Depa kata.., " Parti PAS akan perjuangkan isu pengambilan tanah rakyat di Pengerang, Sebelum ini, kita didedahkan bahawa pengambilan tanah rakyat di Pengerang untuk projek Pembangunan Bersepadu Kilang Penapis dan Petrokimia (Rapid) tidak ikut prosedur dan perkara itu ternyata disembunyikan dari pengetahuan rakyat. Selain itu, kira-kira 1,545 kubur orang Islam dan kira-kira 3,000 kubur orang Cina akan dipunggah dan dipindahkan untuk memberi laluan kepada projek itu".


Iskkk...!!!... Tahniah kepada Naib Presiden PAS,  YB Salahuddin Ayub kerana membela nasib penduduk tempatan di Pengerang, dengarnya mereka akan membuat demo bantahan di Pekan Sungai Rengit, yang pertama soalannya mereka buat di Pekan Sg Rengit adalah kerana kawasannya yang luas dan kemudahan trafik dan logistik, Yang hairannya pekan ini sebenarnya tidak terlibat lansung dengan projek RAPID, jadi mengapa di Sg Rengit, mengapa tidak di buat di bandar Penawar?

Adakah kerana ingin mendapat sokongan kaum Cina yang menjadi penduduk majoriti disitu, dan sokongan 'tokey' besar dari tanah seberang?.

Parti PAS hanya memperjuangkan Tanah Kubur Melayu dengan harga rm3000.00 sahaja tetapi mereka ini memperjuangkan pampasan untuk tanah kubur atau jirat Cina dengan nilaian RM500 ribu bagi setiap sebuah kubur, adakah ini jalan perjuangan mereka?  

Jelas perjuangan mereka bermotif Politik semata... temberang tak berkesudahan parti PAS ini.

No comments:

Post a Comment