Depa kata.., "Tun Dr Mahathir Mohamad tidak pernah menolak pelaksanaan hukum hudud sepertimana yang terkandung dalam Islam, sebaliknya menolak hukum hudud yang akan dilaksanakan oleh Pas. Tun berkata hukum hudud yang mahu dilaksanakan oleh parti pembangkang itu mirip kepada hukuman yang lebih berat dan tiada di dalam al-Quran. "Saya tolak hudud Pas, saya tidak pernah kata saya tolak hudud Islam. Kita kena bezakan antara dua ini... lain langsung, Saya tidak boleh sokong itu, tidak kena dengan Islam. Kalau sesuatu itu tidak adil, dia tidak Islam. Islam menuntut apabila kamu hukum, hukumlah dengan adil. Ini tidak adil, orang Islam potong tangan tapi orang bukan Islam kena penjara dua bulan,"

Iskkk...!!! Sejak dari dulu sahingga kini aku jelas dan faham apa yang Tun perkatakan, cuma budak hingusan dalam Parti PAS yang terpusing pusing tergeliat lidah mencuba untuk meyakinkan kononnya Tun tolak Hudud... Sahingga kini tiada sorang pun pengikut Parti PAS boleh menjawab di mana kah hadis atau Surah yang menceritakan hukum hudud ini hanya terpakai pada umat Islam sahaja ( Umat Muhamad).. jika ada sila kemukakan. 

No comments:

Post a Comment