Gimik Isytihar Harta Rafizi Gagal.

Rafizi Ramli telah menyebabkan satu lagi pergolakan dalam Pakatan. Kali ini gimiknya tentang perisytiharan harta telah memecah belahkan pemimpin pembangkang yang kebanyakannya tidak setuju.

Hanya 20 pemimpin PKR, 9 dari Parti Amanah Negara dan satu daripada PAS menghadiri majlis tandatangan pengisytiharan harta yang dihoskan oleh INVOKE, NGO kepunyaan Rafizi baru-baru ini. Tidak seorang pun wakil DAP atau PPBM hadir.

DAP dikatakan telah memberi arahan kepada semua pemimpin parti itu agar jangan menandatangani perjanjian dengan INVOKE kerana takut menganggu penyediaan menghadapi PRU 14. Arahan ini telah menimbul kemarahan beberapa ahli parlimen DAP yang mahu turut serta.




Sebenarnya ini hanyalah gimik Rafizi untuk menunjukkan Pakatan kononnya bersih dan bebas rasuah. Namun gimik ini sudah “backfire”. Bukan sahaja pemimpin Pakatan berpecah tetapi rakyat juga tidak yakin Pakatan benar-benar serius.

Jika mereka serius, pemimpin terataslah yang patut isytiharkan harta mereka. Mulakan dengan Tun M, Anwar Ibrahim, Lim Guan Eng, Muhyiddin Yassin, Mukhriz Mahathir dan Azmin Ali. Ada berani?





#TolakPakatanPRU14 #PakatanproDAP

No comments:

Post a Comment