Depa kata..., "Suhakam sedang mengkaji kesahihan nota mengenai dakwaan penyeksaan yang dilakukan terhadap tahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).Antara isi kandungan nota tersebut adalah penyeksaan yang dilakukan oleh kakitangan kem berkenaan yang bertindak menyeksa tahanan ala Guantanamo seperti dipaksa menanggalkan pakaian sehingga hanya memakai pakaian dalam, dan digantung terbalik daripada satu mesin yang bergerak mengelilingi satu bilik penyeksaan khas yang disyaki terletak di Bukit Aman. Selain itu tahanan turut dilumur minyak panas di kemaluan dan dipaksa berbogel serta melakukan ketuk ketampi selama beberapa jam untuk tempoh sehingga 60 hari."

Iskkkk...!!! Pertamanya aku nak gelak lah dulu... walaupun aku idak ler pernah kena ISA, tetapi setakat duduk macam mana yang kena tahan ISA tu ada ler sekali dua ( sebelum di bacakan kesalahan sama ada ISA atau 117) ... aku gelak pasai... depa kata kena reging kepala bawah kaki atas satu, sama taraf dengan pusat tahanan Guantanamo  satu hal.. Dilumur minyak panas satu hal... di paksa bogel dan ketok ketampi satu hal... Ehhh!!! ini apa punya temberang daaa? Seingat aku masa kena "pinjam dan simpan"  dulu tak pernah pun aku di jentik.. tetapi setakat di interview sahaja sepanjuang masa, sepanjang tujuh hari ketika di "pinjam dan simpan" tu, tapi paham sahaja lah kalau hari hari dok interview..  , sebab? aku bukan tahan Jenayah tetapi setakat tahanan politik sahaja, lainlah kalau kena kes tahanan ISA sebab sebab jenayah yang melibatkan keselamatan negara saperti tukang buat bomb nak pi bomb Istana Negara/Putrajaya ka, tukang letup bomb ka, jenis kamikazi ka, ada lah skit presure, tapi bab nak gantung kaki atas nih tak masuk akal, kena tanggal baju dan tingal spendar? itu biasa lah... kat tepi pantai pun ramai yang pakai spenda tak heboh pun... dilumur minyak pasas? lagi tak logik, sebab? polis takkan buat kerja bodoh meninggalkan kesan bukti, depa nak lumuq lagu mana? nak temberang pun patut patut lah....  

No comments:

Post a Comment