Depa kata.., " Isu Projek Penapisan dan Pembangunan Petrokimia Bersepadu (Rapid) di Pengerang, Johor, kini kembali aktif semula , kali ini melibatkan beberapa orang "Pakar" dari Taiwan yang pernah terlibat dengan Anti- KuoKuang Petrochemical Plant, aktivis Taiwan yang anti-Kuokuang, memberi amaran bahawa projek itu boleh menjadi lebih berbahaya kepada Malaysia kerana saiz projek Rapid di Pengerang adalah lebih besar daripada projek Kuokuang di Taiwan.Umur rakyat Taiwan dianggarkan dipendekkan sebanyak 23 hari kerana pencemaran udara, tetapi projek di sini adalah lebih besar  daripada di Taiwan, yang bermakna kadar kerosakannya akan menjadi lebih serius,"



Iskkk... sampai begitu sekali? Jika dahulu dalam isu Lynas Pegawai Diplomat Asing ( terutama Singapura) di dapati terlibat kini ada yang lebih berani untuk memperkatakan isu RAPID yang masuk hanya sebgai pelancung? Dengarnya mereka ini masuk mengunakan pas lawatan atas jemputan Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH), ( adakah ini bermakna Kerajaan Negeri Selangor di bawah Pakatan terlibat?) Mengapa mereka memerlukan orang luar untuk menghasut rakyat Johor khususnya Pengerang? Ini adalah perkara biasa kepada Pembangkang yang tahu kekuatan mereka tidak mempu mempengaruhi warga Johor, Akhirnya  ke enam mereka di perintah meninggalkan negara ini.


Mengapa Pengerang?
Kerana Pengerang mempunyai 'kestabilan politik’, atau dengan erti kata lain, Pengerang merupakan kubu kuat kepada Barisan Nasional ia itu parti pemerintah, Johor merupakan salah satu negeri yang mempunyai majoriti yang selesa dalam Dewan Undangan Negeri dan parti pembangkang berada dalam posisi yang lemah dalam realiti politik. Sahingga kini Johor adalah negeri yang paling sukar untuk ditembusi dan Pengerang boleh diumpamakan sebagai benteng yang paling teguh dalam kubu tersebut. Ini terbukti dengan kedudukan Ahli Parlimen Pengerang, Dato' Seri Azalina Othman yang menang tanpa bertanding dalam Pilihan Raya Umum selama dua penggal. Oleh kerana itu, tidak hairanlah Pengerang dipilih sebagai tapak untuk Projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID).


RAPID adalah sebuah projek untuk mentransformasikan Pengerang menjadi sebuah sebuah pusat perdagangan bersepadu minyak, gas dan petrokimia bertaraf dunia. Pihak-pihak yang terlibat adalah Kerajaan Negeri Johor, Dialog Group Berhad,, syarikat dari Belanda, Vopak dan Petronas. RAPID diumpamakan sebagai durian runtuh kepada penduduk di Pengerang. Bukan sahaja banyak peluang pekerjaan bakal diwujudkan sepanjang proses pembinaan dan selepas operasi bermula, malah penduduk akan diberikan pampasan kewangan untuk tanah mereka yang diambil untuk projek ini. Penduduk juga akan dipindahkan ke kawasan perumahan yang berkualiti dan dibekalkan dengan segala kemudahan di tempat tinggal baru mereka. 


Projek ini akan memberi impak kepada penduduk dan keyakinan rakyat kepada kerajaan Barisan Nasional di bawah pimpinan Dato Seri Najib Tun Razak yang amat di benci oleh pembangkang dari segala sudut. Maka aktivis dari Taiwan ini bawa masuk dengan kerja sama beberapa parti politik bertujuan untuk mensabotaj projek ini yang kononnya akan memperlihatkan kelemahan Pengurusan Kawasan oleh Dato Seri Azalina dan juga kepincangan kepimpinan Perdana Menteri Dato Seri Najib.


Sebenarnya mereka tidak senang dengan segala apa pencapaian yang telah di lakukan oleh Kerajaan Barisan Nasional.

No comments:

Post a Comment