'Ustaz' Pun Spin Harga Minyak Naik

Bila bankrap idea, Pakatan dan macai mereka sibuk “spin” isu kenaikan minyak.
Ada seorang penceramah terkenal pro pembangkang juga cuba memberi “fatwa” tentang kenaikan minyak.

Dia menuduh kerajaan “berjoli” dengan wang hasil “menaikkan harga minyak”. Dia cuba  menfitnah kerajaan sengaja menaikkan harga minyak.

Bagaimana ketika harga minyak turun? Adakah kerana kerajaan tidak mahu duit?



Jelas dia tidak tahu apa-apa tentang formula pengiraan harga minyak yang bergantung kepada harga dagangan minyak dunia serta kadar pertukaran mata wang USD.

Sebagai penceramah yang menggunakan agama untuk menarik perhatian orang ramai, dia sepatutnya lebih bertanggungjawab kerana arif tentang dosa dan pahala akibat memfitnah.




#TolakPakatanPRU14

Ustaz apa perangai macam ini memecahbelah umat Muhamad S.A.W?

No comments:

Post a Comment