Depa kata.. "Untuk apa kerajaan sekarang berhabis duit semata untuk memerah keringat Lee Chong Way yang kian di mamah usia, Beliau bukan berada di usia remaja 15 tahun yang perlu di baiki untuk membawa cabaran Malaysia di arena badminton, Tidak perlu lagi di usahakan dan berhabis wang berjuta ringgit hanya untuk Chong Way beraksi lagi di olimpik 2016 nanti, Sepatutnya kerajaan perlu dari sekarang mencari bintang baru, diasuh dan didik serta di belanjakan kewangan agar Malaysia mempunya pelapis untuk mengantikan Chong Way, bukan ketika Chong Way sudah bersara baru terketar ketar mencari pengganti, Pencarian patut sudah bermula hari ini"


Iskkk...!!! Ini lah yang aku nampak, kalau ada satu bintang cemerlang maka bintang itulah yang di usung kehu ke hilir, sedangkan ada bintang lain yang boleh bersinar jika di gilap, tetapi bila di biarkan maka sinar bintang tadi akan kelam juga, Takkan tak ada pelapis baru di bawah umur 15 tahun yang boleh di gilap untuk mengantikan Chong Way, biar lah banyak bintang yang di gilap mungkin ada diantaranya boleh bergemelapan biar pun dari beribu bintang yang kelam dan tersorok, semuanya perlu di gilap agar bersinar, Peruntukkan untuk memulihkan Chong Way seorang mampu untuk mengilap beribu bintang baru... latih mereka cukup cukup sapertimana rakyat China dan Indonesia yang memiliki barisan pelapis yang cukup hebat, jika dihantar mereka ini menentang pemain atau jaguh tempatan pun belum tentu kita boleh menang walaupun peringkat saringan... fikirkanlah kerajaan Malaysia, berapa juta peruntukkan untuk Chong Way? bayangkan apa yang boleh di buat dengan peruntukan sebanyak itu kepada tugas mengilap bintang baru... Semoga akan lahir beribu Lee Chong Way, Misbun Sidik, Rashid Sidik lagi di arena badminton Negara dan Dunia.

1 comment:

  1. Kawan rasa program mencungkil bakat bakat baru badminton memang berjalan di peringkat sekolah lagi. SUKMA juga adalah pentas untuk menguji tahap pesukan termasuk pemain badminton. Kemudian diadakan berberapa siri kejohanan badminton peringkat tertutup dan terbuka (antarabangsa). Hampir setiap bulan atau dua bulan ada sahaja pertandingan. Kelab badminton juga tumbuh seperti cendawan lebih lebih lagi selepas temesya Olimpik London 2012.
    Saya setuju dengan saranan tuan supaya peruntukan di tumpukan kepada membentuk beribu pemain seperti Lee Chong Wei atau Misbun. Program yang rapi perlu diadakan dan political will oleh kerajaan adalah ramuan yang baik kearah pembentukan pemain yang berciri `tournament'
    ikhlas dari
    nasirwise.blogspot.com

    ReplyDelete