Najib Seperti Kadok Naik Junjung.

DEPA KATA -

Ucapan Perdana Menteri Dato Seri Najib Tun Razak adalah ucapan paling angkuh dan sombong semasa perasmian Proton Perdana Vesi ke Empat.
Orang lain dan berpuluh tahun "randuk acar dan parit" dalam Proton , dia ni senang-senang saja langkah masuk dan terus kritik walaupun sekupang pun tak pernah memberi sumbangan idea apa-apa sebelum ini. Betul-betul ibarat "Kadok Naik Junjung". 
Rakyat marah bila dia mengambil kesempatan sebagai PM untuk mengutuk dan menghina seorang PENGASAS sedangkan kita itu hanya "budak hingusan" dalam industri berkenaan. Tunjuklah sedikit 'decorum' dalam bahasa dan sikap, kalau tak mampu berkematangan dan beradab sekali pun.  
Rakyat sedang memerhati tingkah-laku, bahasa dan adab, kematangan dalam pemikiran dan tindakan serta sensitiviti dalam berinteraksi di khalayak ramai, Ingat, PRU 14 sudah makin dekat.




Iskkk...!!!

Memang ada Perdana Menteri menyebut tentang tamatnya campur tangan politik Mahathir dalam Proton semasa dok menyampaikan ucaptama dalam perasmian Proton Perdana, perkara campoq tangan politik tidak boleh dinafikan, tanya budak yang kerja Proton, depa lebih tau.

Kalau nak kira angkuh, angkuh lagi Mahathir semasa melancarkan gerakan Deklarasi Rakyat, tanpa hujung pangkai pi serang Najib yang nih tak kira sombong ka? mentang-mentang jadi PM 22 tahun, dia sorang sahaja ka boleh jadi PM orang lain tak boleh.

Memang lah dia pengasas kepada proton, macam dia pernah habaq dulu lah, kalau Nabi Muhamad tak buat maka ada Nabi lain yang akan buat, sebab ketika itu dia yang dipilih jadi Nabi. Jadi sama la kalau Mahathir tak buat mungkin ada Perdana Menteri lain yang akan buat, sebab ketika itu dia Perdana Menteri.

Ini tak ada kena mengena dengan kadok naik junjung, tapi apa yang Najib cakap ada kebenaran dari apa yang berlaku selama ini, kalau bangga sangat dengan proton yang sudah hampir 33 tahun bertapak, habaq mai apa dia dalam kereta proton tu design dan idea Mahathir.

Mana injin, chasis, part komponan, suspensyen dan keseluruhan dalam kereta proton di ilhamkan oleh Mahahtir atau ciptaan Mahathir, kalau setakat ilhamkan syarikat pengeluran kereta, Najib pun ilhamkan 1MDB juga untuk negara, kalau copy bulat bulat dari keta Jepun usah dok gembang lah.




Bila Najib sentuh kata Najib kutuk, Ketika Mahathir melempaq pelbagai serangan terhadap Najib dan UMNO, hangpa anggap sebagai betul? akai ada ka, yang Mahathir tak henti-henti siang malam dok hentam Najib tak di ambil kira pula? sekurangnya Najib tak join dengan musuh-musuh Mahathir untuk hentam Mahathir, sebagaimana yang Mahathir buat kat Najib.

Mahathir yang sanggup bersekongkol dengan Lim Kit Siang, sedang hangpa tau kan pemimpin DAP itu dari dahulu terlalu rasis dan anti Islam, yang had ini hampa bole dok diam plak, awatnya bila Najib tegoq Mahathir hampa melatun?.




Najib tak duduk semeja dengan Wan Azizah dan keluarga Anwar Ibrahim untuk hentam Mahathir, ingat tu.

Ya rakyat juga sedang memerhati juga dengan perangai Mahathir, kalau dia ikut jejak Tunku Abdul Rahman senang cerita.

Gelombang Anwar lebih hebat dari Mahathir, UMNO kekal utuh, kerana rakyat juga menilai siapa yang mahu menjatuhkan kerajaan, rakyat juga menilai adakah benar-benar kerajaan hari ini lemah ka atau Mahathir sorang sahaja yang lemah dan kalah dengan tuntutan hawa nafsu.

Jadi usah dok ugutlah pasai pilihan raya 14 nanti, hangpa ada perancangan Allah juga ada perancangan.

Had dibawah nih contoh Idea Mahathir..



Yang lain tu pandai la hampa cari sendiri...





No comments:

Post a Comment