Depa kata.., "Penganut Kristian tidak harus berdiam diri walaupun merasakan mereka 'tidak bersalah, suci dan tidak terlibat dalam perbuatan salah, walaupun penganutnya bertanggungjawab di hadapan Tuhan, penting untuk mereka menyuarakan 'keadilan untuk semua' - slogan yang juga menjadi seruan pakatan pembangkang, Gereja boleh memainkan peranan (menentang ketidakadilan) untuk mewujudkan masyarakat yang lebih kuat," - Lim Guan Eng.

Iskkk... Nampaknya gereja sekarang sudah menjadi medan politik pula berjangkit dari Masjid dan Surau yang telah lama menjadi medan politik lemah lutut parti PAS. Ramai yang marah dengan kenyataan Guang Eng yang disiarkan itu tetapi adakah orang ini marah kepada Nik Aziz, Hadi Awang, Mad Sabu yang telah lama menjadikan Masjid sebagai dewan menyampaikan idiologi politik kebencian mereka? selain Anwar yang baru mencuba mengunakan mimbar Masjid tapi tak menjadi kerana di baling selipar oleh orang kampong.

Kita terlalu sibok dengan langkah pembangkang tetapi kita terlupa adakala langkah kita sendiri pun selalu terkidung..

No comments:

Post a Comment