Depa kata..., " Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Mazlan Aliman menegaskan dia tidak akan minta maaf dan bersedia hadapi sebarang kemungkinan termasuk untuk di saman, Saya tidak akan minta maaf. Jika dia rasa ada sebab untuk saman, itu hak dia, hak demokrasi, Saya bukan budak kecil yang takut, dan ia tidak akan membuatkan saya terhenti untuk terus membuat pendedahan yang saya andaikan satu sandiwara dan lakonan. Saya akan dedahkan pada bila-bila masa,” 


Depa kata.., " Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) kecewa dengan sikap biadab pemimpin parti Gerakan dan MCA yang berterusan membuat serangan dan penghinaan terhadap hukum hudud, kedua-dua parti itu dilihat cuba berselindung di sebalik alasan konon hukum hudud yang diutarakan adalah ‘buatan’ Pas, dan menggunakan kesempatan politik menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) untuk melancarkan kempen anti hudud dengan menyatakan pendirian secara terbuka yang melampau. Kita tiada masalah jika mereka tidak bersetuju dengan hudud dilaksanakan ke atas bukan Islam. Hudud kini menjadi bahan serangan murahan kepada parti politik yang mencari kelebihan meraih pengundi bukan Islam, Mapim sentiasa menyokong pelaksanaan hukum ALLAH ini kerana ia kewajipan dan kami yakin hanya hukum ALLAH SWT mampu mengekang jenayah. Sebab itu kita tidak berkompromi terhadap serangan yang dilakukan,” 

Depa kata.., " Penyembelihan Binatang Kurban yang dilakukan hari ini telah mendatangkan rasa takut dan trauma kepada sesetengah pihak.  Tidak sepatutnyalah binatang tersebut disembelih hidup-hidup seumpama itu, sepatutnya diberikan pelalian terlebih dahulu sebelum boleh disembelih. Semua ini menuntut perubahan dan tidak boleh dibiarkan berterusan.  Memang negara ini dihuni majoriti orang Islam, tapi itu tidak bermakna mereka boleh dibenarkan membuat apa sahaja yang disukai mereka tanpa mempedulikan undang-undang antarabangsa mengenai layanan terhadap haiwan. Pakatan Rakyat mencadangkan untuk menghadkan penyembelihan binatang ternakan untuk tujuan korban di rumah-rumah penyembelihan sahaja dan bukan lagi di tempat terbuka saperti di kawasan masjid dan surau".

Depa kata.., "Kenyataan Chua Soi Lek tentang Hudud adalah satu penghinaan yang nyata terhadap agama Islam.Anwar sifatkan ianya sebagai satu serangan yang biadap dan telah menyinggung perasaan umat Islam. Penghinaan tersebut dilakukan di hadapan Datuk Seri Najib Razak dan ini juga bermaksud menghina beliau sebagai PM, Lebih parah lagi, kenyataan Chua Soi Lek tersebut seolah-olah dipersetujui oleh Datuk Seri Najib Razak. Kebisuan total Datuk Seri Najib Razak tentang perkara ini jelas menunjukkan beliau berada di pihak yang salah. Satu tindakan yang amat memalukan dan tidak mampu dipertahankan lagi".

Depa kata .., "AES Boleh Kurangkan Kematian Jalan Raya, Kajian di negara-negara yang menggunakan AES menunjukkan bahawa sistem itu berjaya mengurangkan kemalangan dan kematian yang berkaitan sebanyak 70 peratus. Depa percaya AES boleh mengurangkan kematian jalan raya sebanyak 30% hingga 35%. Jika AES boleh berjaya di negara-negara lain, ia juga boleh berjaya di sini juga,"

Depa kata .., "Umno harus berundur dari persada politik negara ekoran pengakuan pemimpinnya bahawa politik wang sudah menjadi budaya di dalam Umno yang perlu diterima oleh masyarakat termasuk agamawan yang ingin menyertai parti itu. Sebab itulah bila seseorang itu jadi pemimpin Umno dia mesti ada duit, mesti ada projek dan perkara ini semakin hari semakin disuburkan, Mereka juga berkata bahawa wang memainkan peranan amat penting dalam mempengaruhi kedudukan seseorang pemimpin dalam Umno, Seorang pemimpin Umno samada peringkat bahagian ataupun pusat yang tidak memiliki sumber kewangan yang kukuh tidak akan bertahan melebihi tiga bulan dalam Umno.Depa berkata.. Ahli Umno akan meminta duit untuk menjalankan program seperti permainan bola sepak dan sambutan keagamaan daripada pemimpin bahagian mereka".

