Aspan Alias kata..., " Tun Mahathir dulunya keluar dari UMNO kononnya untuk memprotes kepimpinan Abdullah Badawi tetapi kini tidak pula kelihatan sekarang ini kenapa beliau tidak keluar kerana kekalutan UMNO di bawah Najib sekarang adalah jauh lebih teruk daripada Abdullah Badawi."

Aspan Alias juga berkata..., "Mahathir akan mengamuk jika mana-mana PM selepasnya tidak melayan kehendak politik peribadi beliau. Beliau merasakan beliau adalah pemimpin yang mesti diikuti oleh pemimpin selepas beliau kerana beliau merasakan seorang yang hebat dan mampu ‘berjalan di atas air’ dan perlu disembah dan dipuja".

Aspan Alias berkata lagi.., "Oleh kerana Abdullah Badawi itu degil orangnya walaupun apabila berjalan pijak semut pun tidak mati. Beliau tidak melayan kehendak Mahathir…itu sebab Mahathir keluar dari UMNO dan terus mensabotaj UMNO dalam pilihanraya yang lalu. Beliau berkata, “jangan pilih parti, kita mesti pilih calon”."

Iskk..!!! Tun Keluar UMNO dulu adalah bersebabkan kepimpinan Pak Lah masa itu telah membelakangkan kepentingan Rakyat dan Negara kecuali melebihkan keluarga.. itu sahaja. Sesiapa pun akan menjadi marah jika segala perancangan yang telah di persetujui bersama demi kebaikkan negara kemudiannya di khianati.. lihat sahaja isu Jambatan bengkok ( sekarang ini isu RAPID di Pengerang) dan kerosakan didalam Proton dan bagaimana lemahnya Pak Lah menangani isu rasuah didalam Parti, Oleh kerana itu maka Tun meminta agar setiap rayat memilih "calon" parti dan tidak semata kepada parti kerana ketika itu Parti telah di penuhi oleh parasit, dan kini di bawah kepimpinan Dato Seri Najib Tun Razak kebanyakkan parasit telah di senarai hitamkan dengan istilah 'calun boleh menang', maknanya apa yang berlaku selepas (PRU13) ini yang layak bertanding adalah mereka yang telah di kenal pasti bersih diri dari segala 'ancaman' pihak lawan... simple maaa ...

No comments:

Post a Comment