menggugurkan segala tuntutan untuk Islamkan Malaysia.

Harini Timbalan Presiden Parti PAS Tuan Ibrahim pula meminta agar setiap ahli dan penyokong mereka agar tidak mendesak sangat kepada kepimpinan DAP agar parti depa dapat kembali ke pangkuan Pakatan Harapan walaupun parti mereka, perjuangan mereka dengan kata lain akidah perjuangan mereka itu dihumban dalam lubang jamban, mungkin Tuan Ibrahim mahu mencari keredaan Allah didalam lubang jamban DAP, kerana depa kata perjuangan parti mereka adalah untuk mencari keredaan Allah.


Setelah sekian lama parti PAS diherdik, perjuangan Islam mereka dipermain, bukan sahaja parti malahan pemimpin-pemimpin utama mereka turut dipelekeh seperti kain buruk atau diperlaku seperti kertas tandas pencalit bontot oleh puak depa, hari ini Tuan Ibrahim kata " Ahli dan penyokong PAS perlu melupakan segala perbuatan dan cacian hina yang pernah dilemparkan oleh DAP ".

Mungkin kerana kerap berhubung dan tidor sebantal dengan Mad Sabu maka Tuan Ibrahim seperti sedang bercakap dalam mimpi apabila meminta ahli parti melupakan penghinaan pemimpin parti Cina DAP terhadap Presiden mereka Tuan Guru Hadi Awang, penghinaan terhadap hukum hudud yang menjadi perjuangan PAS begitu juga dengan penentangan terhadap Rang Undang Undang Akta 355 yang di usulkan oleh Tuan Guru Hadi Awang yang sudah pun diluluskan untuk di bahaskan nanti.

Tuan Ibrahim sanggup meminta ahli PAS untuk menghormati perbezaan akidah PAS dan DAP demi untuk kuasa tetapi menikus bila DAP menolak mentah-mentah usul RUU Akta 355 dan hukum hudud, mengapa Tuan Ibrahim tidak sahaja minta DAP untuk berkompromi dalam isu akidah dan pendirian PAS.

Dimana Tuan Guru Harun Din sebagai Mursyidul Am?, bersediakan Tuan Guru untuk dijadikan kertas pengelap najis bontot pemimpin DAP?

Jika benar ahli PAS boleh menerima tawaran Timbalan Presiden mereka ini maka benarlah, bahawa Islam dalam parti PAS hanya seperti kain burok, itu sahaja nilaian Islam kepada mereka.

Bermakna juga ahli PAS sudah bersedia untuk kehilangan Tuan Guru Hadi Awang yang mana punca utama keluarnya PAS dari Pakatan Rakyat dan juga Tuan Guru Harun Din atau membiarkan Tuan Ibrahim Tuan Man bersaorangan menyeberang jambatan penghinaan yang dibina oleh PAN untuk menyertai pakatan DAP.

No comments:

Post a Comment