Depa kata.., " Pengisytiharan bahawa negara ini adalah negara Islam yang Tun mahathir  ungkapkan tidak terbukti serius kerana banyak aspek perlaksanaan sistem Islam yang sepatutnya dilaksanakan ternyata dihalang ketika pentadbiran beliau. Malah membunuh Sekolah Agama Rakyat dan dan menolak Bahasa Melayu sebagai wahana pembangunan negara Islam adalah berpunca dari zaman beliau. Kini Mahathir mendakwa hudud yang beliau tolak adalah hudud PAS. Persoalannya di bahagian manakah yang dapat beliau buktikan ianya adalah hudud PAS dan bukan hudud Islam. Meletakkan dasar bahawa hukum Allah adalah hukum tertinggi negara itupun telah beliau tolak  apatah lagi untuk melaksanakan hukum hudud". - Presiden Teras

Iskkk...!!!... Apa kah aspek perlaksanaan Islam yang tidak dijalankan semasa pentadbiran Tun Mahathir? , Hudud? bukankah Hadi Awang sendiri menjelaskan bahawa Hukum Hudud ini 1/1000 tuntutan perlaksanaannya, Sila nyatakan Sekolah agama Rakyat mana yang telah di bunuh oleh Tun semasa pemerintahannya? kecuali sekolah yang mendidik untuk membenci kerajaan dan sesama insan, ini wajib di lupuskan demi kesejahteraan rakyat umum. Didalam Al-Quran sentiasa menggesa supaya dielak daripada terjadinya huru-hara dan Allah sendiri sangat tidak gemarkan kapada mereka yang menyebabkan huru-hara berlaku.

Sahabat Presiden Teras kena mengkaji sejarah jangan main terjah nanti orang kata bebal tak sudah. Isu hudud yang di tentang oleh Tun jelas adalah hudud ala PAS, bahagian mana? lihat pada Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 Negeri Kelanatan yang mempunyai 72 fasal, di sini di nyatakan Hudud hanya terpakai untuk orang Islam sahaja, Sedangkan orang bukan Islam terkecuali dari hukum hudud ala PAS ini, sedang tiada satu Nas Al Quran pun yang menyebut Hudud ini hanya untuk orang Islam sahaja.

Penguatkuasaan kanun jenayah yang digubal oleh Kerajaan PAS di Kelantan, menurut kajian sehingga setakat ini tidak menampakkan dan tidak menyakinkan pakar-pakar perundangan Islam yang tidak mempunyai sebarang kepentingan politik bahawa ia selari dengan ajaran dan kehendak Islam sebagaimana yang telah diuruskan dengan bijaksana oleh Rasulullah SAW. dan para sahabat,banyaknya terdapat ayat-ayat Al-Quran yang menegaskan tentang pentingnya keadilan dan lebih banyak bagi ayat-ayat yang mencela sebarang jenis kezaliman.

Tindakan tindakan yang di ambil oleh Tun mahathir ketika zaman pentadbirannya ialah berpandukan kapada kaedah yang terdapat dalam sistem pemerintahan Islam sendiri iaitu sentiasa bergantung kapada kepentingan ramai (umum).

No comments:

Post a Comment