Che Det kata..., "Apabila rakyat fikir hanya kebebasan dalam demokrasi dan tidak tahu tentang tanggungjawab yang tersirat, maka demokrasi tidak akan memberi manfaat seperti yang dijanjikan. Sebaliknya, ia akan menyebabkan ketidakstabilan yang menyekat pembangunan, Ada negara yang tidak mampu untuk maju kerana terlalu banyak demokrasi, Demokrasi adalah ‘jalan mudah’ untuk mengubah kerajaan. Tiada revolusi, tiada perang saudara. Hanya mengundi dan kerajaan akan akan diturunkan atau dilantik semula menuruk pilihan rakyat. Di Malaysia, calon-calon daripada parti pembangkang boleh menang dan telah menawan banyak kerajaan negeri. Jika rakyat mahu, mereka boleh ‘menumbangkan’ parti pemerintah di bawah sistem pilihan raya yang ada sekarang."

Iskkk..!!! Tetapi sampai la nih depa akan kata Demokrasi di sini sudah mati, dan pilihan raya tidak telus walaupun Anwar Ibrahim tidak pernah kalah dalam pilihan raya, pemimpin pembangkang rata rata menang pada kerusi yang mereka bertanding, malahan ada orang yang tidak pernah mendaftar untuk mengundi bermakna tidak pernah pun sekali mengundi selama hidup di Malaysia, tetapi bila ingin bertanding dalam pilihan raya tetapi tidak dapat mengundi diri sendiri pun menuduh SPR menipu kerana menyembunyikan pendaftarannya .. tapi apa nak heran.. mereka pernah berkata... "Kami akan ke Putrajaya jika tidak melalui pilihanraya kami akan tiba melalui 'jalan raya' "... 

No comments:

Post a Comment