Lahad Datu Di Ceroboh Kerana Askar Leka Main Judi


DEPA KATA.., " Lahad Datu Di Ceroboh Kerana Askar Leka Main Judi, dan kesalahan perlu di tunjukkan kepada ATM kerana menjadikan penempatan di pos-pos berkenaan sebagai tempat ‘hukuman’ untuk anggota tentera dari seluruh negara yang didapati melanggar disiplin ketenteraan.  Maka tidak hairanlah kenapa ia mudah dibolosi, Kerana ATM meletak anggota yang tak berdisplin. Menurut seorang bekas Jeneral yang juga pernah di pecat kerana kes kehilangan enjin jet, beliau mendapat maklumat dari rakan-rakannya yang masih berkhidmat, ketika kejadian itu berlaku, anggota tentera di pos kawalan tersebut; bersama pegawai pemerintah mereka, sedang leka bermain judi!!!"


Iskkk....!!!!

Nih apa punya story? mentang mentanglah 'bekas' Jeneral tu dah join PKR maka semua yang dia habaq nak diambil kira sebagai benar ka?

Kalau seorang penyamum dia akan kata penyamun yang lain lebih penyamun dari si penyamun tadi, sebab depa sama penyamun, dengan tujuan untuk menunjukkan bahawa dia adalah penyamun yang lebih baik dari semua penyamun, sedangkan kerja menyamun ini dari sudut mana pun tetap tak baik,sarupalah dengan story di atas tadi.

Oleh kerana diri sendiri pun kurang baik maka nak bagi tarik pengaruh dan buat cerita sedap dengar maka orang ini pun buat story "orang yang jaga disitu buat benda tak baik"

Rakyat dah tau dah apa story yang sebenaqnya berlaku kat sana tu, tok sah dok buat cerita burukkan ATM pulak, tak semua anggota ATM tu sama macam 'Jeneral yang hilangkan Enjin Jet' , Enjin Jet bukan macam enjin motor kupchai..

1 comment:

  1. Ada kah pembohongan begini nak percaya. Anakbuah saya sedang bertugas di Ops Pasir tu, setiap 3 bulan akan kesana. Dia takde masalah displin pun. Tapi disebabkan giliran pasukannya kena bertugas disana menggantikan pasukan lain pulak. Janganlah nak buruk-burukkan mereka yang meninggalkan keluarga, ibubapa dan anak2 selama berbulan korang nak memburukkan mereka. Hargailah sedikit kalau tak boleh nak sanjung pun. Korang tak bertugas menjaga sempadan, pinggir pantai....maaf katalah korang dari jenis yang tak tahu menghargai keamanan yang ada.

    Entah2 mereka yang menceroboh tu dibayar untuk menceroboh agar boleh createkan situasi bila dah dekat2 PRU 13 ni.

    Hargai lah pengorbanan pasukan keselamatan kita. Yang menjaga pesisiran laut kita yang luas tu APMM jadi apakah tentera jugak salah? Tahukah kamu....Laut Cina Selatan tu luas terbentang?

    Satu lagi percayalah pada bekas Jeneral yg kecewa dan dinasihatkan berhenti atas sebab2 kesalahannya sendiri. Tolonglah Jeneral yang kecewa dan dah puas telan duit pun nak percaya....what so pathetic le puak pembangkang ni...

    ReplyDelete