Depa kata.., "  Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berharap golongan penunggang motosikal berkuasa tinggi di negara ini akan bertambah kerana Malaysia berpotensi menjadi hub penunggang motosikal jenis itu di rantau ini. Najib berkata beliau tidak fikir ada negara lain di Asean yang mempunyai jumlah penunggang motosikal berkuasa tinggi seramai itu. Beliau menganggap ini sebagai titik permulaan kepada masa depan di mana kegiatan menunggang ini akan memuncak dan akan bercambah kepada bilangan yang jauh lebih besar lagi, Najib berkata konvoi 1MBW yang disertai oleh 536 peserta yang menunggang 438 motosikal itu mampu mengubah persepsi orang ramai terhadap mereka yang selama ini dianggap golongan elitis".

Iskkk..!!!..

Pertamanya tahniah lah pada peserta club motor besaq nih...dapat pulak peruntukkan, yang pakai motor besar jelah.. cup chai tak main yerrr...

Semuanya aku setujulah bila bab khidmat dan mendampingai masyarakat tu... tetapi menafikan bahawa kelab motor besaq tu club elit aku tak berapa setuju, tak tahu lah siapa yang tulis text ucapan tu.

Kerana tidak semua orang mampu memilki motor besar dengan harga yang di tawarkan di Malaysia ini berbanding di negara jiran, jika berpendapatan rm3K sebulan pun harus berfikir banyak kali untuk memilki motor berkuasa besar ini " jangan jadi nafsu besar tapi buget ciput" 

Pertamanya cukai inport motor besaq ni dari tahun 1994 selepas di naik kan 100% cukainya oleh menteri kewangan masa tu siapa lagi kalau bukan Anwar Ibrahim yang kata " yang pakai motor besar ini orang ada duit" sahingga hari ini tidak pernah di turunkankan, temasuk cukai jalan yang juga diu naikkan 200% pada tahun yang sama. ( nak tahu apa jadi? ramai syarikat melayu yang jual motor besar bungkus, kerana motor tak laku).

Kita ambil paling basic harga sebuah motorsikal kuasa tinggi yang bukan dalam 'kumpulan elite' (kumpulan motor elite saperti Boulevard, Gold Wing, Spider, Titian, Triump, Harley, Kawasaki 2000, dan beberapa jenama lain) saperti DUCATI local asemble harga pasaran lebih kurang RM56K ( ini paling cekai buat jenama eropah, atau model Kawasaki ER6N jenama buatan Jepun dengan harga RM35K OTR. ) agak agak kumpulan mana yang mampu beli? adakah kumpulan elite atau non elitis?, jadi untuk mengelar pemilikan motor besar ini sebagai gulungan bukan elitis adalah tidak benar. ( diharap penulis text tersebut sedia maklum tak yah nak bodek lebih lebih..rakyat dah meluat)

Kemudian kita lihat pula siapa mereka mereka yang memiliki motor berkuasa besar ini, kebanyakkan mereka memiliki gelaran atau jawatan tertentu ( ada juga yang mendapat tajaan atau 'hadiah'), boleh di katakan 95% pemiliknya ada jawatan dan gelaran,Malahan ada mokcik mokcik ( Mak Datin atau Cik Puan muda harap maafnya) yang menunggang Spider yang berharga RM135k  jadi adakah kumpulan ini bukan kumpulan elit?.

Jika benar YAB Datuk Seri Najib hendak menjadikan Malaysia sebagai hub motor berkuasa tinggi di Asia ini, pertamanya turunkan lah harga cukai import ( paling cantek hapuskan terus cukai import) dan cukai jualan serta cukai jalan dan insyuran jentera tersebut. saperti yang di pohon oleh YB Dato Seri Zahid Hamidi Pengerusi kelab motor besar (BBC)

Jika ini berlaku, maka negara dapat mengurangkan kesesakan Jalan raya yang kian hari kian meruncing dah kemarahan orang ramai terhadap sistem AES juga akan turut menurun, ( kerana pemanduan jentera kuasa tinggi ini tidak saperti menunggang kup cai) Apa bila orang ramai mula memikirkan untuk memiliki jentera motor berkuasai tinggi untuk ke tempat kerja.( menyimpan kenderaan kereta sedia ada di rumah untuk tujuan keluar berkeluarga sahaja bukan lagi ulang alik ke tempat kerja).



InsyaAllah jika ini boleh berlaku, tahun depan Putrajaya akan di gegarkan bukan lagi 438 motor berkuasa tinggi tetapi mungkin menjadi 4380 yang akan menderumkan Putrajaya yang ketika itu masih kekal di bawah pentadbiran Barisan Nasional yang di ketuai oleh YAB Datuk Seri Najib Tun Razak.

1 comment: