Depa kata.., "Mampukah Pakatan Rakyat nanti menguruskan rakyat dengan segala kerenah mereka yang sentiasa meminta minta, sedangkan dalam masa yang sama Pakatan Rakyat perlu memberi tumpuan untuk melaksanakan janji-janji manifesto PRu13 yang lebih besar dari segi nilai dan golongan sasarnya, jangan nanti yang di janji tak tertunai yang sedia ada habis terbarai dan tergadai".

Iskkk...!!! Kalau lah rakyat hari ini sanggup mengkhianati kerajaan BN yang telah banyak ‘memanjakan’ mereka dengan segala kemewahan ( kecuali yang malaslah contohnya kalau dah berhenti kerja sebagai 'kerani bank' dah malu nak berniaga goreng pisang), jika mereka ingin menukar kerajaan sekali pun dan memilih Pakatan Rakyat dalam pilihanraya umum yang akan datang, apa jaminan bahawa kerajaan Pakatan Rakyat nanti juga tidak akan melakukan perkara yang sama dan akhirnya rakyat sendiriyang akan menderita, nak marah pun jangan lah sangat sangat setandan pisang jika masak ranum, tak semuanya baik untuk di makan, Sisih sahaja yang busuk dan makanlah yang baik baik asal ianya tetap pisang.

No comments:

Post a Comment