Vedio klip Tahun Baru Cina, Lambang Kebodohan Melayu


DEPA KATA.., "Iklan melalui vedio klip Tahun Baru Cina dimana Najib menjadi pelakunnya adalah Lambang Kebodohan Melayu, Klip video itu menunjukkan seolah-olah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sedang mengetuk gendang bagi meraikan sambutan tahun baru Cina yang bakal datang. Tak pastilah bagaimana orang ramai melihatnya, tapi pada pandangan Pakatan Rakyat, iklan tersebut adalah usaha terdesak Najib untuk menarik sokongan masyarakat Cina yang dalam pilihanraya kali ini hampir pasti berpindah tangan kepada Pakatan Rakyat. Lebih teruk lagi, klip video tersebut sekadar memberi bayangan bahawa bangsa Melayu di negara ini sebenarnya berada di kedudukan yang paling rendah dalam sistem bermasyarakat negara kita, kerana dalam mana-mana kumpulan tarian naga atau singa, pemain gendang biasanya berada pada tahap yang paling rendah sekali. Malangnya bagi Najib (tapi untung pada Pakatan Rakyat), jauh dari matlamat asal untuk menarik sokongan orang Cina, pembikinan klip video ini hanya membuktikan satu perkara – orang Melayu bodoh dan hanya layak berada di kedudukan paling rendah!!,"


Iskkk....!!!




Baru aku tahu rupanya pemukul atau pemain gendang didalam tarian Singa perayaan itu adalah kedudukan kasta paling rendah.

Tak boleh nak bayangkan kalau tarian singa perayaan tu tanpa gendang agak agak meriah tak?

Sama saperti tarian zapin atau persembahan silat tanpa irama gendang bagaimana aganyanya rupanya persembahan tersebut.

Bagi puak pembangkang apa sahaja yang melibatkan Dato Seri Najib ianya mesti di perlekehkan tak kira apa sekalipun wa'ima memberi makan kepada fakir juga akan mereka perlekehkan.

Didalam konsep persembahan setiap pemain adalah penting dari persembah, pemuzik mahu pun pengikut @ Penyokong persembahan saperti kakitangan teknikel dan sebagainya. Lihat sahaja persembahan konsert, dari Artis ( penyanyi dan pemuzik) , sound Eng, Teknikel Eng. sahingga pengawal keselamatan yang mengawal di hadapan pentas, memainkan peranan penting sekiranya gagal maka cacatlah persembahan tersebut atau setidaknya menjadi sedikit kelang kabut.

Pada pandangan penyokong puak pakatan mereka lihat ini sebagai satu kebodohan kerana Dato Seri Najib hanya berlakun/berperanan  sebagai pemukul gendang yang di tarifkan sebagai kasta baling rendah. Rujukkan mana puak ini pakai tidak lah diketahui, mungkin memukul gendang didalam persembahan adalah kasta paling bawah jika di bezakan dengan persembahan dengan Cina Doll oleh Anwar Ibrahim yang membuat aksi tanpa alat muzik.

Tidak ada rujukkan istilah pemain gendang adalah kasta paling rendah didalam satu satu persembahan, jika di ikut sejarah gendang adalah muzik pertama di kenali.

Rasanya jika Dato Seri Najib bermain sebagai pemegang kepala singa dan menari mengikut rentak paluan gendang sudah pasti puak pembangkang akan mengatakan yang Perdana Menteri sedang buat apa yang di 'arahkan' saperti penari sedang mengikut irama' paluan gendang pula.

Sebenarnya apa yang cuba di gambarkan didalam iklan tersebut adalah, menunjukkan bahawa Dato Seri Najib sedang bersama sama rakyat Malaysia meraikan perayaan melalui budaya mereka (bukan ugama), Saperti yang kita ketahui Malaysia ini di diami oleh pelbagai ektenik budaya, fahaman dan agama,Keharmonian kaum terserlah pada setiap perayaan yang disambut di negara ini.

Mungking kerana Tahun Baru Cina disambut begitu hampir dengan menjelangnya PRU ke-13, maka iklan Dato Seri Najib ini menjadi mangsa politik puak pembangkang yang ketandusan idea dan isu. Nampak sangat puka pembangkang ini ketakutan dengan kebangkitan rakyat kembali menyokong Barisan Nasional.

Tidak ada salahnya Dato Seri Najib mengucapkan “Selamat Menyambut Tahun Baru Cina” kepada seluruh masyarakat Tiong Hua melalui iklan tersebut, cuma ianya menjadi igauan negeri puak pembangkang terutama Anwar Ibrahim kerana tiada siapa pun nak ambil dia berlakun dan beriklan, cuma iklan lakunannya bersama Cina Doll sahaja yang kerap kali disiarkan di Utube dan di lihat di seluruh dunia.

Pukulan gendang Dato Seri Najib didalam iklan Tahun baru Cina yang disiarkan tidak lain hanya untuk menunjukkan penghargaan dan rasa hormat Perdana Menteri kepada kaum Cina kerana sama-sama berkongsi kemakmuran dan kemajuan di negara ini.

Puak pembangkang ini hanya melihat iklan senyap dan sunyi saperti aksi Cina Doll dan Anwar diatas katil lebih baik dari melihat Iklan Kong Xi Fa Chai yang mana Perdana Menteri sebagai pemukul gendangnya.

Apa punya dollll.

1 comment:

  1. Abis tu yang anu war yg pakai baju keling siap pakai nandek pastu terkinja-kinja manari lagu keling tu tak bodoh pulak..BODOHHHHH..

    ReplyDelete