Depa kata.., " Orang ramai sepatutnya mengalu-alukan kenaikan tiba-tiba harga rokok dan tembakau mulai 22 Oktober yang diumumkan oleh syarikat pengeluar rokok British American Tobacco Malaysia (BAT Malaysia), pengeluar terbesar rokok, dengan persetujuan Jabatan Kastam Diraja Malaysia. kenaikkan sebanyak 20 sen. Mereka seharusnya mengalu-alukan usaha mengurangkan tabiat yang merosakkan kesihatan itu, tetapi langkah menaikkan cukai melalui kenaikan harga itu “menceritakan” sikap kerajaan, khasnya Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Mohd Najib Abdul Razak selain kemungkinan bahawa Perbendaharaan memerlukan pendapat segera."

Depa kata.., "PAS menggesa Soi Lek memohon maaf kepada seluruh umat Islam di atas kata-kata penghinaan yang telah dikeluarkan beliau, dan berjanji akan membawa isu itu kepada Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-raja dalam masa terdekat. Kita mendesak supaya MCA memohon maaf kepada seluruh umat Islam, Bagi kami, kalau MCA nak belajar Islam, jangan belajar dengan Umno, tapi belajar dengan PAS, Mereka turut mengecam sekeras-kerasnya kebiadaban Soi Lek yang seolah-olah buta mata dan hati sanggup menghina agama Islam kerana kepentingan politik. Allah sudah sebut jangan sekali-kali engkau menghina berhala orang lain, tetapi MCA pula mengajar masyarakat lain supaya biadap kepada Islam, Kami sanggup gadai nyawa kami demi Islam," 

Depa kata.., "Pas digesa tidak menjadi seperti pemerintahan Ayatullah Khamenin di Iran sekiranya berjaya memerintah Putrajaya kelak. Jika ada yang bermentaliti bahawa orang agama yang berkuasa tidak boleh ditegur, negara akan menjadi lebih korup dari apa yang kita lihat hari ini. Sekarang ini Pas belum menjadi pemerintah tetapi terlalu sukar untuk mereka ini di tegur, jika di tegur mereka menjadikan kita sebagai musuh, tetapi kalau kita tidak bahas hari ini, kita akan jadi seperti Iran, yang mana pemimpinnya Ayatullah tidak boleh ditegur dan disentuh. Kalau kita tidak hati-hati terutamanya parti politik termasuk Pas, kalau mereka menjadi pemerintah dengan mentaliti orang agama tidak boleh disentuh, ditambah dengan isu pemimpin dan tokoh agama itu ada kuasa pula, kita akan menghadapi negara yang lebih  korup daripada apa yang berlaku sekarang,” 

Depa kata.., "Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar menyifatkan laluan di hadapan pejabat beliau ibarat Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) di ibu negara, berikutan ramai orang yang lalu-lalang di laluan itu. Keselamatan adalah penting dan kita tidak mahu apa-apa berlaku dan menjejaskan keselamatan di sini. Kita sediakan payung sebelum hujan,Beliau juga berkata selain wujud masalah tempat letak kereta, ada juga orang awam yang mengunjungi Parlimen tanpa mematuhi kod pakaian yang ditetapkan".

Depa kata.., " Mazlan Aliman hari ini menegaskan pendiriannya tidak akan memohon maaf kepada Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman,  Azalina boleh membuat apa sahaja persepsi terhadap ucapannya pada Perhimpunan Hijau di Pengerang baru-baru ini, "Bagi saya, saya tetap dengan pendirian saya seperti sebelum ini, saya tidak akan memohon maaf kepada beliau dan saya yang juga sebagai Timbalan Pengerusi Mantap akan lebih agresif berkempen kepada penduduk di Pengerang,".

