Depa kata..., "Behubung dengan peribahasa Inggeris yang berbunyi “The Devil you know is better than the Angel you don’t” atau “Syaitan yang anda kenali adalah lebih baik dari Malaikat yang anda tidak kenal” dari ucapan Tun Dr Mahathir. Walaupun saya faham bahawa penggunaan istilah ‘Syaitan dan ‘Malaikat’ adalah merupakan kiasan semata-mata, tetapi hakikatnya ianya tetap merupakan pengakuan bahawa kerajaan UMNO/BN, dalam konteks ucapan Dr Mahathir, adalah kerajaan yang penuh dengan kejahatan dan penyelewengan. Itulah sebabnya dikiaskan dengan Syaitan walaupun bukan secara literal merupakan Syaitan. Hanya ‘bagaikan Syaitan!

Pada masa yang sama, kerajaan PR pula dikiaskan dengan ‘Malaikat’. Ini juga merupakan pengakuan oleh Tun Dr Mahathir akan imej dan reputasi baik yang ada pada PR berbanding dengan UMNO/BN. Walaupun PR bukan ‘Malaikat’ secara literalnya, iaitu makhluk yang dijadikan Allah tanpa nafsu dan mentaati Allah dalam setiap amalannya, namun PR dikiaskan sebagai Malaikat di atas sebab reputasi dan imej baiknya".


Iskkk...!!! ayakk!!! ini pun tak tau ka? 
Ya!! kita tau syaitan ini suatu mahluk yang di laknati, dan kita tahu kejahatan setan ini, itu sebab kita perlu berhati hati dan sentiasa berwaspada, Tetapi jika di fahami bahawa UMNO / BN itu sebagai gambaran sebagai "syaitan"  maka kena terima hakikat bahawa setan inilah yang memberi bantuan kepada Nik Aziz ketika masuk hospital, Bob Lokman yang sering maki hamun kerajaan tetapi masuk duduk hospital kerajaan dan ramai lagi yang menerima dan menadah tangan bila kerajaan UMNO / BM memberi bantuan walaupun kemudiannya mengigit tangan yang menyuapkan makanan ke mulut mereka,.. ini maknanya "setan yang kita kenal"

Berbeda pula jika di fahami bahawa PR itu sebagai Malaikat, ya benar Malaikat adalah sesuci mahluk ciptaan tuhan, tetapi bagaimana dengan "setan yang menyerupi Malaikat" sudah pasti ianya kelihatan amat baik tetapi hakikatnya disebalik kebaikkan paras rupa rupanya, ianya memiliki perangai yang lebih hebat dari setan, di mulakan dengan doa dan salam tetapi di akhiri dengan maki dan cerca, jadi adakah ini Malaikat yang PR rasakan.  Jika ini yang mereka rasakan maka kita perlu lebih berhati hati, Jika UMNO /BN di ibaratkan saperti setan, maka adalah mulianya UMNO kerana sering memberi bantuan kepada yang memerlukan dari PR yang di katakan sebagai Malaikat tetapi sentiasa meminta minta dengan rakyat untuk sesuap nasi dan minyak petrol mereka ( kutib derma dari rakyat untuk tampong kos ceramah), dan jangan lupa bahawa Nik Aziz sendiri pernah melafaskan " Jika setan ingin membantu pun kita akan terima.." adakah ini bermaksud ada setan baik?..


No comments:

Post a Comment