Rasuah Seks - Rafizi Serah Bukti

DEPA KATA - “Saya akan menyerahkan segala bukti kepada beliau (presiden) dan kita akan menunggu perbincangan dalam parti sebelum membuat keputusan untuk melaporkannya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),”  Rafizi Ramli













Iskkk...!!

Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli dengaq kata akan tunjukkan bukti berhubung dengan apa yang dia kata dakwaan rasuah dalam kerajaan Selangor kepada presiden parti Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada mesyuarat PKR nanti.

Rafizi kata setiap kes berkaitan disiplin akan dibawa kepada biro disiplin parti dan tindakan selanjutnya akan diambil terhadap mereka yang didapati bersalah.

Rafizi akan tunjuk bukti pada kak wan Azizah selaku Presiden parti, biaq parti buat keputusan sama ada mahu melapor atau tidak pada pihak SPRM.

Ooo, rupanya kalau kesalahan ahli politik dalam PKR depa kena bincang dulu dalam mesyuarat parti, lepas tu baru depa fikiaq sama ada nak usul pada SPRM atau tidak, emm.. kalu lagu nih depa pboleh pilih lah siapa yang depa kata bersalah dan siapa yang depa kata tak bersalah walau pun makamah dah kata bersalah... patut laaa.

Yang had Rafizi depa kata banyak dah portal berita lapor konon terdapat amalan rasuah dalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor.

Polrtal pun ada juga tunjuk cetakkan screen perbualan WhatsApp Rafizi yang depa kata wujud permintaan “untuk mendapatkan wanita” sebagai habuan dalam urusan dengan kerajaan negeri.

Dalam tu Rafizi kata ada menerima aduan bahawa selain wang ada juga depa minta perempuan sebagai bahan tambahan untuk berurusan dengan kerajaan negeri, setakat mana betui kita tak tau.

Kita pakat tungulah depa mensyuarat dengaq kata hari ini.

No comments:

Post a Comment