Depa kata.., " Majlis Belia Negeri Kedah menyifatkan dakwaan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek bahawa jika Parti Pas melaksanakan hukum hudud, 1.2 juta rakyat akan hilang pekerjaan, Kenyataan ini boleh membantutkan usaha kerajaan untuk mewujudkan suasana harmoni antara kaum. Kenyataan Chua dilihat sebagai tidak menghormati sensitiviti penganut agama Islam dan juga Perlembagaan Persekutuan yang meletakkan Islam sebagai agama Persekutuan. Ini bukan pertama kali Chua mengeluarkan kenyataan yang menghina agama Islam dan memperlekehkan perundangan Islam,”

Depa kata.., " Rakyat khususnya pengguna jalanraya sangat kecewa dengan jawapan yang diberikan Timbalan Meneri Pengangkutan, Datuk Rahim Bakri bahawa kerajaan akan meneruskan sistem AES walaupun ianya ditentang oleh pengguna jalanraya. Jelaslah slogan “Rakyat Didahulukan” hanyalah slogan kosong tanpa makna. Jika Perdana Menteri betul-betul menjiwai slogan tersebut, beliau pasti mendengar bantahan, kelohan dan kebimbangan rakyat terhadap sistem yang bermotif mengaut untung dan bukan bersifat pencegahan kemalangan jalanraya. Ini kerana kamera turut dipasang di kawasan 30 km/sejam dan ia sangat tidak masuk akal". 

Depa kata..,, "Mat Sabu telah menyaman Mashitah kerana telah menulis didalam sebuah artikel yang menyebut isu Mat Sabu di tangkap khalwat, Petikan artikel tersebut berbunyi ‘....Apapun, kes Badrul Amin mengingatkan kita kepada Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang juga pernah ditangkap khalwat dengan isteri kawannya sendiri di Kota Bharu, kira-kira 12-13 tahun lalu. Ketika itu beliau Ahli Parlimen Kubang Kerian. Ketika ditangkap, isteri kawannya berada dalam hotel manakala Mohamed Sabu hanya memakai tuala. Beliau dibicarakan di mahkamah Kelantan, tetapi akhirnya dibebaskan,” dan Mat Sabu mendakwa menyebabkan dirinya menanggung malu dan aib serta menjatuhkan harga diri, air muka dan maruahnya".

Depa kata.., " Mazlan Aliman kata Isu RAPID di Pengerang, kerajaan menangung kerugian kerana bangunan yang baru di bina atau yang sudah di baik pulih di sekitar Pengerang terpaksa di robohkan semata kerana memberi laluan kepada pembinaan projek RAPID di Pengerang, ini termasuk bangunan sekolah, kuaters kerajaan ( kuaters Guru) dan juga sebuah sekolah Cina yang baru di baik pulih, Di berkata, Setelah kerajaan membelanjakan sedemikian banyak wang untuk membaik pulih akhirnya hendak di robohkan semula adakah ini tindakan yang logik"

Depa kata.., "Jingga 13 menyelar kenyataan Ketua Pemuda Gerakan Kedah, Tan Keng Liang yang bersifat rasis dan biadap di twitter milik beliau (@tankengliang). Kenyataan biadap itu dibuat secara terbuka dan menimbulkan kemarahan rakyat yang beragama Islam. Keng Liang membuat kenyataan itu berikutan ketidakpuasan hati dengan Majlis Perbandaran Alor Setar (MPAS) yang mula melaksanakan garis panduan agar model iklan yang dipaparkan dalam kawasan MPAS hanya memaparkan model yang berpakaian sopan. Beberapa kenyataan beliau pada 15 Oktober 2012 memperlihatkan kedangkalan beliau dalam berpolitik hingga menyentuh dan mempertikai ketetapan dan hukum yang sememangnya termaktub dalam Islam.Isu menghina Islam adalah merupakan satu tindakan yang serius dan perlu diambil tindakan tanpa kemaafan oleh pihak berwajib apa lagi agama Islam adalah merupakan agama rasmi Negara yang termaktub dalam perlembagaan negara."

