Depa kata.., " Pandangan Islam terhadap 'kafir harbi'telah dijelaskan oleh Allah SWT di dalam al-Qur'an surah Al Mumtahanan ayat 9, yang bermaksud:

"Sesungguhnya Allah hanya melarang kamu menjadikan sebagai kawanmu orang-orang yang memerangimu karena agama dan mengusir kamu dari negerimu, dan membantu (orang lain) untuk mengusirmu. Dan barangsiapa menjadikan mereka sebagai kawan, maka mereka itulah orang-orang yang zalim". - Tuan Ibrahim Tuan Man.


Iskkk...!!! Betullah AlQuran tiada silapnya, mungkin yang menaip tu salah .. tiada Surah Al -Mumtahanan, mungkin Surah Al-Muntahana, dan ayatnya bermaksud : "Sesungguhnya Allah hanyalah melarang kamu daripada menjadikan teman rapat orang-orang yang memerangi kamu kerana ugama (kamu), dan mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu, serta membantu (orang lain) untuk mengusir kamu. Dan (ingatlah), sesiapa yang menjadikan mereka teman rapat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim". Kesilapan tafsiran akan membawa lain perkara dan makna...

Baik... Selama UMNO bersama MCA dan MIC serta beberapa komponen Barisan Nasional yang lain, Mereka tidak pernah membantah Kerajaan didalam menegakkan syiar Islam di negara ini , jadi adakah mereka ini (MCA, MIC) di kategorikan sebagai " Teman yang memerangi " saperti yang di jelas dalam Surah Al-Muntahana ?, Berbeda dengan DAP yang terang dan jelas menentang akan perkembangan syiar Islam di negara ini saperti, Membantah seruan Azan, melarang bacaan Al Quran, Melarang peruntukan yang di utamakan kepada pembinaan Masjid dan Surau/ Madrasah .. jika mahu membina masjid maka perlu juga di bina Kuil yang sama taraf perbelanjaannya dengan pembinaan Masjid, dan kumpulan mana yang bersekongkol dengan negara luar untuk menjahanam kan negara Malaysia ini? ... dan kumpulan mana pula yang mempersendakan ayat ayat suci Al Quran sedang mereka sendiri tidak beriman kepada Al Quran? ..  jangan lah di bebalkan diri dengan mempersendakan Al Quran dan agama Islam hanya kerana Politik.  

No comments:

Post a Comment