Pas Akan Keluar Dari Kerajaan Selangor


DEPA KATA -
PAS akan keluar dari kerajaan negeri Selangor jika kalah dalam PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar. 
Kemungkinan PAS akan mengadakan mesyuarat di peringkat negeri bagi mempertimbangkan kemungkinan untuk keluar dari kerajaan Selangor dan sekaligus membentuk blok pembangkang baru di Selangor bersama-sama ADUN BN dan dua ADUN bebas. 
4 orang Exco PAS yang masih berada didalam kerajaan Selangor akan mengemaskan meja pejabat masing-masing bagi memenuhi tuntutan kepimpinan PAS kerana Azmin selaku Menteri Besar Selangor tidak lagi menganggap PAS sebagai rakan sekutu dalam kerajaannya.




Iskkk...!!!

La nih betui-betui depa dah kalah, kita tengok ada brani ka depa buat lagu tu, kotakan apa yang depa dok hinggak dolu, kita tau selama ini PAS mana berani, setakat cakap kat pentas ceramah hero lah depa, bila suruh buat haram ka jadah tak ada hasil.

Jika mereka betuilah kaki jantan, kita akan dapat melihat satu perubahan dalam negeri selangok ini tapi berani kerat jari lah kalau PAS ada brani buat lagu tu.

Siapa tak lepas peluang oooo!!, duduk jadi Exco pun dah setaraf menteri, dapat bercuti yang di tanggung kerajaan sekeluarga pulak tu, ini barang mewah PAS nak lepaskan ka? depa dalam ceramah boleh lah habaq kata zuhud, hakikatnya depa pun teringin dok dalam keta mewah.

Habak mai mana wakil rakyat dari PAS yang bawak kereta proton saga untuk pi mesyuarat dewan undang atau parlimen, setakat sembang jiwa rakyat boleh lah.

Awai-awai pun kita dok tau dah, tengok bila time ceramah, kata untk rakyat tapi setiap kali ceramah rakyat kena keluaq duit poket untuk 'sedekah' kat poket depa.

Jadi soal gembang puak PAS nak keluaq dari kerajaan selangok nih kita boleh angok ja la, tapi nak percaya agak-agak la.

Tapi apa pun kita tengok ja gelagat puak depa nih, sama ada depa cakap serupa bikin atau bercakap tapi tarak bikin-bikin....

No comments:

Post a Comment