Depa kata..., "AES (Automated Enforcement Syatem) sebenarnya dilaksanakan untuk mengurangkan kemalangan jalan raya, AES sekarang menumpukan kepada dua kesalahan sahaja , iaitu, speeding dan melanggar lampu merah.  MIROS telah mengenalpasti bahawa kedua-dua kesalahan in menyumbang kepada kemalangan yang tertinggi. Oleh yang demikian, untuk menangani perkara ini AES telah dilaksanakan untuk mengurangkan kemalangan dikalangan pengguna jalan raya, di mana secara purata, 18 orang meninggal dunia akibat kemalangan. Kos sosial dan ekonomi yang ditanggung oleh kerajaan untuk menguruskan kemalangan jalan raya menjangkau RM9bilion. Sebanyak 831 buah kamera akan ditempatkan mengikut fasa di kawasan black spot yang telah dikenalpasti oleh MIROS (Malaysian Institute of Road Safety)"

Depa kata.. , " Isu saman AES adalah peluang terbaik pembangkang untuk tambah undi dan membeli jiwa rakyat, dikala ramai yang mempertikaikan isu perlaksanaannya termasuk ada ahli parlimen dari BN sendiri pun tidak bersetuju dengan AES dan mohon di kaji semula, Pakatan Rakyat akan mengambil kesempatan dari kelemahan perlaksanaan sistem AES ini kerana ia boleh ‘menyelamatkan pakata rakyat yang sedang nazak ketika ini’, Malah Pakatan Rakyat boleh menambah satu lagi janji yang tidak disebutkan sebelum ini di dalam buku Jingga iaitu ‘Menghapuskan saman trafik tertunggak dan menghapuskan undang-undang mengenai had laju dan melanggar lampu isyarat’. Mereka yakin isu saman AES adalah satu peluang yang tidak perlu di lepaskan untuk menarik semula sokongan rakyat"

Depa kata.., " Tony Pua , Azmin Ali terlalu kurang ajar apa bila menghina Tun Dr Mahahtir seorang Negarawan Ulung Negara dengan pelbagai gelaran dan maki hamun. Maka ramai lah pembela pembela dari para pemimpin parti Barisan Nasional dan juga blogger Pro UMNO mengeluarkan kenyataan balas terhadap Tony dan juga Azmi, Mereka ini perlu beljar hormat kepada orang tua kerana ketika Tun mula mentadbir negara mereka ini masih lagi berhingus".

Depa kata.., " Pakatan Rakyat utamakan karisma dan menafikan nepotisme menjadi amalan Pakatan Rakyat, jika pun amalan sedemikian wujud, ia hanya berlaku secara kebetulan dan pihaknya mengutamakan karisma seseorang dalam memperjuangkan dasar parti, Pemilihan seseorang pemimpin dalam PR adalah mengikut kriteria yang diperlukan untuk memegang sesuatu jawatan tanpa mengira pertalian darah".

Depa kata.., "Penganut Kristian tidak harus berdiam diri walaupun merasakan mereka 'tidak bersalah, suci dan tidak terlibat dalam perbuatan salah, walaupun penganutnya bertanggungjawab di hadapan Tuhan, penting untuk mereka menyuarakan 'keadilan untuk semua' - slogan yang juga menjadi seruan pakatan pembangkang, Gereja boleh memainkan peranan (menentang ketidakadilan) untuk mewujudkan masyarakat yang lebih kuat," - Lim Guan Eng.

Depa kata..., " Dato Seri Azalina telah mempengaruhi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak supaya meluluskan projek RAPID kerana kawasan itu merupakan kubu Barisan Nasional (BN) yang terkuat, justeru akan tiada tentangan dalam pembinaan projek multi-billion itu, juga mengatakan Syarikat DIALOG Group telah menempah tanah di kawasan yang akan dibangunkan itu yang berkeluasa 6,442 ekar dengan memberikan sebanyak 10% saham kepada kerajaan negeri Johor".