Depa kata.., “ Kejayaan polis menumpaskan sindiket penjualan sijil palsu bernilai lebih RM5 juta, kononnya daripada lima universiti luar negara, turut mendedahkan pembelinya terdiri daripada kalangan ahli politik dan individu bergelar Tan Sri.Terdapat 525 orang 'graduan' tempatan serta asing dikesan terlibat membeli sijil palsu sejak beberapa tahun lalu.Pihak polis sedang mengenal pasti ahli politik dan individu bergelar Tan Sri".

Iskkk...!!! macam macam ada kat Bumi tercinta Malaysia ini, tetapi janganlah kerana nila setitik rosak semua susu, ada juga susu yang masih sebenar susu, kesian pada mereka.. Ini Malaysia lah Bro.. semuanya mesti ada kertas segulung itu kalau tak ada orang tak hormat walaupun ada gelaran YB. dan di sini juga untuk mendapat kerja anda perlu ada kertas segulung itu walaupun anda memiliki kemahiran tinggi, tanpa kertas segulung kemahiran anda tiada nilai... Itu sebab ujudnya "kerta segulung " palsu itu... tak percaya? cubalah pada mereka yang memiliki kemahiran komputer ( buka pasang komputer, mengenali hardware sofware, mengendali OS Script, boleh memasang dan mengendali SQL serta tahu melakukan 'hacking'  dan sebagainya) memohon jawatan 'Pegawai Sistem Maklumat' tanpa segulung kertas tadi.... haru beb

No comments:

Post a Comment