Kerajaan Akan Bantu Kurangkan Impak Kenaikan Minyak

Kerajaan akan memastikan rakyat tidak terbeban dengan kenaikan harga minyak dunia dan kadar inflasi terkawal yang mempengaruhi peningkatan harga runcit minyak Malaysia.

Kementerian Kewangan telah mengenal pasti langkah bersesuaian bagi mengurangkan impak kenaikan harga minyak sekiranya harga runcit produk RON95 dan diesel melebihi RM2.50 seliter secara berterusan selama tiga bulan.

Pada masa ini, kerajaan melaksanakan langkah rasionalisasi subsidi produk petroleum mengikut trend kenaikan atau penurunan harga minyak mentah dunia untuk mengurangkan ketirisan dan memastikan pemberian subsidi yang bersasar.




Bagaimanapun kerajaan masih memberi subsidi kepada sektor pengangkutan awam dan nelayan, di samping gas masak (LPG).

Ketika ini, harga bagi seliter Petrol RON 95 ialah RM2.38 manakala RON 97 dan diesel masing-masing RM2.66 dan RM2.25.


*Nota - Kerajaan dah buat macam-macam penjelasan namun kebanyakkan  mereka bertaraf Fathia, maka kekal lah mereka mempercayai perkara temberang pembangkang.







#1MalaysiaNegaraku #KekalBN

No comments:

Post a Comment