DEPA KATA.., " Menjadikan tarikh pilihan raya sebagai teka-teki adalah mempersendakan rakyat. Tindakan menyembunyikan tarikh pilihan raya dianggap mencabul prinsip demokrasi, apalagi menjadikan ianya sebagai teka-teki, Mereka merujuk kepada kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa tarikh pilihan raya dijadikan mainan dan alat untuk menggembirakan hati adalah satu kenyataan yang sangat biadap dan celupar. Penangguhan tarikh pilihan raya ini sebenarnya telah menjejaskan aktiviti tahunan rakyat Malaysia,”. 




Iskkk...!!!

Aku pun tak paham tangmana kata mempersendakan rakyat tu? bukannya pilihanraya tak ada tarikh luput... cuma Hak Perdana Menteri sahaja untuk mempercepat atau menunggu habis tempoh parlimen tak salah dalam perlembagaan dan tak langgar undang undang tubuh Malaysia pun, jadi apa isunya?

Menggangu aktiviti harian? tang mana yang ganggunya? nak buat kenduri kawen? buat lah sapa halang, bukan pasal ada pilihan raya penganting tak boleh kawen, bukan semua pengundi kenan dok kat balai raya atau sekolah dan tak boleh pi mana mana, tak pernah pun dalam sejarah berlaku hari mengundi semua kena bercuti, peniaga kena tutup kedai dan hanya duduk di balai raya tengok orang mengundi.

Yang nak pi Umrah pi lah umrah... kalau dok kat Malaysia pun ada juga yang tak pernah mengundi walaupun umoq dah nak masuk kuboq. 

Tu ada dua tiga kawan aku .. dok makan gaji dengan kerajaan dan GLC negeri, gaji boleh cecah lima anggka sebulan, tak pernah mengundi pun... last last bila kerajaan BN tonggeng baru dia tahu bertapa langit tinggi rendah bila perkhidmatan dia di tamatkan akibat bertukar kerajaan... Padan Muka Hang, aku dah habaq tak mau dengaq..

No comments:

Post a Comment