Semoga Allah Beri Kesempatan Kepada Mahathir.



DEPA KATA -
"Saya tidak mungkin sokong perbuatan salah guna kuasa seperti menubuh dana kekayaan negara dengan berhutang; pengurusan dana ini sehingga rugi berbillion-billion; pembelian oleh 1MDB tanah Kerajaan bernilai 3000 RM pada harga RM 60 skp; Penglibatan Jho Low dalam pengurusan 1MDB; pemindahan bermillion dollar Amerika kepada syarikat milik Jho Low; pengakuan Najib bahawa adalah benar wang sebanyak 2.6 billion Ringgit ada dalam akaun peribadinya; kegagalan Najib menjelas dari mana datangnya wang ini; kehilangan berbillion Ringgit wang 1MDB; pemindahan beban bayaran hutang 1MDB kepada Kerajaan". - Che Det


Iskkk...!!!

Dizaman Mahathir mungkin banyak syarikat yang di ujudkan dengan dana kerajaan dengan tidak berhutang tetapi berakhir dengan tanggungan hutang berbillion yang sahingga kini negara masih menanggung beban hutang yang terpaksa di uruskan oleh Najib selaku orang yang memikul beban tugas yang mengambil alih kuasa Perdana Menteri yang ditinggalkan.

Zaman Najib hanya ada isu 1MDB yang sengaja di perhebatkan agar ianya dilihat sebagai sangat meruncing, walaupun ianya tiada isu yang benar-benar boleh diketengahkan, tetapi di zaman Mahathir terlalu banyak perkara penyelewengan syarikat atau perbadanan yang berlaku, contohnya PEWAJA, BMF dan selainnya.

Isu 1MDB telah banyak diperjelaskan oleh pihak 1MDB sendiri malah su penerimaan wang 2.6 billion juga telah dijelaskan dengan terpeinci, tetapi Mahathir hanya mahu dengar ianya adalah wang rasuah kepada Najib untuk menjual negara.

Mahathir perlu di ajar untuk melihat sejarah, sebelum bermula DEB 1970 , ekuiti Bumiputra sekitar 1.5% sahaja. Tapi dari 1970 -1982 ekuiti Bumiputera meningkat kepada 15.5% (pertambahan sebanyak 14%) dengan pengambilan syarikat syarikat seperti London Tin, Sime Darby, Guthrie Ropel, Harisson & Crossfield , berpuluh syarikat syarikat milik Pernas, UMNO linked companies termasuk bank bank utama, kesemuanya ketika era kepimpinan Allhyarham Tun Abd. Razak dan Tun Hussein Onn. 

Namun sejak Mahathir mengambil alih dari 1981-2003 selama dua puluh dua tahun, ekuiti Bumiputera hanya meningkat 4% kepada 19.5% pada tahun 2004, 4% dalam 22 tahun Mahathir menjadi Perdana Menteri, hebat lah sangat!.

Mahathir yang melingkupkan negara tetapi Najib yang terima padah dan tomahannya, Mahathir telah berjaya membodohkan orang Melayu untuk terus memberi sokongan dan menjadi hamba yang melukut kepadanya, yang kaya raya tetap Cina.  

"Saya juga tidak mungkin sokong penyalahgunaan kuasa oleh Najib dengan menangkap, memasukkan dalam tahanan, menuduh dengan mengguna undang-undang yang salah iatu undang-undang anti-terrorist yang kemudian ditukar kepada undang-undang mensabotaj ekonomi kononnya, membuang A.G. supaya dapat diganti dengan A.G. yang sanggup berbohong dan berselindung di belakang OSA". - Che Det

Mahathir seorang yang tidak mahu menoleh, melihat dan mengingati sejarah, itu sebab dia sendiri lupa akan asal usulnya sendiri, begitu juga dengan sejarah kepimpinannya sahingga pernah di gelarkan sebagai 'Maha firaun' dan 'Maha Zalim', siapa yang mengunakan akta ISA untuk kekal berkuasa?, berapa ramai yang ditahan didalam ISA berbanding mereka yang ditahan didalam Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 atau Security Offences (Special Measures) Act - SOSMA.

Jika Najib menamatkan perkhidmatan seorang Peguam Negara, tetapi di zaman Mahathir Ketua Hakim Negara yang di pecatnya yang kemudiannya hakim tersebut menyertai pembangkang semata mahu membalas dendam terhadap Mahathir, Mahthir lupa sejarah insiden pencerobohan badan kehakiman yang berlaku sahingga membawa kepada tiga hakim mahkamah agung di pecat dan selebihnya digantung. 

Siapa yang berada di era Tengku Razaleigh berhubung dengan pengharaman parti Umno juga tahu sejarah ini dan apa yang berlaku, berapa ramai menteri kabinet menyertai parti Semangat 46 semata mahu melawan Mahahtir, tetapi Mahathir berjaya membodohkan Melayu ketika itu untuk memberi sokongan kepada beliau.

