Depa kata..," Pas Kelantan tidak menafikan adalah haram mengundi golongan yang menentang Islam pada dasarnya namun ia dibolehkan bagi menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang diterajui UMNO. Hukum boleh berubah mengikut keadaan dan waktu tertentu. Maka, Pas yang memperjuangkan Islam mesti tolak kerajaan yang membenarkan kemungkaran berlaku. Untuk itu, kita memang tidak mampu melainkan dengan adanya pakatan pembangkang seperti sekarang. Kalau tidak undi DAP kita tidak boleh menang, jadi kita memerlukan satu gabungan yang besar untuk menjatuhkan kerajaan UMNO dan BN, maka ia dibolehkan," 

Iskkk..!!! Ini lah yang dikatakan Matlamat menghalalkan cara... ha ha ha... hidup PAS.

1 comment:

  1. Sekadar pandangan....
    Penulis ingin mengulas berita mengenai saranan `haram undi DAP oleh tokoh agama dari Kelantan, Mufti Pahang, Negeri Sembilan (Mufti Perak juga), Dr Fadlan dan Ustaz Fathtul Bari.
    Ini pasti mendapat maklumbalas dari pihak PAS khasnya Tok Guru Nik Aziz dan Presiden PAS Hadi Awang. Setakat hari ini Jumaat 11 Ogos 2012 jam 9 pagi, belum ada kenyataan rasmi dari mereka. Kemungkinan besar, Tok Guru Nik Aziz dan Tok Guru Hadi Awang ( melainkan Dewan Ulamak Kelantan) sedang berpuasa `mulut’nya sempena Ramadan Al Mubarak.
    DrAsri menjadi orang kedua mempertikaikan saraan haram mengundi DAP. Beliau berkata bagaimana pula dengan wakil rakyat bukan Islam dan lebih berat Menteri atau Timbalan Menteri bukan Islam? Beliau bermaksud haram juga mengundi mereka.
    Tun Mahathir turut bersuara yang beliau menolok hudud ala PAS yang tidak adil. Hudud PAS untuk orang Islam sahaja dan rakyat bukan Islam menggunakan undang-undang sivil. Tun menambah keadaan politik di Malaysia belum sesuai untuk hudud. UMNO menghormati kaum lain dan jika kaum lain bersetuju untuk melaksanakan hudud, baru lah ia boleh dilaksanakan.
    Ustaz Kazim berpendapat hanya apabila umat Islam di Malaysia bersatu dan kuat, hudud boleh dilaksanakan. Selagi ia berpecah, hudud sukar dilaksanakan. Ustaz Kazim menambah BN khasnya UMNO telah melaksanakan 90 peratus undang-undang dan kemudahan untuk orang Islam seperti perbankan Islam, Takaful Islam, Universiti Islam, Mahkamah syariah, Pusat Zakat dan Wakaf dan banyak lagi.
    Penulis merasa risau sedikit kerana jika PAS membalas dengan mengeluarkan `fatwa’ yang menghalalkan ahli PAS mengundi DAP dan atau kumpulannya, ia akan menyebabkan rakyat Islam akan menjadi was-was dan fatwa mana yang betul.
    Penulis juga risau dengan tahap ketaksuban kebanyakan penyokong PAS yang memberikan sokongan membabi buta. PAS telah BERJAYA menanam tanggapan bahawa jika Utusan Malaysia dan Pengasas Pondok Geting Tumpat, Mufti Pahang, Dr Fadlan Mohd Othman, majlis Fatwa dan ramai ulama pro BN yang mengeluarkan saranan ataupun fatwa, sudah pasti penyokong PAS dibenarkan menutupkan teliga dan menghitamkan hati mereka. Ini adalah kerana saraan dan fatwa dari Kerajaan adalah berbentuk politik. Jesteru ini, pihak Kerajaan TIDAK BERJAYA mengingatkan rakyat Malaysia akan bahayanya DAP terhadap Islam dan Melayu.
    Penulis yakin ada pemimpin PAS (PKR dan DAP tidak terkecuali) akan menimbulkan cerita bahawa Pengasas Pondok Geting dan lain lain tersebut dibayar oleh UMNO/BN. Ustaz Abdullah ada dendam kesumat terhadap Tok Guru Nik Aziz.
    Semalam, Anwar Ibrahim dan Lim Kit Sial telah menuduh Utusan Malaysia cuba mencetuskan konflik kaum di Malaysia dan ia merupakan satu kempen pelampau agama.
    Saya yakin permasalahan (haram atau halal mengundi DAP) ini berlanjutan dengan adanya ulusan ulasan para cendiakawan ini. Penulis harap Sinar Harian dan Wacana Perdana akan menganjurkan debat dan melibatkan mereka semua ini. Jemput penceramah PAS, UMNO, Dr Asri, Ustaz Kazim, Ustaz Azhar dan Ustaz Fathul Bari berdebat.
    Pandangan saya ialah saranan haram dan berdosa mengundi DAP ini mesti disampaikan kepada pengikut PAS secara direct (macamana?) selain daripada maklumat tambahan kepada rakyat Malaysia yang bersifat `silent majoriti’. Akhbar Utusan Malaysia amat sensatif kepada pengikut PR. BN perlu mencari jalan yang sesuai menyembarkan saranan tersebut.
    BN/UMNO perlu banyak berdebat di Kelantan di hadapan penyokong PAS dan InsyALLAH dengan penceramah yang baik, ia sedikit sebanyak membuka minda penyokong PAS. Matlamatnya mesej mesti disampaikan. Jangan harapkan penyokong PAS membaca Utusan Malaysia.
    Ikhlas dari
    Nasirwise.blogspot.com

    ReplyDelete