Depa kata.., "Dewan Pemuda PAS Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya tindakan seorang pengarah filem berketurunan Israel Amerika, yang menghina Nabi Muhammad SAW melalui filem terbarunya. Filem berjudul Innocence of Muslims, ini telah dihasilkan sepenuhnya oleh Sam Bacile dan trailer filem tersebut juga telah dimuat naik di dalam laman youtube.
Isi kandungan yang dipaparkan di dalam video yang berdurasi 14 minit ini hanya mendatangkan kemarahan di dalam diri umat Islam. “Dewan Pemuda PAS Malaysia membantah paparan video seperti ini yang menyentuh sensitiviti umat Islam".



iskkk...!!! Kekadang terfikir juga bagaimana puncanya sahingga Nabi Junjungan Umat Islam ini mudah di hina.. Bukan untuk mencari siapa yang bersalah, tetapi sekadar mencari di mana silapnya umat Muhamad ini.. Baginda di istilah sebagai seorang yang gila sex , adakah mereka ini benar kenal dengan Rasullulah ? jika tidak dimanakah mereka melihat untuk di jadikan rujukan? 

Lihat sahaja sendiri umat Islam, terutama di Timur Tengah dangan fahaman yang pelbagai terutama Syiah yang menjadikan wanita sebagai hamba sex mereka sahaja, dan bukannya sebagai 'Amanah Allah', di Malaysia juga tidak kurang nya.. berkahwin tiga empat tetapi tanggung jawab?, Dapat bini muda bini tua mulalah merempat. 

Kemudian lihat pula tingkah laku sesama umat Islam, berperang sakan, seronok agaknya bila begaduh sesama sendiri,  Usah di lihat yang jauh lihat sahaja di tanah air sendiri, umat Islam bergaduh sesama sendiri walaupun dalam isu yang kecil, 

Adakah mereka ini benar benar mengikut ajaran Rasul? jika jawapannya Ya..mengapa mereka membutakan hati didalam hal hal yang boleh menggelincirkan akidah?, adakah menjadi amalam Rasullulah memaki hamun sesama sendiri?. adakah dengan perbuatan itu mereka di lihat lebih membina agama?.

Adakah kerana kuasa, harta dan tahta ( kedudukan) kita rela menghalalkan cara?. Islamkah kita jika kita rela di pancu arah oleh sikafir dan mempersendakan agama kita?.

Jika semua perkara diatas tidak mampu di lerai, usah lah kita bersedih atau terkilan tak tentu pasal, sebab semua yang berlaku hari ini adalah kerana perbuatan kita sendiri, Jika Islam itu bersatu dan tertip didalam mengikut panduan Alquran serta Sunah sudah pasti Islam dan nabi Muhammad S.A.W akan sentiasa dihurmati.  

Dengan lemahnya Umat Muhamad didalam membela agama mereka maka kesempatan ini memberi ruang kepada pencerca agama untuk 'masuk jarum' menghasut dan menghina Rasul Junjungan.

Nama sahaja 'Arab Bersatu' tetapi apa jadi dengan Iran, Iraq? kata sahaja Islam itu bersaudara apa jadi dengan Rohingnya? satu ketika dulu Bosnia, apa jadi dengan Syria? tidak lari juga di tanah air tercinta ini Malaysia. 

Yang extream telalu extreamnya sahingga alquran di persenda pun tak apa, kononnya itulah cara mendidik, Yang sederhaha terlalu sederhana sahingga kemungkaran didepan mata sekadar marah didalam hati sahaja, dan yang jahil teramatlah jahilnya sahingga tak tahu yang mana halal yang mana haramnya pada mereka semua sama sahaja.

Mungkin ini lah yang di katakan umat akhir zaman.. Waullah hu alam.  











 

No comments:

Post a Comment