Kerajaan Barisan Nasional patut bersikap ‘gentlement’


DEPA KATA..., "Kerajaan Sementara Barisan Nasional patut bersikap ‘gentlement’ dengan memberi ruang kepada Pakatan Rakyat untuk bentang manifesto mereka, termasuk mengadakan debat terbuka, BN kalau nak bertanding, tandinglah secara ‘gentleman’. Kena ada level playing field’ (padang sama rata). Akses media, ruang untuk bertemu rakyat dan peluang untuk menerangkan manifesto. Lagi pun media yang digunakan ialah media milik rakyat, yang ditampung oleh wang pembayar cukai. Tidak boleh ada keistimewaan, media kena neutral, Mengulas mengenai debat, ia bukan semata-mata budaya Eropah, tetapi diamalkan oleh negara demokrasi di seluruh dunia. Debat politik kini diamalkan di Mesir, sebelum pilihan raya. Di Indonesia diadakan debat calon Gabenor Jakarta. Malah, Kenya baru-baru ini pun adakan debat Presiden mereka yang pertama.Bila tidak ada ruang dan padang sama rata, terbukti pihak BN tidak ‘gentleman’,” 

Darimana datangnya idea manifesto BN?


DEPA KATA..., "Darimana datangnya idea isi kandungan manifesto BN kalau bukan ditiru dari manifesto Pakatan Rakyat. Hari ini, BN bentang manisfesto, apa dia kata, harga kereta akan turun. Aikk? Dia (Umno BN) belajar dari siapa?, Kemudian, semua permit akan diberi kepada pemandu teksi. Aikkk? Baru sekarang tahu? Kalau betul Najib percaya permit teksi patut diberi, pasal apa 50 tahun tak bagi?” 

Paling ketara, pengumuman harga kereta diturunkan antara 20 hingga 30 peratus sedangkan Pakatan sudah lama mempromosi kempen ‘Turun Harga Kereta’. Mengikut formula Pakatan, harga kereta diturunkan 20 peratus setiap tahun secara berperingkat selama lima tahun melalui penghapusan cukai eksais.

Parlimen dibubarkan hari ini.


DEPA KATA...., "Secara rasminya Parlimen dibubarkan dan kini hanya menunggu waktu pengumuman rasmi dari pihak SPR berhubung tarikh pilihanraya ke 13.

Buat rakyat Malaysia, Najib Razak dalam ucapannya tadi bukan mengharapkan simpati tetapi beliau mengharapkan anda semua sedar apa akan berlaku jika negara kucar kacir dan keamanan tergugat hasil dari pihak pihak yang sentiasa mencetuskan kekecohan dan rusuhan".


Apakah desakan Muhyiddin akan berjaya?


DEPA KATA..., "Apakah desakan Muhyiddin akan berjaya? dan Parlimen dibubar hari ini, berasaskan desas-desus yang semakin hangat bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan membubarkan Parlimen hari ini selepas mesyuarat terakhir Kabinet dan sesi bergambar bersama Najib dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin. Dua hari lepas, Muhyiddin ‘menolak’ kemungkinan Najib akan membenarkan pembubaran automatik Parlimen sebelum PRU13".

Najib Tiru Pakatan..


DEPA KATA..., "Satu persatu pendekatan dan cara Pakatan Rakyat dan pemimpinnya berkempen ditiru oleh Datuk Seri Najib Razak. Bukan sembunyi-sembunyi tetapi secara terang-terangan umpama mencuri di siang hari.
Semalam, Najib tanpa segan dan silu membuat perkara yang tidak pernah dibuatnya dalam hidup iaitu memakai kopiah dan pergi menziarahi markas Jamaah Tabligh di Masjid Sri Petaling. Tujuannya tidak lain tidak bukan sebagai alat mengemis undi dari warga Melayu/Islam dinegara ini pada PRU 13 nanti".