Depa kata.. , " Semalam Hadi Awang bercerita lagi dan bermain dengan isu Hudud, Hadi kata " Hudud adalah salah satu daripada cabang hukum jenayah mengikut syariat Islam, wujudnya bersama Qisas dan Takzir. Hukum Hudud adalah hak Allah yang dinaskan dalam Al-Quran dan Hadith-Hadith Mutawatir yang menjelaskan kesalahan dan hukumannya, dasar dan sebahagian huraiannya. Bagi penganut Islam seluruhya maka tentulah wajib beriman dan beramal dengan Islam yang menjadi agama cara hidup (way of life). Tuntutan untuk beriman dan beramal dengan Islam adalah bukan sahaja wajib ke atas ahli PAS dan penyokongnya, bahkan juga wajib kepada semua penganut Islam dalam NGO atau secara individu dan ahli mana-mana parti politik, termasuklah ahli UMNO yang beragama Islam, walau pun UMNO adalah sebuah parti kebangsaan yang membuka pintu keahlian kepada bumiputra bukan Islam seperti orang asal dan Siam. Seluruh majoriti penganut Islam dalam UMNO wajib beriman dan beramal dengan Islam mengikut panduan Al-Quran dan Sunnah, sama sahaja dengan ahli PAS dan penyokongnya." Hadi juga mengambil petikan Nas AlQuran dari surah surah yang di turunkan di Madinah saperti Surah Al-Maidah dan Surah Al-Nur bagi menguatan hujahnya".

Iskkk...!!! Tetapi Hadi Awang orang yang sama bercerita semalam pada 8Mei 2012 telah menyatakan "hukum hudud bukan sesuatu yang menjadi keutamaan walaupun ia akan dilaksanakan sekiranya Pakatan Pembangkang mengambil alih tampuk pemerintahan negara". Menurutnya, "hudud akan dilaksanakan terlebih dahulu kepada umat Islam sementara bukan Islam diberi pilihan (untuk menerimanya atau tidak)".  Bagaimanapun, ia mesti dilaksanakan mengikut proses demokrasi. Kita dahulukan yang mana dahulu, kita selesaikan masalah, atasi kemiskinan dahulu. Hukum hudud tidak boleh dilaksanakan, hukum mencuri tidak boleh dijatuhkan sekiranya gaji minimum tidak dilaksanakan".

Yang keduanya Tidak pula di jelaskan dari surah mana yang menyatakan Hudud ini hanya terpakai untuk umat Islam sahaja dan bukan Islam bebas dari hukuman Hudud, 

Yang ketiganya, Jelas dan nyata Hudud Parti PAS hanya bertujuan politik sahaja, dan tidak sama dengan hudud yang di perintah Allah yang adil dan saksama kepada semua hambanya.

Ke empat jelas Hadi Awang cuba bermain dengan selamat didalam menyampaikan syiar Islam demi menjaga kapir harbi kawan kawan dia didalam pakatan rakyat, Hadi Awang lebih takutkan Karpal Sings dari menyatakan haq sebenar Islam... Kan senang cakap awal awal.. Islam itu hanya pakaian dalam  sahaja untuk melindungi panau dan kurap di dalam parti PAS.  

No comments:

Post a Comment