"Saya tidak dapat terima seorang Perdana Menteri yang menjatuhkan maruah bangsa dan negara setelah akhbar dan TV seluruh dunia menyiar dengan terang dan bukti yang jelas akan salah laku Najib berkenaan duit 1MDB; institusi-institusi Kerajaan di Switzerland, Singapura mendakwa berkenaan kesalahan 1MDB pimpinan Dato Seri Najib dalam pengurusan wang 1MDB; pembayaran berbillion Ringgit kepada syarikat palsu, yang menyebabkan 1MDB disaman oleh badan milik Kerajaan Abu Dhabi supaya dibayar gantinya sebanyak RM 20 billion lebih". - Che Det

Mahathir sudah menjadi seorang pelupa, 'sesaorang itu tidak bersalah selagi tiada mehkamah membuktikan ianya bersalah', buktikan Najib bersalah dahulu, Mahathir juga banyak kesalahan yang dilakukan atas tuduhan oleh pihak pembangkang termasuk Lim Kit Siang, Mad Sabu, Fadhil Noor, Ibrahim Ali, Hishamudin Rais, Nik Aziz, Anwar Ibrahim, Kapral Singh, Azmin Ali, Hadi Awang, Tungku Razaligh dan ramai lagi. 

Tetapi hanya Mahathir seorang sahaja yang menuduh terhadap Najib bersalah dan kemudiannya meminta sokongan dari mereka diatas untuk bersama menyokong menuduh Najib mengunakan pentas 'deklarasi rakyat' sedang mereka sebelum ini tidak pernah pun menuduh Najib termasuk Anwar Ibrahim sendiri, Anwar Ibrahim masih mendakwa Mahathir bapak segala rasuah.

"Saya tidak dapat terima Najib yang berpegang kepada konsep “Cash is King”, Wang Tunai itu Raja – iaitu mengamal rasuah sebagai prinsip politiknya". - Che Det

Najib, dikatakan Mahathir sebagai berpegang kepada konsep “Cash is King”, tetapi Mahathir 'mengamalkan' “Cash is King” terlebih dahulu dengan tema 'Money Is Everything', itu sebab sejarah rasuah paling besar berlaku di zaman Mahathir, tidak percaya tanya Anwar Ibrahim.

"Kemenangan luar biasa BN dalam PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar jelas dihasilkan dari pemberian wang dan barang-barang kepada pengundi. Perbuatan ini dilihat oleh orang ramai. Tidak ada perasaan segan silu atau malu apabila membuat penipuan untuk mendapat kemenangan". - Che Det

Pemberian barangan dan hadiah dalam pilihan raya bukan berlaku zaman Najib sahaja, sejak dari zaman Tunku Abdul Rahman lagi, malah zaman Mahathir sendiri begitu banyak hadiah dan gula-gula yang diberikan, cuma zaman Najib gula-gula diberikan kepada semua rakyat sama rata sama rasa, bukan kroni pilihan dan ketua bahagian sahaja.

"Maruah bangsa dan negara sudah dimusnah sehingga rakyat Malaysia yang dahulu bermaruah sudah turut contoh yang ditunjuk oleh pemimpin". - Che Det



Mahathir yang mencemar maruah Melayu, Mahathir yang membodohkan Melayu dan Mahathir-lah pemimpin yang sering menghina Melayu, siapa yang gelar "Melayu Mudah Lupa"?, siapa yang membodohkan Melayu minta sokong untuk bina KLCC tetapi cukup untuk mengkayakan kaum Cina sahaja, Siapa yang bodohkan Melayu dalam mengagihkan kekayaan negara, jual tanah minta sokongan Melayu tetapi yang untung Cina, Mahathir yang bodohkan Melayu Najib yang terima maki hamun.









"Mereka yang bertanya akan pendirian saya perlu bertanya diri sendiri apakah maruah kamu sudah tidak ada lagi sehingga sanggup berbangga dengan kemenangan hasil penipuan, hasil rasuah yang terbuka dan salah guna kuasa yang ketara". - Che Det

Mahathir juga perlu tanya pada diri sendiri, apakah dia sendiri tiada maruah kerana apa sahaja yang berlaku hari ini berlaku juga dizaman Mahathir, penipuan berluasa, rasuah sana sini, tanya sahaja pembangkang apa yang Mahathir tak rasuah, begitu juga dengan salah guna kuasa siapa yang mengunakan kedudukan sebagai Perdana Menteri untuk arah itu ini.

"Bagi saya usaha untuk membersih Kerajaan Malaysia akan saya teruskan dengan apa cara sekalipun". - Che Det

Semoga Allah beri keizinan dan waktu serta kesempatan untuk Mahathir buktikan, jika Allah izinkan atau senang cerita 'Jika Sempat'

Kerana Mahathir kini sedang dirasuk oleh dosa-dosa lampaunya ketika dia berkuasa sahingga perlu mencari jalan agar segala kesalahan lampaunya di tangung oleh Dato' Seri Najib Tun Razak.


Iskkk...!!!

Awat jadi lagu tu??

No comments:

Post a Comment