Terlalu Banyak Kepincangan Dalam `Hukum Islam’


DEPA KATA -

“Terdapat terlalu banyak kepincangan dalam pengalaman pelaksanaan “hukum Islam” di seluruh dunia. Hak mangsa dicabul dan ditindas,” 
"Seperti di Arab Suadi, United Arab Emirates, Qatar dan Pakistan apabila wanita di negara terbabit menjadi mangsa penganiayaan `hukum Islam’ melibatkan hukuman penjara dan sebatan".
"Hukuman rejam yang terkandung dalam `hukum Islam’ masih menjadi pertikaian ramai pihak yang berpandangan hukuman itu tidak termaktub dalam al-Quran dan ia sebenarnya berasal daripada syariat Yahudi".

        “Hujah bahawa “bukan Muslim tidak terkesan” tidak boleh dipakai apabila ramai bukan muslim yang dikenakan hukuman hudud baik di negara Arab atau Indonesia. Awal tahun ini, seorang wanita Kristian di Acheh telah dihukum sebat kerana menjual arak".
“Bagaimanakah kita boleh menjamin hal ini tidak akan berlaku di negara kita apabila kuasa Mahkamah Syariah diperluas dan diperkasakan? Pada masa ini pun, kerap berlaku keputusan Mahkamah Syariah yang memudaratkan bukan Muslim, khususnya dalam isu hak penjagaan anak dan pewarisan,”
"Adakah syariat Islam boleh dilaksanakan dengan adil di Malaysia jika berlaku ketidakadilan atau penindasan terhadap golongan wanita, bukan Muslim atau minoriti muslim seperti penganut Syiah".  – Penolong Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Zairil Khir Johari



Iskkk...!!!!

Tu dia ehhhh, ul fadhul ustaq Zairil yang tumpang nama bapak tiri untuk jadi Melayu dan kini nak bagi nampak mukmin bercakap pula soal hukum Islam.

Seorang yang mahu bercakap hukum Islam yang tidak adil sedangkan mahu membaca umul kitab Alfatiha pun merangkak, sesilap tak tahu baca lansung tapi mahu bercakp soal hukum Islam.

Saja nak bagi faham kat mamat nih, kalau dua orang melakukan perkara mencuri, baik lelaki atau perempuan maka hukumanya adalah mencuri maka dilayak dihukum sebagai mencuri, tetapi jika perlakuan mencuri itu diantara dua sebab sama ada habitat atau desakkan, jika habitat maka perlulah dihukum selayaknya tetapi jika desakan (untuk hidup) perlu di tanya adakah sudah berjumpa pemerintah, Baitulmal atau badan kebajikan yang boleh memberi batuan, jika si perlaku tidak melakukan kesemua itu maka ia sudah di takrifkan sebagai habitat, tetapi sekiranyanya perlaku sudah melakukan kesemua yang disebut maka benarlah ia telah mengalami satu desakkan hidup maka hukumannya berbeza dengan si perlaku yang melakukannya kerana 'habitat'.

Kedua soal hukum rejam memang tidak ada didalam Alquran, tetapi sebagai umat Islam kita juga perlu beriman dengan kitab sebelumnya seperti Taurat, Zabur, Injil serta hadis-hadis sahih, adalah didapati didalam kandungan kitab Taurat hukuman bagi pesalah zina adalah rejam sampai mati (hukuman bagi penzina dengan rejam merupakan syariat yang diamalkan dalam syariat yahudi), bagaimanapun setelah kedatangan Nabi Muhamad S.A.W dan Alquran maka rejam telah di gantikan dengan sebatan 100 kali seperti mana yang Allah Subhanahu wa Ta’alal telah berfirman dalam surah An Nur ayat 2 yang berbunyi-

الزَّانِيَةُ وَالزَّانِي فَاجْلِدُوا كُلَّ وَاحِدٍ مِّنْهُمَا مَائَةَ جَلْدَةٍ وَلاَتَأْخُذْكُم بِهِمَا رَأْفَةٌ فِي دِينِ اللهِ إِن كُنتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللهِ وَالْيَوْمِ اْلأَخِرِ وَلْيَشْهَدْ عَذَابَهُمَا طَآئِفَةٌ مِّنَ الْمُؤْمِنِينَ

"Perempuan yang berzina dan laki-laki yang berzina, maka deralah tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali dera, dan janganlah belas kasihan kepada keduanya mencegah kamu untuk (menjalankan) agama Allah, jika kamu beriman kepada Allah, dan hari akhirat, dan hendaklah (pelaksanaan) hukuman mereka disaksikan oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman". 

Kena faham antara keduanya sekali, tak boleh ambil Alquran semata dan menolak hadis seperti mana sabda Baginda Rasullulah Shallallahu ‘alaihi wa sallam yang bersabda.

خُذُوا عَنِّي خُذُوا عَنِّي قَدْ جَعَلَ اللَّهُ لَهُنَّ سَبِيلًا الْبِكْرُ بِالْبِكْرِ جَلْدُ مِائَةٍ وَنَفْيُ سَنَةٍ وَالثَّيِّبُ بِالثَّيِّبِ جَلْدُ مِائَةٍ وَالرَّجْمُ

Ambillah dariku, Sesungguhnya Allah telah memberi jalan yang lain kepada mereka, yaitu orang yang belum menikah (berzina) dengan orang yang belum menikah, (hukumnya) dera 100 kali dan diasingkan setahun. Adapun orang yang sudah menikah (berzina) dengan orang yang sudah menikah (hukumnya) dera 100 kali dan rajam. 

Mamat ini hanya bercakap "mampukah dilaksanakan dengan adil di Malaysia jika berlaku ketidakadilan atau penindasan terhadap golongan wanita, bukan Muslim atau minoriti muslim seperti penganut Syiah" tetapi tidak pula dinyatakan keadilan dibahagian mana terhadap wanita yang tidak adil itu, dan perlu dimaklumkan di Malaysia kita tidak menerima Syiah sebagai cabang bagi agama Islam, di Malaysia mereka mungkin majoriti tetapi tidak seperti di Iraq, Iran mereka adalah mejoriti.

Benarlah seperti kata Umar bin Al Khaththab r.a, "Aku khawatir jika zaman telah berlalu lama terhadap manusia, akan ada seseorang yang berkata, ‘Kita tidak dapati (hukum) rajam di dalam kitab Allah’, sehingga mereka akan sesat dengan sebab meninggalkan satu kewajiban yang telah diturunkan oleh Allah. Sesungguhnya (hukum) rajam benar-benar ada di dalam kitab Allah terhadap orang yang berzina, padahal dia telah menikah, dari kalangan laki-laki dan wanita, jika bukti telah tegak (nyata dengan empat saksi), atau terbukti hamil, atau pengakuan.” 

Padanlah muka hampa sokonglah lagi kafir harbi jadi pemimpin hangpa.

No comments:

Post a Comment